Meski betapa besar masalah, berat dugaan dan walau betap susah tugasan (kadang-kadang aku rasa agak mustahil untuk dilunaskan) pernah hadap, setakat ini aku belum pernah terlintas atau terbayang dek fikiran untuk sengaja menamatkan riwayat hidup sendiri atau dalam erti kata mudah - bunuh diri.
Sebab utama, aku tak boleh membayangka diri aku terjatuh dalam laut dalam etc dengan kaki terkapai-kapai dan bergelut menghabiskan sisa nafas terakhir. Sedangkan, belajar berenang pun sudah jadi pengalaman yang agak menyeksakan buat diri aku (sampai hari ini tak pandai berenang. Basic menyelam pun tak lepas).
Kalau terjun bangunan mesti sakit yang amat jatuh terhempas. Macam mana jika jatuh terhempas kepala dulu. Tetapi kalau dah jatuh daripada tempat tinggi, mana-mana posisi pun sudah tentu amat menyakitkan bukan?
Sama juga pelbagai kaedah lain seperti kelar tangan sendiri, minum racun, bakar diri sendiri, tembak diri sendiri. Semuanya menyeksakan. Nauzu billahi min zalik.
Thabit bin ad-Dhahhak RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka dia akan diazab dengan sesuatu yang digunakannya itu di hari kiamat kelak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, sejujurnya, aku rasa sangat bersyukur kerana ada gagasan pemikiran sebegini. Walaupun sejujurnya, pada ketika ini, aku bukanlah manusia yang baik sangat. Solat pun masih qada lagi. Coping mechanism ketika berdepan stres pun tidaklah selalunya aku terus capai sejadah buat solat hajat, baca Yasin etc.
Kebanyakan masa, aku lebih cenderung tidur, membatukan diri atau baca doa dan zikir yang mudah-mudah bagi aku. Sesungguhnya, Aku masih dalam proses baiki diri. Aku tekad nak mula semula baca al-Quran setiap kali selepas solat macam zaman duduk asrama dulu. Aku juga nak bangun awal, keluar jalan-jalan bermandi matahari sebelum mula bekerja.
Kebelakangan ini aku terfikir kenapa semakin tua, hidup semakin tak berdisiplin dan susah nak konsisten dalam ibadah. Ya Allah bantulah aku dalam urusan ibadahku. Luruskan niat dan perjalanan hidupku menuju kepada-Mu.
Nota untuk diri sendiri**
Hari ini Ahad jam 10.52 malam, aku belum dapat tulis satu artikel mengenai satu penemuan arkeologi yang aku pergi interview semalam. Aku tak tahu nak mula tulis bagaimana. Story tu eksklusif, dan aku berdoa dapat tulis dengan gaya paling menarik supaya tempat tu boleh digazet dan dapat disahkan memang ada bukti tamadun manusia awal di situ.