Sunday, May 31, 2015

sekolah petang

Dalam mimpi aku semalam,
Entah macam mana Juzzou Suzuya jadi adik aku.
Abah (sepatutnya arwah) suruh amik dia kat sekolah. 
Masa itu sudah pukul 6 petang lebih.
Aku tak banyak cakap terus amik basikal tua abah 
bawah rumah dan kayuh laju-laju sebab tak nak adik aku tunggu lama. 
dalam 15 minit sampai tepi pagar sekolah, 
aku berehat sekejap ambil angin bawah pokok 
(besar juga pokok tu tak tau pokok apa) 
sambil lap peluh dengan lengan baju, 
tiba-tiba budak tu melompat keluar dari pagar 
terus menerpa ke arah aku 
menyebabkan basikal dan aku hilang keseimbangan 
dan terjatuh (basikal timpa aku sebenarnya)
aku membebel sikit pasal perangai dia yang tak semenggah
dan main redah tu
budak tu buat muka tak bersalah 
lepas dia angkat basikal dan tolong aku bangun
laju saja dia naik atas sit dan tepuk carrier (mahu carry aku di belakang). 
Dalam perjalanan pulang tu kami singgah kedai runcit 
beli tiga aiskrim pop (2/3 untuk Suzuya separuh untuk aku) 
sambil makan atas basikal, aku kata pada Suzuya, 
"Adik lepas hang habis sekolah kolej nanti aku harap hang tak kerja dengan CCG. 
Hang buat lah apa-apa kerja lain. 
Janji halal dan tak menumpahkan darah sesiapa,". Budak tu diam saja.
Mungkin dia tak faham 
satu apa pun kata-kata aku 
atau mungkin juga aku sendiri yang sebenarnya
tak begitu mengerti satu apa pun tentang diri dia



Monday, May 25, 2015

Tuesday, May 12, 2015

Budak masa depan

dalam mimpi aku semalam waktu berganjak mungkin lebih 10 tahun ke belakang.

masa tu aku pakai uniform sekolah
dan ikut rombongan melawat
beberapa negeri di sekitar semenanjung (kot).

aku sendiri tak pasti di mana 
sampai satu tempat aku diberi naik sampan melalui sungai yang panjang dan lebar.

turun dari sampan,
aku terjumpa si kembar Mi dan Di 
nampak agak kurus (tak macam sekarang haha)
dengan wajah keanak-anakan.

aku panggil tapi diaorang tak menyahut (mungkin tak dengar).
aku panggil lagi (separuh menjerit) nama penuh diaorang (bin M).

Mi dan Di terus toleh dan perlahan-lahan melangkah ke arahku.
aku cerita pada mereka
aku datang dari tahun 2015.

aku cakap pada Mi yang suatu hari nanti dia akan ada masters
dan  bekerja sebagai wartawan
untuk sebuah akhbar tabloid dan ambil course tesl semasa di universiti.

Di pula akan jadi pensyarah kolej
pada masa yang sama sedang bergelut mahu proceed PhD
Mi dan Di bertanya hairan siapa aku.

aku katakan pada mereka bahawa aku bukan sesiapa
tapi mereka berdua aku anggap seperti separuh bidadari
yang dipinjamkan Tuhan untuk aku pada masa depan :-)

Sunday, May 10, 2015

Mi kuning

Mi sup tanpa kuah sup
takkan boleh lepas di kerongkong
dan antara lapar serta mengantuk
tanpa kau jangka dan bersedia
kau kena tikam dua kali
dekat perut
kau tekap kuat-kuat
dengan telapak tangan
darah putih
perlahan-lahan mengalir
dari celah jemari kau
kau jilat sikit
rasa tawar dan hanyir
tapi kau teruskan jilat
sebab itu darah kau
dan kau lapar

Saturday, May 9, 2015

Cerita pagi Sabtu

Kalau kau dah suka seseorang tu,
nama kau letak sebelah nama dia pun
cukup untuk buatkan kau rasa gembira dan tersenyum berhari-hari. 
Suka yang aku maksudkan di sini 
bukanlah rasa cinta mendalam antara lelaki dan wanita.
Ia boleh jadi kau suka dengan seseorang 
yang kau rasa selesa berkawan, senang bekerjasama 
atau seseorang yang kau hormat dan kagum dari jauh. 
ataupun kau mungkin hanya simply suka 
dengan nama dia sahaja sebab bunyi macam cool :D

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.