Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Teater Beta Gundah Gulana




Poster



Tentang 'Beta Gundah Gulana'


1. Sebuah teater yang sarat dengan mesej kritis mengenai amalan pemerintahan dalam negara yang pincang dan rakyat marhean yang tertindas.

2. Ada adegan menari ala terbang

3. 80.5% jalan cerita berkisahkan tentang Raja yang kerap mendapat mimpi buruk tentang rakyat yang meragui pemerintahan baginda. Itu pasal asyik gundah gulana.

4. Pengarah, Prof. Mohamed Ghouse Nasuruddin banyak guna elemen pantun, dengan lenggok bahasa puisi yang berima dalam skrip pelakon.

5. Tabik pada pelakon sebab boleh hafal skrip yang berjela-jela tanpa rasa kekok pun.
(walaupun ada seorang dua pelakon yang macam lupa skrip, pada aku tak nampak sangat rasanya)

6. Suka kostum yang diguna pakai. Semua orang termasuk Sultan pakai t-shirt putih dengan seluar hitam. nampak simple dan beza daripada teater bangsawan yang lain yang perlu crown, songket segala bagai.

7. Paling 'menangkap mata' penggunaan kain rentang warna-warni yang plain dan panjang dalam setiap scene. Style sungguh.

8. Ade satu scene kaki sultan terbelit dengan kain yang panjang berjela-jela tu tapi tak pasti sama ada itu gimik atau memang betul2 terbelit.

9. Keseluruhannya teater ini suruh kita fikir dalam2 apa yang sebenarnya nak disampaikan. Benda tu boleh jadi ditafsir menjadi sesuatu positif @ negatif terpulangla pada pandangan memasing.

10. Aku kagum dengan sudut pandang Prof. Mohamed Ghouse boleh tembus konkrit aku rasa.

11. Paling best aku dapat tonton teater ini secara percuma sebab joint tengok dengan budak2 sekolah hi3.




Halusinasi sang Raja



Terbang dan menari



Manusia berkelubung

Kredit gambar pada Nad

Saturday, January 15, 2011

Mahasiswa menggugat



Mahasiswa dan universiti adalah dua komponen penting yang tidak dipisahkan dalam konteks pembangunan negara.

Berdasarkan pengalaman negara-negara maju atau sedang membangun, telah terbukti bahawa mahasiswa telah menjadi faktor reformasi dan universiti pula menjadi sumber pengetahuan yang utama serta berfungsi sebagai agen pelaksana agenda nasional negara.

Menyedari akan pentingnya perkara tersebut, Muhammad Abu Bakar telah menjalankan satu analisis mendalam mengenai kegiatan pergerakan mahasiswa di Malaysia terutamanya Universiti Malaya pada era 50-an sehingga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikuatkuasakan. Maka dari situ lahirnya buku Mahasiswa Menggugat ini.

Kegiatan mahasiswa sudah sekian lama mendapat perhatian umum hasil daripada laporan yang dibuat oleh pihak media. Masyarakat dan kerajaan telah mula menunjukkan minat terhadap gerakan mahasiswa sejak awal penubuhan universiti lagi. Namun akhir-akhir ini masyarakat terutamanya pihak kerajaan menjadi semakin sensitif kepada pergerakan pelajar.

Dalam hal ini, dengan bertambahnya penentangan yang dilakukan oleh para mahasiswa terhadap pihak berkuasa yang diterjemahkan melalui demonstrasi dan seumpamanya, masyarakat semakin sedar bahawa tindakan mahasiswa itu boleh mendatangkan kesan terhadap proses pembangunan negara.

Buku setebal 182 muka surat yang sarat dengan coretan sejarah berserta pandangan peribadi penulis ini memberi gambaran yang jelas kepada khalayak pembaca mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa dan apakah motif atau perkara-perkara yang menjadi faktor pendorong kebangkitan mahasiswa pada suatu ketika dahulu yang mana hal ini menjadi tema buku Mahasiswa Menggugat ini.

Tuntasnya, setelah membaca buku ini, kita akan lebih mengenali akar umbi perjuangan mahasiswa pada masa dahulu dan memahami persoalan yang mendorong kebangkitan mahasiswa dalam membantah, menyokong, dan meminta sesuatu demi memenuhi aspirasi dan agenda perjuangan mereka.



Nota kecil: Review buku edisi terhegeh2 terlambat untuk BK8.

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.