Januari datang menyelak tirai,antara sunyi dalam ramai,dalam diam-diam,ada gema seribu harapan yang belum kutemukan susunan kata-katayang mudah danringkasuntuk ku ucapkan.
Ah, Januari sejak hari pertama sudah terasa beratnya,seolah-olah memikul saki bakibeban kisah semalamyang tak sempat aku kemas dan rapikan.
Langit pun terasa muram kelabu,meski kalendar sudah berganti baharu,segala azam, pengharapan,mimpi-mimpi indah yang walau terasa samar,tetap juga ku coret,tetap juga ada doa-doa yang aku langitkan setiap malamdengan suara gugup,dan ketar-ketarmeski terasa goyah dalam gelombang kenyataanyang bungkam.
Januari masih terasa panjang buatku,seperti perbualan yang tidak usai,seperti luka yang belum kering goresan merahnya.Ah ini puisi tentang Januari,bukankah baru mulai?mengapa begitu resah gelisah?mengapa terasa menghempap dada?
Bukankah Januari cuma pintu?Bukankah di baliknya masih ada bentangan jalan luas.Ya cukup luas.
Cubalah berdiri,perlahan-lahan belajar menjalaninya,meski langkahmu gementar,kerana,hari esok barangkali sedang tersenyum menunggumu dengan cahaya mentarinya yang hangat,lagi sehari lagi,untuk dirimu menjadi pena,menulis kisahmu sendiri,dengan penamat yang kau sukai.
Am YusofBandar C, Negeri P21 Januari 2025
Nota: aku cadang untuk hantar tulisan ini di akhbar yang ada ruangan sastera. Tetapi di mana ya? Atau elok kah kalau aku hantar pada tahun depan. Mungkin hantar pada bulan Januari adakah kalau hantar sekarang dianggap sudah terlalu lewat kerana Januari tahun ini sudah lama habis.
Januari datang menyelak tirai,
antara sunyi dalam ramai,
dalam diam-diam,
ada gema seribu harapan yang belum kutemukan
susunan kata-kata
yang mudah dan
ringkas
untuk ku ucapkan.
Ah, Januari sejak hari pertama sudah terasa beratnya,
seolah-olah memikul saki baki
beban kisah semalam
yang tak sempat aku kemas
dan rapikan.
Langit pun terasa muram kelabu,
meski kalendar sudah berganti baharu,
segala azam,
pengharapan,
mimpi-mimpi indah yang walau terasa samar,
tetap juga ku coret,
tetap juga
ada doa-doa
yang aku langitkan setiap malam
dengan suara gugup,
dan
ketar-ketar
meski terasa goyah
dalam gelombang kenyataan
yang bungkam.
Januari masih terasa panjang buatku,
seperti perbualan yang tidak usai,
seperti luka yang belum kering goresan merahnya.
Ah ini puisi tentang Januari,
bukankah baru mulai?
mengapa begitu resah gelisah?
mengapa terasa menghempap dada?
Bukankah Januari cuma pintu?
Bukankah di baliknya masih ada bentangan
jalan luas.
Ya cukup luas.
Cubalah berdiri,
perlahan-lahan belajar menjalaninya,
meski langkahmu gementar,
kerana,
hari esok barangkali sedang tersenyum menunggumu
dengan cahaya mentarinya yang hangat,
lagi sehari lagi,
untuk dirimu menjadi pena,
menulis kisahmu sendiri,
dengan penamat yang kau sukai.
Am Yusof
Bandar C, Negeri P
21 Januari 2025
Nota: aku cadang untuk hantar tulisan ini di akhbar yang ada ruangan sastera. Tetapi di mana ya? Atau elok kah kalau aku hantar pada tahun depan. Mungkin hantar pada bulan Januari adakah kalau hantar sekarang dianggap sudah terlalu lewat kerana Januari tahun ini sudah lama habis.