18 Ogos 2022
Sementara tunggu event mula aku interview siap-siap Profesor yang buat exhibition tu. Aku terserempak lecture (aku agak kamcing juga dengan lecture tu dan) aku angkat tangan dari jauh dan tegur dia Dr apa khabar? Soalan pertama dia tanya pada aku hang okey ka? kami borak agak lama juga. Pukul 5.30 petang aku cabut sebab kena hadir meeting kelab nun jauh di seberang bandar M.
Tengah bermesyuarat bos KL hantar mesej di WhatsApp minta rencana tapi aku tak dapat bagi lagi semua input yang dia nak. Malamnya ada bola dan meeting pun belum habis aku terus cabut pergi stadium. Aku rasa nak kerat diri aku kepada tiga bahagian sebab tiba-tiba banyak pula benda aku nak kena settle serentak. Pertama, sebab aku setiausaha kelab (yang baru dua minggu dilantik) dan perlu catat minit mesyuarat dan perkara berbangkit yang dibincangkan. Kedua, aku perlu tengok balik dan susun setakat mana bahan yang ada pada aku dan bagi pada bos rencana yang mesej aku pada lewat petang yang kusut itu. Ketiga, aku kena sampai awal di stadium untuk duduk di meja dekat plug dan solat Maghrib di masjid berdekatan stadium sebelum game mula. Aku sampai stadium 8.30 malam. Seperti dijangka meja di grandstand penuh. Kecewa sungguh. Meja tu patut tambah lagi satu. Aku pun pergi dekat plug pasang extension yang memang aku bawa di rumah, letak laptop atas lantai. Ya malam tu aku cover bola di atas lantai sebab tempat tu saja dekat dengan plug (tengok live di YouTube). WiFi stadium tak boleh guna malam itu sebab urusetia kata takut ganggu live stesen TV. Jadi aku guna data hotspot sendiri. Rasanya kalau satu kemudahan stadium pun tak boleh guna (meja dan WiFi) baik tengok live di rumah. Tapi malam itu game agak menarik dan aku goreng story agak panjang. Sebaik saja wisel penamat dibunyikan aku terus hantar story game dekat group sukan dan turun untuk pc. Pc sekejap saja kurang 20 minit untuk kedua-dua jurulatih. Pukul 11.22 malam story flash dan bos pun tak ada tanya apa-apa aku ingat hampir tiada bahagian dipotong mungkin hanya satu perenggan sahaja dibuang sebab kurang penting. Aku pun balik. Sampai rumah aku terus mandi, Isyak dan terus tulis rencana sampai pukul 2 pagi dan tidur.
Jumaat
Aku bangun awal pagi, mandi, solat Subuh dan mula karang story pc bola. Sebelum tu aku hantar story rencana yang aku buat semalam (tak lengkap pun tapi aku hantar juga sebab nak tunjuk bos itu saja yang aku ada ketika itu). Lepas habis transkrip pc bola dan tulis intro story dalam pukul 9 pagi bos biro minta pergi ke mahkamah. Aku pun terus pergi. Kes simple saja. Cuma aku dan seorang press dari akhbar bahasa cina dalam court room tu. Lepas dapat details dari DPP aku pun menapak duduk dekat tepi taman permainan tempat aku parking kereta. Sempat aku pass info pada seorang kawan yang tak pergi dan terus 'ketuk' story bola yang terbengkalai dan akhirnya dapat hantar dalam pukul 12 tengah hari gitu. Pukul 12.18 tengah hari story tu siar di laman web langsung tak diubah termasuk ada satu typo tapi susah nak perasan typo tu dasar menegakkan benang yang basah haha. Lepas tu aku pergi assignment CM di Pusat S (dekat dengan rumah aku). Aku sampai agak lambat tapi kebetulan kami kena sidai event meleret dengan acara peragaan fesyen, aku sempat buka laptop buat story court pagi tadi. Dalam pukul 2 petang assignment tu selesai habis pc kami dapat story politik dan aku terus balik rumah. Balik rumah aku mandi, solat Zuhur siapkan story politik tersebut sampai azan Asar. Lepas Asar kebetulan satu lagi sumber rencana bagi skrip jawapan soalan yang aku pernah tanya sebelum ini jadi aku dapat lengkapkan rencana dan submit version penuh pada lewat petang itu juga. Jadi berakhirlah satu lagi hari yang agak kelam kabut, ke sana ke mari dan agak produktif. Khalas