Semalam Ahad aku kena cover assignment bola Liga Super team D Vs H.
Tak kira siapa yang lawan lebih elok kalau dapat sampai awal sebab takut meja di grand stand penuh.
Selalu aku standby atas sejadah sebelum Maghrib dan bila lepas azan terus solat.
dan gerak sebelum pukul 8pm dan biasa dalam 8.20pm-8.30pm dah sampai stadium. Tapi semalam aku aku ralit buat claim. Lepas siap solat dan bersiap sepantas kilat aku capai segala kunci dan keluar dalam 8.10pm . Lepas keluar aku dengan yakinnya terus tekan tombol pintu kayu kunci dari luar. Tanpa aku sedar kunci terjatuh atas sofa. Jadinya, aku terperangkap di antara pintu kayu dan pintu jeriji besi. Sebenarnya ini sudah beberapa kali berlaku. Tapi pada masa akan datang aku sudahpun letak kunci spare di tempat tersembunyi dekat luar rumah sebagai langkah berjaga-jaga.
Aku call housemate (housemate ini kerja kedai aiskrim sama dengan aku dulu)
Tapi dia tak angkat huhuhu. Aku dah mula berpeluh. Bimbang. Nasib baik dulu lepas resign aku ada lepak beberapa kali di kedai dan kenal budak-budak baru yang kerja situ dan cepat-cepat roger diaorang.
Alkisahnya hari Ahad aku faham sangat mesti customer ramai tambah pula lepas Maghrib. Memang tak boleh cabut balik on the spot. Dalam 30 minit housemate sampai rumah dan tolong bukakan pintu sebelum bergegas pergi kerja semula. Kesian pula dekat dia jika difikirkan muka dia yang penat kerja. Kerja F&B memang letihh. Aku faham sangat. Tapi apakan daya. Aku terpaksa menyusahkan dia.
Sampai stadium dalam 8.50pm memang meja dah penuh. Dapatlah duduk tumpang bucu meja dekat announcer di grandstand. Huhu sedikit menganggu emosi. Tempat aku duduk tak begitu strategik. Jadi aku agak hilang fokus lagipun aku bukannya pandai sangat tengok bola dan banyak bergantung pada live di YouTube saja. Kalau hendak dikira, dekat tujuh tahun aku tak buat story bola lepas berhijrah di KL pada 2015. Pernah rotation di meja sukan pun dalam dua minggu saja. Masa di company lama pula 2012 - Jun 2015 aku hantar result saja dan story interview/pc hantar keesokan harinya. Setakat hari ada dalam 21 story bola aku dah hantar sejak story pertama aku submit pada 18 April. Semalam aku hantar story 11pm dan masa tu lampu stadium pun dah tutup sebelum aku lari turun pergi pc di bawah. Dalam 11.15 paper 2 dah flash story (Alhamdulillah)
Tapi bos paper 1 mesej minta senarai balik siapa skor gol dan minit sebab dia kata tak faham story aku. Aku pun hantar. Rupanya dia tak faham satu perenggan sahaja. Aku tidaklah begitu ambil hati.
Cuma mungkin story sukan aku belum pernah ditegur kecuali semalam jadi ada rasa sedikit loser. Sebagai budak mentah yang bukannya pandai sangat buat story sukan aku mengaku kelemahan aku dan minta maaf. Fikiranku agak melayang. Kami interview dua coach recording dalam 6 minit dah habis. Kami tak tanya banyak dan diaorang pun tak ulas banyak.
Ada FRU dekat luar sebab ultras tuan rumah tak puas hati. Biarlah aku malas fikir apa yang mungkin terjadi rusuhan, provokosi atau apa-apa insiden tidak diingini. Aku terus drive balik. Semua akan okey rasanya. Nanti diaorang bersurai la tu. Hari ini macam kusut. Suara aku masih serak dan ada sikit selsema. Balik aku solat Isyak dan tidur. Story pc game aku submit pukul 10.31 pagi. Alhamdulillah terima kasih Allah untuk segala hal. Hanya kepada-Mu daku berserah.