Nota: Seperti biasa di bawah label sekuel mimpi merupakan kisah mimpi aku. Tesco merupakan antara lokasi yang paling kerap aku bermimpi hehe 😅
Satu pagi aku joging
ke Tesco Xtra di Sungai Dua
Sampai je depan pintu masuk,
seorang budak perempuan dalam lingkungan umur dua ke empat tahun
hulur plastik berisi sebotol botol kicap.
Dia suruh aku gosok botol kicap tu sambil buat satu permintaan.
Aku pun dalam keadaan separuh bingung capai botol tu dan gosok perlahan-lahan
sambil kata, "aku mahu mengusai seluruh bahasa yang wujud di muka bumi ini".
Dia ketawa terbahak-bahak
Sambil wajahnya yang cerah pucat
jadi kemerah-merahan
terus dia berlari pergi
menjauh dan beransur hilang
meninggalkan aku sendiri
bersama sebotol kicap.