Saturday, December 31, 2011

Perkara bodoh

Sampai satu masa kita akan melakukan kesilapan
yang kita istilahkan sebagai kesilapan bodoh.
Atau dalam erti kata lain, sampai satu tahap, kita akan buat perkara-perkara bodoh yang kita tak perasan pun apa yang kita lakukan
pada masa itu adalah kesilapan bodoh.
sehingga tiba satu masa kita akan sedar sendiri bahawa
itu adalah kesilapan terbodoh kita.
Dan bila rasa yang membodohkan itu menyinggah dalam otak kepala batu kita, telan sahajalah rasa itu walau pahit macam mana sekalipun.
Tapi ikrar pada diri lain kali jangan buat lagi.
Tapi nasiblah kalau terbuat kesilapan bodoh yang serupa buat kesekian kalinya.
Sebab benda alah macam itu bukannya ada kabel brek yang boleh ditahan-tahan atau diberhentikan bila2 je kita nak.
Namun, ia bukanlah satu perhitungan yang besar jika kita tahu dan sedar apa yang sedang berlaku dan dengan siapa ianya berlaku.


Tuesday, December 20, 2011

kemas dan rapat

Semangat yang terpatah

Aku balut dengan dua gulung bandage kemas-kemas
Pastu aku stapler semangat yang patah tu rapat-rapat.

Monday, December 5, 2011

Rasa yang masin

Kadang-kadang kau akan jumpa dengan deejay yang gagap
Doktor yang tak berapa pandai jahit luka
Cikgu yang punya kemahiran mengajar yang teruk
Pelumba motosikal yang lembab
Penyanyi yang punya suara sumbang
Tukang masak yang masak tak sedap
dan etc
Entah kenapa sejak tiga minggu kebelakangan ini
aku melihat diri aku jatuh dalam kategori orang-orang itu
sedih ;(

Thursday, November 3, 2011

aku dan tembok merah bata

Aku kini sedang berusaha untuk jadi seketul tembok,
yang kukuh dan berwarna merah bata!

Sunday, September 18, 2011

mau hidup dan gembira

"kita boleh sentiasa bahagia dan gembira
asal jangan orang cucuk dan cuba atur hidup kita sudah"

mak

Sunday, July 31, 2011

pejalan jengket

angkat sebelah kaki
lalu
lompat separa tinggi
menjengket-jengket
untuk ke sana
ya ke sanalah
sesekali berhenti
kesat peluh dingin yang sudah mengalir ke hujung rambut
betulkan kemeja yang sudah tidak keruan
picit dahi mencongak-congak dalam hati
setelah itu menjengket-jengket lagi
oh jauh lagi rupanya
tumit sudah perit
eh sudah menggelatar
hei kamu
ya kamulah
boleh tolong aku?
pinjamkan lengan kamu untuk aku berpaut
bila sampai di sana
aku pulangkan semula
janji.


Friday, July 29, 2011

cinta yang sedikit

Buat apalah dikejar cinta manusia
sudahlah sedikit, terpilih-pilih pula.

Friday, April 15, 2011

Rasa tanpa perisa 5

Mengambil berat dan menjaga tepi kain orang juga dua perkara yang berbeza

Sunday, April 10, 2011

Thursday, April 7, 2011

Patah hati

Patah hati berkait rapat dengan harapan.

Hipotesis:

Semakin tinggi harapan yang diletakkan terhadap sesuatu, semakin bartambah risiko untuk kita mengalami patah hati.

Rasa patah hati itu sangat sukar untuk diluahkan.

Sudahnya,

Simpan sahaja dalam hati

Agaknya rasanya mungkin seperti sayur yang kecewa kerana tak laku.

Atau..

Seperti hati yang ada paku terlekat padanya.

Cuma...

Apabila patah hati,

Janganlah disalahkan takdir,

Qada' dan qadar,

Diri sendiri,

Dan,

PENCIPTA.

Patah hati bukan bermakna kita gagal dan kalah.

Patah hati mengajar kita makna SABAR dan TABAH.

Carilah PENAWAR.

Al-Quran,

Doa,

Suara orang-orang yang disayangi,

Ibu bapa...teman-teman yang seiring dan sejalan,

Istighfar dan bersyukurlah.

Kerana semuanya,

Berkhikmah.

**********************************************************




Tuesday, April 5, 2011

Kisah si penjual ikan

(Sila baca dengan nada separuh menjerit dan kelam kabut)

Aku sedang jual ikan
Tiga longgoK RM5
ikan Kerapu, ikan Siakap, ikan Pari
Siapa mahu?
Boleh campur2
Meh singgah weyh =P

Wednesday, March 16, 2011

separuh hidup

Hidup semakin payah
Nak mati...persediaan pulak belum cukup lagi
ah hidup jelah

Doakan aku sejahtera akhirat dan dunia.

Saturday, March 5, 2011

Mengorek

Sedang mengorek
Dalam-dalam
Biar tembus kepala batu aku ini
Berlubang-lubang pun tidak mengapalah
KAWAN,
Bantu aku
Untuk aku bantu KITA

Friday, February 25, 2011

Lari lebih laju

Oh nampaknya aku lari tak cukup laju
Lihat, sudah tertinggal berbelas puluh tapak
Fiuhh

Thursday, February 24, 2011

Rasa yang berkuasa 1

Pernah tak rasa bila kau tersangat2 mahu sesuatu benda atau perkara,
kau akan lupa dan mula kesampingkan benda+perkara lain
yang mungkin lebih penting dari sesuatu yang kau mahu sangat2 itu.
Macam yang aku kata tulis sebelum ni,
Benda atau perkara tu mungkin tak sepenting mana
Cuma senang kata kau mahu juga benda+perkara itu
tanpa ada alasan kukuh.
Walau kau sedar harapan untuk kau dapat benda+perkara tu
sangat tipis macam kain langsir jarang.
Eh, tipis pon masih ada harapan lagi ye tak?

Monday, February 21, 2011

Rupa-rupanya.........

.......ada sesuatu di dalam 'hati-hati' kita yang tidak beres.
Berbuku.
Memendam rasa.
Entah apalah yang terbuku di 'hati-hati' kita itu.
Andai kata 'hati-hati' kita itu boleh dibaca,
tentu 'hati-hati'  itu akan bertambah sakit.
Wahai 'hati-hati',
diam-diam sahaja di situ.
Tidak perlu bicara banyak.
Aku yakin kita lebih selesa begini.

Tuesday, February 15, 2011

Teater Beta Gundah Gulana




Poster



Tentang 'Beta Gundah Gulana'


1. Sebuah teater yang sarat dengan mesej kritis mengenai amalan pemerintahan dalam negara yang pincang dan rakyat marhean yang tertindas.

2. Ada adegan menari ala terbang

3. 80.5% jalan cerita berkisahkan tentang Raja yang kerap mendapat mimpi buruk tentang rakyat yang meragui pemerintahan baginda. Itu pasal asyik gundah gulana.

4. Pengarah, Prof. Mohamed Ghouse Nasuruddin banyak guna elemen pantun, dengan lenggok bahasa puisi yang berima dalam skrip pelakon.

5. Tabik pada pelakon sebab boleh hafal skrip yang berjela-jela tanpa rasa kekok pun.
(walaupun ada seorang dua pelakon yang macam lupa skrip, pada aku tak nampak sangat rasanya)

6. Suka kostum yang diguna pakai. Semua orang termasuk Sultan pakai t-shirt putih dengan seluar hitam. nampak simple dan beza daripada teater bangsawan yang lain yang perlu crown, songket segala bagai.

7. Paling 'menangkap mata' penggunaan kain rentang warna-warni yang plain dan panjang dalam setiap scene. Style sungguh.

8. Ade satu scene kaki sultan terbelit dengan kain yang panjang berjela-jela tu tapi tak pasti sama ada itu gimik atau memang betul2 terbelit.

9. Keseluruhannya teater ini suruh kita fikir dalam2 apa yang sebenarnya nak disampaikan. Benda tu boleh jadi ditafsir menjadi sesuatu positif @ negatif terpulangla pada pandangan memasing.

10. Aku kagum dengan sudut pandang Prof. Mohamed Ghouse boleh tembus konkrit aku rasa.

11. Paling best aku dapat tonton teater ini secara percuma sebab joint tengok dengan budak2 sekolah hi3.




Halusinasi sang Raja



Terbang dan menari



Manusia berkelubung

Kredit gambar pada Nad

Monday, February 14, 2011

Kata tangan kanan pada tangan kiri

"Maaf. Hari ini dan hari2 semalam saya kurang sihat,
jadinya tak dapat nak tolong awak berus dan sidai baju".

Saturday, February 12, 2011

Thursday, February 10, 2011

Tauke 'kecil' 3 hari seminggu

Minggu ini dan minggu-minggu lepas aku jadi tauge tauke
Modal kecil
Jualan pada skala kecil
Untung kecil
Tekanan kecil
Tahap kepenatan kecil
Kecenderungan untuk rasa tersinggung
dengan rakan kongsi juga kecil
Penggunaan tenaga kecil
Risiko kecederaan tersangatlah kecil
Pendek kata hampir kesemuanya kecil
Hanya ketawa dan senyum aku sahaja yang besar dan lebar
Hahaha

Friday, January 28, 2011

Fasa-fasa kematian 'kecil'



Dalam tempoh 23 tahun kewujudan aku
entah berapa kali aku sudah 'mati'
Kemudian bingkas dan bernafas kembali
Antara sesak dengan tidak
kadangkala tersangkut-sangkut
juga tersekat-sekat
Mati jiwa
Mati hati
Mati akal
Mati iman
Mati fikir
Selalu juga 'mati kutu'
89, 35, atau mungkin juga 232 kali.
Entah.
Tak terhitung dek jari-jemari tangan dan kaki.
Wah banyak sungguh stok nyawa milik aku ini.
Tapi...
Fasa-fasa kematian itu tidak seburuk yang disangka
Darinya ada rahmat
Mati bukan penamat
Tapi permulaan kehidupan
MAKA
Hiduplah dengan sebaiknya
sebelum mati yang sebenarnya mati
menjengah
lalu jadi kejung
Tidak bergerak-gerak.


Rasa tanpa perisa 3


Pagi hitam pekat
Lolongan kuat
Panjang
Jeritan
Sahut-sahutan
Kelam kabut
Hiruk-pikuk
Siren
Ketukan pada pintu
Bertalu-talu
Panik
Bingit
Gema
Aku?
Membeku
Matikan diri
dalam ruang angkasakau sendiri
Tidak pedulisme
Fire drill atau
Betul2 terbakar sekalipun
Rentung pun rentunglah!

Thursday, January 27, 2011

Rasa tanpa perisa 2

Hoyong-hayang
Tidak stabil
Lalu
Jatuh
Terduduk
Sakit juga
Tapi
Mujurlah.
Tidak jatuh dan tergolek2
Rasanya
Tentu lebih sakit
Kan?
=|

Wednesday, January 19, 2011

eksperimentasi seorang aku

Sisi-sisi seorang aku...
Ungu,
Merah,
Hijau,
Kuning,
dan Kelabu
Ya ada banyak.
Bersegi-segi.
Bermuka-muka.
Kuperlihat topeng-topeng...
Pada Yang Maha Mencipta
Keluarga yang disayangi
Kawan yang dihargai
Hipokrit?
Tidak.
Hanya menyesuai-padankan diri dengan ALAM
itu sahaja.
Tidak bermaksud yang buruk-buruk.
Sungguh.


Saturday, January 15, 2011

Mahasiswa menggugat



Mahasiswa dan universiti adalah dua komponen penting yang tidak dipisahkan dalam konteks pembangunan negara.

Berdasarkan pengalaman negara-negara maju atau sedang membangun, telah terbukti bahawa mahasiswa telah menjadi faktor reformasi dan universiti pula menjadi sumber pengetahuan yang utama serta berfungsi sebagai agen pelaksana agenda nasional negara.

Menyedari akan pentingnya perkara tersebut, Muhammad Abu Bakar telah menjalankan satu analisis mendalam mengenai kegiatan pergerakan mahasiswa di Malaysia terutamanya Universiti Malaya pada era 50-an sehingga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikuatkuasakan. Maka dari situ lahirnya buku Mahasiswa Menggugat ini.

Kegiatan mahasiswa sudah sekian lama mendapat perhatian umum hasil daripada laporan yang dibuat oleh pihak media. Masyarakat dan kerajaan telah mula menunjukkan minat terhadap gerakan mahasiswa sejak awal penubuhan universiti lagi. Namun akhir-akhir ini masyarakat terutamanya pihak kerajaan menjadi semakin sensitif kepada pergerakan pelajar.

Dalam hal ini, dengan bertambahnya penentangan yang dilakukan oleh para mahasiswa terhadap pihak berkuasa yang diterjemahkan melalui demonstrasi dan seumpamanya, masyarakat semakin sedar bahawa tindakan mahasiswa itu boleh mendatangkan kesan terhadap proses pembangunan negara.

Buku setebal 182 muka surat yang sarat dengan coretan sejarah berserta pandangan peribadi penulis ini memberi gambaran yang jelas kepada khalayak pembaca mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa dan apakah motif atau perkara-perkara yang menjadi faktor pendorong kebangkitan mahasiswa pada suatu ketika dahulu yang mana hal ini menjadi tema buku Mahasiswa Menggugat ini.

Tuntasnya, setelah membaca buku ini, kita akan lebih mengenali akar umbi perjuangan mahasiswa pada masa dahulu dan memahami persoalan yang mendorong kebangkitan mahasiswa dalam membantah, menyokong, dan meminta sesuatu demi memenuhi aspirasi dan agenda perjuangan mereka.



Nota kecil: Review buku edisi terhegeh2 terlambat untuk BK8.

Wednesday, January 12, 2011

Hari ini hari TERmalu

Tiba-tiba mahu jadi biskut.
Sembunyi diam-diam dalam tin gelap
Boleh?



photo credit Cik Halimah

Maaf atau TERIMA KASIH

Maaf atau TERIMA KASIH
Mana satu yang kau paling suka dengar?
Mana satu yang kau lebih selesa cakap?

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Sehingga hari ini aku masih cakap laju
Mahu order mi hailam pun kena bikin skrip
dan karang ayat dalam kepala dulu
leceh weyh.
Ada tips tak untuk ubah cara cakap aku ni?

Hey kawan

Bukan semua 'benda' dapat diselesaikan dengan...
Duit
dan
Juta2 maaf.

Monday, January 10, 2011

KK

kawanku KK yang baik,
dia sudah menghilang,
betul2 hilang.



Sunday, January 9, 2011

DUNIA lucu bahagian 1

Dunia ini sangat kelakar,
Senyum sahajalah lebar-lebar,
Ketawa dalam hati juga tidak mengapa.

Thursday, January 6, 2011

Cerita dalam kepala 2

Hari ini
Semalam
Dan
Kelmarin.

Aku bawak sebiji otak yang sedang beku

Masuk kedalam satu ruang yang aku panggil bilik kaku

Sebiji otak yang beku dengan ratusan soalan tanpa pilihan jawapan = infiniti

Sesak... tersangkut-sangkut...

Ah tempuh sajalah

kerana,

Tiada talian hayat untuk otak yang sudah beku!



Wednesday, January 5, 2011

Penat

Menjadi orang yang JUJUR,
kadang-kadang penat juga kerana perlu tenaga yang bukan sedikit.
Tapi, menjadi orang tidak JUJUR
Rasanya lebih penat dan banyak menggunakan tenaga.
.
.
.
Hari ini aku jadi golongan yang kedua.
Rasa macam sampah terbuang.
Rasa jahat dan kotor.
Maafkan aku Tuhan.
Maafkan aku kawan.
Maafkan aku wahai diriku sendiri.

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.