Friday, September 12, 2025

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja.
hari yang buruk akan berlalu
hari yang baik akan datang lagi.

Wednesday, August 20, 2025

Januari yang terasa panjang meski baru mulai....

Januari datang menyelak tirai,
antara sunyi dalam ramai,
dalam diam-diam,
ada gema seribu harapan yang belum kutemukan 
susunan kata-kata
yang mudah dan
ringkas
untuk ku ucapkan.

Ah, Januari sejak hari pertama sudah terasa beratnya,
seolah-olah memikul saki baki
beban kisah semalam
yang tak sempat aku kemas 
dan rapikan.

Langit pun terasa muram kelabu,
meski kalendar sudah berganti baharu,
segala azam, 
pengharapan,
mimpi-mimpi indah yang walau terasa samar,
tetap juga ku coret,
tetap juga 
ada doa-doa 
yang aku langitkan setiap malam
dengan suara gugup,
dan 
ketar-ketar
meski terasa goyah 
dalam gelombang kenyataan
yang bungkam.

Januari masih terasa panjang buatku,
seperti perbualan yang tidak usai,
seperti luka yang belum kering goresan merahnya.
Ah ini puisi tentang Januari,
bukankah baru mulai?
mengapa begitu resah gelisah?
mengapa terasa menghempap dada?

Bukankah Januari cuma pintu?
Bukankah di baliknya masih ada bentangan 
jalan luas.
Ya cukup luas.

Cubalah berdiri,
perlahan-lahan belajar menjalaninya,
meski langkahmu gementar,
kerana,
hari esok barangkali sedang tersenyum menunggumu 
dengan cahaya mentarinya yang hangat,
lagi sehari lagi,
untuk dirimu menjadi pena,
menulis kisahmu sendiri,
dengan penamat yang kau sukai.

Am Yusof
Bandar C, Negeri P
21 Januari 2025

Nota: aku cadang untuk hantar tulisan ini di akhbar yang ada ruangan sastera. Tetapi di mana ya? Atau elok kah kalau aku hantar pada tahun depan. Mungkin hantar pada bulan Januari adakah kalau hantar sekarang dianggap sudah terlalu lewat kerana Januari tahun ini sudah lama habis.

Thursday, January 2, 2025

Berharap dan berdoa versi Raim Laode

kalau ada hal-hal yang kau ragu dan sebagainya
ya, kalau terjadi, ya terjadi 
kerana sudah ditulis
kalau tidak,
ya sudahlah
pasti Tuhan punya tulisan 
yang lebih indah daripada frekuensimu.

makanya saya tidak suka kata berharap
saya lebih suka kata berdoa 
sebab harapan itu saya tidak tahu tuannya ke mana
harapan ke mana? 
saya berharap? kita tidak tahu ke mana
berdoa, ke mana? ke Tuhan,
berharap tidak terwujud - sakit hati
berdoa tidak terwujud - kita ikhlas dan lega.
sebab tuhan punya tulisan yang lebih baik daripada doamu.

Raim Loade
31 Disember 2024

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.