Semalam, kurang dalam tempoh lapan jam, secara rasmi, menerusi sekeping kertas, syarikat tempatku mencari rezeki, menutup rapat pintunya untuk aku dan lebih 800++ kakitangannya.
Juga rasa sedikit bimbang. Bagai separuh diriku bagai ikut menghilang entah ke mana.
Adakah aku akan berpeluang lagi menjadi wartawan di tempat lain?
Entah kenapa terdetik juga rasa lega kerana aku mengakhirinya kerjaya ini tanpa menyebakan kerugian duit ringgit etc, disaman,terbunuh, menjerit marah-marah, memukul sesiapa, mencemar imej dan reputasi individu etc
Khabar yang dibawa angin mengenai penutupan sudah berterbangan sejak beberapa hari lalu dan kian kencang pada 8 Oktober sebelum menjadi kisah nyata keesokan.
Suara esakan kecil beberapa rakan sedikit sebanyak mencuit emosi. Tapi aku tidak rasa ingin menangis atau terlalu sedih. Aku cuma ingin cepat berkemas dan balik tidur. Mungkin kerana fizikal dan fikiran yang begitu lelah dengan bebanan kerja yang bertambah setelah separuh dari kakitangan menyambut tawaran VSS syarikat tahun lalu.
Aku masih pergi assignment di The Garden, Mid Valley pada pagi 8 Oktober. Fikiran begitu bercelaru. Sesat beberapa kali, sehinggakan akhirnya parking kereta di stesen Abdullah Hukum dan naik LRT (itupun terlepas stesen dan naik Grab pula ke lokasi). Kali pertama jadi sekacau itu. Walhal sudah selalu ke situ.
Sampai saja terus duduk dan tangan terus menyalin segala butiran maklumat dan kata-kata yang dicurahkan. Usai tugasan, minum kopi dan makan sambil berbual lama dengan wajah-wajah biasa yang selalu ditemui di lapangan. Pulangnya tumpang kereta Kak R ke stesen LRT.
Petangnya, keluar dari pejabat agak awal (pukul 6.30 petang dikira awal bagiku kerana biasanya balik selepas Mahgrib atau Isyak) berkumpul di Restoran W dengan dengan 8-10 orang lagi meraikan officemate yang resign dan sudah dapat tawaran kerja baru.
Lucu. Rupa-rupanya kami semua yang meraikan rakan tersebut secara berjemaah pula hilang kerja pada keesokan harinya.
Mudahnya semuanya berakhir begitu sahaja untuk sebuah perusahaan yang baru menyambut ulang tahunnya ke-80. Aneh jika difikirkan.
Mujur semua bahan rencana yang kukira penting dan dikerjakan bermati-matian sebelum itu sempat disiarkan.
Pendek kata, tidak gembira tetapi lega.
Juga rasa sedikit bimbang. Bagai separuh diriku bagai ikut menghilang entah ke mana.
Adakah aku akan berpeluang lagi menjadi wartawan di tempat lain?
Entah kenapa terdetik juga rasa lega kerana aku mengakhirinya kerjaya ini tanpa menyebakan kerugian duit ringgit etc, disaman,
Kerana laporan/penulisan akhbar boleh menaikkan seseorang boleh juga jadi sebaliknya.
Ah benar bagai nukilan kata Pak Samad dalam naskhah Hujan Pagi. "Wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati".
Heh, kerja apapun, kebanyakannya sama saja. Kadangkala menyenangkan. Ada ketikanya menyebalkan.
Nota untuk diri sendiri:
Dalam tempoh lebih tujuh tahun bekerja dalam bidang ini aku pernah terlibat dalam lapan kemalangan (empat semasa menunggang scooter dan empat lagi ketika memandu kereta).
