Showing posts with label tiada label. Show all posts
Showing posts with label tiada label. Show all posts

Tuesday, August 18, 2020

Puisi apa hari ini

Mahu baca puisi apa hari ini?
puisi tentang orang miskin susah,
sehari-hari hidup mengenang nasib, 
menunggu tuah memeluk riba,
ah miskin tidak semestinya susah,
lalu engkau bertanya miskin tahap bagaimana?

Barangkali dikatakan miskin
kerana cuma ada beberapa keping syiling 
dan sehelai dua wang kertas seringgit 
di dalam lipatan sapu tangan lusuh.

Ah miskin juga jika asyik melihat diri tidak cukup serba serbi.

Am Yusof
5 Julai 2020

Friday, July 31, 2020

Seperti apa

Hari ini, 
Jika engkau sedang gembira,
Seperti apa bentuk bibirmu 
mengoyak senyum
dan 
irama gelakkmu
tertawa ria.

Jika engkau muram berduka,
sedalam mana garis lukamu,
entah kerana apa ia tergores
entah siapa menggores.

Jika kau sedang menitiskan air mata,
Seperti apa gaya tanganmu menutup wajahmu,
ah entah tangisan petanda syukur,
entah tangisan petanda duka.

Hari ini,
cukup saja aku menyimpan pertanyaan-pertanyaan ini,
selama aku belum bertemu dirimu,
meskipun, 
aku terlalu ingin menyaksikan,
sejak sekian lama,
entah seperti apa bentuk cintamu kepadaku,
pada hari yang aku sendiri,
tidak mampu untuk mengasihi 
diriku sendiri.

Am Yusof 
30 Julai 2020

Tuesday, July 21, 2020

Pahit yang manis

Kataku, 
inilah pahit yang manis,
lalu engkau menyoal,
jadi pahit atau manis?

Jawabku,
pahit di lidah,
manis di hati,
Jadi umami.

Am Yusof
18 Julai 2020

Tuesday, March 24, 2020

Tentang diam

Diam
ialah kata-kata 
yang tidak pernah usai.
Ada kalanya ia ucapan paling manis,
atas nama,
silaturahim
dan 
sopan santun.
Meskipun,
dalam kebanyakan waktu,
ia sulit sekali ditafisr.

Selain mengenang memori,
apa lagi yang boleh dibuat orang pengalah seperti aku,
selain berdiam diri.


Am Yusof
7 Mac 2020

Thursday, November 3, 2011

aku dan tembok merah bata

Aku kini sedang berusaha untuk jadi seketul tembok,
yang kukuh dan berwarna merah bata!

Friday, July 29, 2011

cinta yang sedikit

Buat apalah dikejar cinta manusia
sudahlah sedikit, terpilih-pilih pula.

Friday, April 15, 2011

Rasa tanpa perisa 5

Mengambil berat dan menjaga tepi kain orang juga dua perkara yang berbeza

Sunday, April 10, 2011

Monday, February 14, 2011

Kata tangan kanan pada tangan kiri

"Maaf. Hari ini dan hari2 semalam saya kurang sihat,
jadinya tak dapat nak tolong awak berus dan sidai baju".

Wednesday, January 12, 2011

Maaf atau TERIMA KASIH

Maaf atau TERIMA KASIH
Mana satu yang kau paling suka dengar?
Mana satu yang kau lebih selesa cakap?

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Sehingga hari ini aku masih cakap laju
Mahu order mi hailam pun kena bikin skrip
dan karang ayat dalam kepala dulu
leceh weyh.
Ada tips tak untuk ubah cara cakap aku ni?

Sunday, January 9, 2011

DUNIA lucu bahagian 1

Dunia ini sangat kelakar,
Senyum sahajalah lebar-lebar,
Ketawa dalam hati juga tidak mengapa.

Thursday, November 11, 2010

Katak Bawah Tempurung VS Katak Dalam Balang Kaca

Katak di bawah tempurung.
Apa yang dia dapat???
Gelap.

Hitam.
Kelam.
Rasanya???
Tiada rasa mungkin.
Kerana dia tak pernah tahu erti,
Terang.
Cahaya.
Lampu kalimantang juga.

Katak dalam Balang kaca.
Jiwanya mahu keluar.
Meronta-meronta.
Atmanya mendesak-desak.
Jika dapat keluar,
Dia mahu melompat sebebasnya.
Tanpa halangan.
Tanpa ada sekatan.
Tapi dia tidak tahu.
Jika terlau bebas melompat,
Dia akan sesat.
Dia akan tenggelam
Dia akan lupa jalan pulang.
Paling teruk,
Dia akan lupa,
Yang dirinya,
Hanyalah seekor KATAK!



Monday, May 17, 2010

Tipu

Aku benci kena tipu, hati rasa macam dibom sahaja +_+

Tuesday, February 9, 2010

Roda Hidup

Hidup macam berlari di atas sebuah roda,
Duduk dia atas memang seronok,
Tinggi, terawang-awang,
Aww GAYAT weyh.
Duduk di bawah memang sakit,
Sesak, terhimpit,
BERAT??? memanglah.
Kalau lambat berlari kita akan jatuh,
Paling malang kena hempap dek roda kita sendiri!


**Haizz cepat betul roda aku berpusing. Lihat sudah pening.

Eye On Malaysia
~ Temporarily Closed~

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.