Sunday, November 15, 2009

Cerita dalam kepala

Sebiji almari besar dalam kepala
Dengan jutaan laci-laci
Sumbat, sumbat, dan sumbat apa sahaja di dalam laci
Data mentah
Data separuh masak
Data hangit
SEMUANYA
Biar penuh
Biar puas hati
Biar ƃuɐƃƃuɐl ƃuɐƃƃunʇ
Biar serabut
Biar kelam kabut
Biar kacau bilau
Biar kucar kacir
Bila tiba masanya.....
Eh laci mana yang perlu aku buka hah?

Nota akhir: Lagi satu paper je lagi aku harap semuanya akan ok2 sahaja *_^

Saturday, November 14, 2009

CONTEST : "A Picture Tells a Thousand Word"

Pencarian gambar terbaik  antara blogger kini bermula.... (pesanan penaja)
Contest yang best ni dianjurkan oleh Cik Bulan 

Korang boleh tengok syarat peraduan kat sini

Contest ini akan berlangsung sehingga 17 November 2009

Dan kini mempersembahkan....
.
.
.
.
.
.
.






Harap maaf semua gambar telah diremove *_^
Kalau sudi..korang boleh undi aku di blog cik bulan
(aku budak yang bernombor 38)
Selamat mengundi










Thursday, November 12, 2009

Bilik aku yang keras

Agaknya lori simen pernah terbalik kat situ dulu...
4.16 am
Pagi+gelap+kelam
Hanya lampu jalan menemani
Suara seperti commander palapes tengah command anak2 buah kedengaran
Membangunkan aku dan memadam semua mimpi2 aku
Malas aku nak menjenguk ke luar
Kerana takkan ada apa-apa untuk dilihat
Aku cukup pasti tentang itu
Pagi sunyi
Mamai
Terkebil-kebil
Bersila
Sambung tidur
Tiba2 tengkuk memberat
Seperti ada beban di belakang
Menekan
Aku yakin ini bukan sleep paralysis yang biasa
Ambil masa beberapa puluh minit untuk bangun
Baca ayatul qursi
Tidur lagi
sleep paraylisis lagi
Baca lagi kali ini beberapa kali
Tidur lagi
Kejadian yang sama berulang
Ceh
"Agak-agak la esok aku periksa aku baru je tido"
Aku cakap entah pada siapa
Entah kenapa
Mungkin 'dia' tak faham BM
Atau bahasa apapun
Okeh aku mengalah
Qiamullai lebih baik kan.

Monday, November 9, 2009

Cerita tentang sampah

Dia teguk teh O yang sudah suam-suam kuku,
Sambil bercakap dengan suara serius,
Tanpa secarik senyum,
Dia lambat-lambat berkata,
Jika kau submit sampah, sampahlah yang kau dapat.
Sungguh.
Aku angguk-angguk sambil mulut mengunyah lepat perlahan-lahan,
Muka sedikit berkerut. Liat!

Thursday, November 5, 2009

Aku ingin jadi...




Orang yang paling akhir ketawa,

SUPAYA...

Aku dapat ketawa lebih banyak.

Friday, October 23, 2009

Final EXAM

Mula mengorek

Korek dari lecture
Korek dari perpustakaan
Korek dari senior
Korek nota-nota berhabuk+bersawang+caca merba
Korek kepala sendiri

Korek selagi masih boleh

Dalam-dalam

Tuesday, October 20, 2009

R.E.S.E.A.R.C.H - YKT 211

Buat research memang tak semudah memasak lempeng atau bancuh tepung untuk buat cekodok.

Kaji+cari+korek benda2 yang tak tahu+kabur dan jadikan semua itu terang benderang macam lampu kalimantang.

Penat? Memanglah.

Tambah semput jika dapat group member yang tak contribute jiwa dan raga untuk buat kerja-kerja leceh ni semua.

Kepada Nad,

Terima kasih kerana dapat fikirkan satu tajuk yang akhirnya diluluskan Dr N tanpa banyak soal selepas berbelas tajuk kita kena reject macam sampah kotor
Terima kasih juga kerana telah berjaya merumuskan kesemuanya pada petang Ahad yang panas+mengantuk+semua orang macam M.I.A

Dan...

Berjuta-juta lagi terima kasih kerana bersama aku bermati-matian memeras otak dan keringat dalam tempoh 3 bulan ni.

Dan A tu (A- sebenarnya) aku dedikasikan untuk mereka yang kerja kuat dan buat yang free loader tu aku harap korang bertaubat serta jadi lebih bertanggung+jawab semester depan

P/S: tulis entry ni sambil kemas bilik yang macam pondok usang berpuaka

Sunday, October 18, 2009

Kali Ini Betul-betul Seram

Jam menunjukkan pukul 3.12 am. Seharian merayap di BJ + banyak kerja tertangguh + kena submit esok + bergajai menyiapakan semuanya sepanjang malam = padan muka aku.


Macam biasa sambil bekerja sambil layan lagu..tapi kali ni aku dengar nasyid diselang seli lagu Meet Uncle Hussien.

Tiba-tiba….

Darah serasa menyerbu naik ke kepala. Tangan dan kaki menggigil tanpa kawalan. Jantung berbunyi lup lup dup lup lup. Pendek kata semua jadi tidak stabil. Besi katil berdenting beberapa kali seolah-olah diketuk dengan objek besi. Aku jeling katil, clear dari objek dan entiti yang mencurigakan. Tangan automatik dail nombor Nad. Apa yang ada dalam kepala aku ialah aku kena blah dari sini sebelum terjadi sesuatu yang tak best dan nampak benda-benda yang di luar jangkaan aku.


Mood asyik seram sahaja sejak seminggu kebelakangan ini. Ah kacau.

Thursday, October 15, 2009

Serius aku betul-betul mengantuk untuk faham semua tu!

Lokasi kejadian separa seram ni berlaku kat L0? 103 a.k.a. bilik aku.
Masa tu lebih kurang dalam kul 1.20 am gitu. Pada pagi yang suam-suam kuku tu, setelah jemu menelaah, main tagged, fesbuk, memblog dan etc, aku pon tutup la semua "tetingkap" yang ada.
Pelik bin Hairan lagu Aizat, PERGI masih lagi bernyanyi riang ria  mendayu2 seperti biasa.
Aku cuba tengok apa yang patut
Aku dapati sistem OK2 sahaja, tak da masalah cuma lagu tu jela..
malas nak fikir banyak plus mengantuk tahap gaban aku pon shutdown je cik tom

Setelah terlelap beberapa ketika,

Tiba-tiba aku tersedar, silau akibat cahaya yang terlalu terang dari tingkap yang terletak berhampiran dengan katil.

Aku bingkas bangun, tingkap dan langsir terbuka seluas-luasnya. Patutlah terang!

Malas nak layan. Malas nak bangun tutup tingkap. Tidur sampai pagi.

Esoknya baru aku terfikir.

1. Sebelum maghrib memang selalu aku tutup tingkap rapat-rapat (termasuk semalam).
2. Pagi ni masa buka lagu tak da la pulak jadi macam semalam.



Tuesday, October 13, 2009

Cakap cermat jiwa selamat

Cakap dalam kepala,
Hanya kau saja yang tahu.
Cakap dalam hati,
Tiada siapa yang akan mengerti.
Cakap tanpa suara,
Nanti mereka kata kau si bisu
atau sakit tekak
Cakap sambil makan,
nanti kau akan tersedak.
Cakap tanpa henti,
Semua akan lari.
Tapi kalau cukup berani,
Cakap saja terus terang
Usah takut dijeling pandang
Usah takut pukulan angin ribut lintang orang.

Monday, October 12, 2009

Macam-macam

Pagi ini kelas sunyi MACAM kubur.
Aku pulak berlari MACAM hantu
di bawah hujan lebat yang turun MACAM peluru.
Kelas petang yang berlanjutan hampir 3 jam pula
menjadikan aku mengantuk MACAM kerbau.
Huh,
Stres MACAM bangkai!

Friday, October 9, 2009

Random Mood

Kelam, passionate,  lintang pukang, blur dan kelam semula

~hidup mesti terus heh~

Saturday, September 19, 2009

Menjelang Hari Raya........

...........lesen memandu aku masih menyandang title LEMBU!
Bila la dia nak bertukar jadi PANDA.

Friday, September 11, 2009

Abcd

Batu yang kugalas semalam tiba-tiba bertukar menjadi bongkah ais.
Makin lama makin mengecil
Kecil, kecil, dan kecil lagi
Eh sebelum ais itu mencair dan terus hilang...
.
.
.
.
Lebih baik aku bikin ABCD dengannya!

Thursday, September 10, 2009

Berat bahu memikul

Tiada beban batu aku galas.

B.E.R.A.T

Memanglah.

Siapa suruh pilih batu.

Pilih sahaja gula-gula kapas.

Ringan dan manis pula rasanya.

Hati kecil VS Hati Besar

Rupa-rupanya aku ini pengecut
.
.
Pengecut di dalam hati
.
.
Biar sahaja hati BESAR yang garang bicara
.
.
Hati kecil diam-diam sahaja di situ

Sunday, September 6, 2009

Keliling Dunia

Rendang ayam mak yang paling sedap di dunia,
JADI...
.
.
.
.
.
Tak perlulah aku keliling dunia.

Friday, August 28, 2009

Rasa yang membunuh

Aku ini jenis orang yang cepat buat keputusan.
Cepat pula rasa menyesal.

Dan,
Rasa sesal itu cepat pula memudar.

Tapi kali ini,
Rasa sesal itu tidak mampu kuhambat jauh-jauh.

Kenapa agaknya ya??

Sunday, August 9, 2009

Air dari langit

Langit gelap,
awan gemawan beriak mendung,
Maka hujan pun turun,
Tanpa diseru,
Tanpa segan silu,
Duhai langit,
hibakah dikau?

Dan aku,
Berjalan di bawahnya,
Tanpa ragu,
Langkah disusun laju-laju,
Apa perlu berlari di bawahnya??
Di hadapan juga ada hujan,
Di mana-mana juga ada kelibatnya,
Baju sudah lenjun,
Langkah kaki kian memberat.

Sungguh,
Kaki masih ingin melangkah,
Sebagaimana juga hujan,
Yang masih ingin turun,
Yang masih ingin mencuci,
Selaput kotor berdaki mati.

Thursday, August 6, 2009

jumpa dalam mimpi

Suatu ketika dulu aku pernah ada abah

Sikit pasal abah aku:
Beliau pandai masak singgang, nasi goreng, dan dodol.
Suka main batu seremban dan badminton.
Tak berapa pandai main bola tapi suka tengok bola.
Kelakar
Perokok tegar.
Cepat marah tapi cepat sejuk.
Masa kecil, aku sangat takut pada abah.
Tapi bila dah besar kami kamceng macam kawan.
Suka baca novel, komik

Suatu hari aku bermimpi mengenai abah.

Dalam mimpi itu katanya:
"Ini anak aku", katanya memperkenalkan aku kepada beberapa orang rakan beliau.
"Dulu aku sayang dia".........dialog tamat, aku terjaga dan tetiba rasa sebak dan bersalah

Abah,
Jika doaku sampai, cukup kirimkan aku senyum.

Tuesday, August 4, 2009

SOLAT – WAKTU, WARNA & KELEBIHAN‏



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga dan warna alam .

Waktu Subuh : alam berada dalam spektrum warna biru muda bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Isra’ & Dhuha : Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar : Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib: alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak : alam berubah ke warna Indigo seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


PS : Rencana diforwardkan oleh seorang rakan, pesanan buat kita yang sering lupa.

Thursday, July 16, 2009

Bukan mimpi..

Aku rasa cam mimpi..
Betul ke ni???
Cicip sedikit garam. Masin
Aku telan panadol. Standard rasa panadol la...
Aku makan kek cawan lebihan semalam. Ceh lemau.
Sah bukan mimpi
.
.
.
Senyum sampai ke telinga

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.