Thursday, January 19, 2012

dunia lagi satu


PADA AKU tidur adalah satu kaedah paling senang, untuk bawa diri kita melayang keluar dari dunia nyata.

dan tidurku sering dihiasi mimpi dramatik
ada ketikanya, beberapa mimpi yang dialami berkait antara satu sama lain.

ada masanya, ia seolah-olah dapat disambungkan dan mengambil latar tempat yang sama yang amat asing dan tidak familiar buat diriku di alam realiti.

langsung tiada kaitan dengan dengan kisah hidupku. kalau ada pun sipi-sipi sahaja.
entah bila aku tidak sedar
aku mula menulis kembali momen mimpi sendiri.

usai sahaja terjaga dari lena tidak kiralah di helaian buku teks sekolah, surat khabar 
atau cebisan kertas apapun (sekarang aku tulis di phone).
 
mungkin sampai aku bongkok tiga dan semua gigiku tanggal,
aku masih suka menulis mimpi sendiri.
sampai semua mimpiku tenggelam dalam lena yang panjang.

Nota: di dalam blog ini, entri kisah mimpi diletakkan di bawah label sekuel mimpi.

Monday, January 16, 2012

Rasa yang masin 2

Hiruk pikuk dunia pekerjaan.
Kadang2 menyenangkan
selalu juga membebalkan,
Namanya pon KULI kan :D

Friday, January 13, 2012

Rasa tanpa perisa 7

Aku rasa macam dah tersesat.
Sebabnya,
jalan-jalan yang sedang aku lalu sekarang ini
nampak berbalam-balam
tapi entah kenapa sepasang kaki milik aku ini
laju sahaja menghayun langkah ke hadapan
tak mahu berpatah balik.
Kerana,
jalan-jalan di belakang
lebih kelam lagi.
hitam dan berkabut gelap!

Sunday, January 8, 2012

Manusia separa kucing 2

Satu hari balik dari mengajar Jojie tiba-tiba berasa sakit hati.
Jojie cuba hilangkan rasa sakit hatinya dengan makan jagung bakar
dan menyanyi lagu lemon tree sambil memandu dari Bangsar ke Kepong
berulang alik selama tiga jam berturutan.
Tapi rasa sakit hatinya tidak juga menghilang.
Jojie rasa tak tertanggung.
Dia kemudiannya mencapai sebilah penknife
lalu mula menoreh abdomennya sendiri kira-kira 5.3cm
Perlahan-lahan dia keluarkan sekeping hati miliknya dari situ.
Hati itu Jojie bawa ke sinki dan basuh bersih-bersih
Lepas tu Jojie toskan dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk hari itu,
Jojie rasa betul2 lega dan aman.

Thursday, January 5, 2012

Manusia separa kucing

Jojie adalah seorang manusia berkepala kucing.
Beliau sukakan laut dan mudah menangis.
Makanan kegemaran Jojie adalah nasi goreng dan ubi ketuk.
Pada masa lapang Jojie suka bermain ping pong dan melukis gambar ikan.
Sehingga entri ini ditulis, Jojie bekerja sebagai guru tuisyen di Daerah Q.





Sunday, January 1, 2012

Hilang deria

Rasa yang cool
ATAU
Rasa yang membunuh
Kadang-kadang aku dapat rasa kedua-duanya
bercampur baur
Tapi sejak akhir-akhir ini
selalu juga aku tak dapat rasa langsung kesemua rasa itu
Entah
Agaknya, aku dah hilang deria rasa kot

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.