Sebab utama, aku tak boleh membayangka diri aku terjatuh dalam laut dalam etc dengan kaki terkapai-kapai dan bergelut menghabiskan sisa nafas terakhir. Sedangkan, belajar berenang pun sudah jadi pengalaman yang agak menyeksakan buat diri aku (sampai hari ini tak pandai berenang. Basic menyelam pun tak lepas).
Kalau terjun bangunan mesti sakit yang amat jatuh terhempas. Macam mana pula jatuh terhempas kepala dulu. Sama juga pelbagai kaedah lain seperti kelar tangan sendiri, minum racun, bakar diri sendiri. Semuanya menyeksakan dan menyakitkan. Nauzu billahi min zalik.
Alhamdulillah, sejujurnya, aku rasa sangat bersyukur kerana ada gagasan pemikiran sebegini. Walaupun sejujurnya, pada ketika ini, aku bukanlah manusia yang baik sangat. Solat pun masih qada lagi. Coping mechanism berdepan stres pun setakat tidur atau mendiamkan diri tak buat apa-apa.