Sunday, May 12, 2024

Hidup dan mati

Meski betapa besar masalah, berat dugaan dan walau betap susah tugasan (kadang-kadang agak mustahil dan bukan-bukan pun ada arahan) yang aku pernah hadap, setakat ini aku belum pernah terlintas atau terbayang dek fikiran untuk sengaja menamatkan riwayat hidup sendiri.

Sebab utama, aku tak boleh membayangka diri aku terjatuh dalam laut dalam etc dengan kaki terkapai-kapai dan bergelut menghabiskan sisa nafas terakhir. Sedangkan, belajar berenang pun sudah jadi pengalaman yang agak menyeksakan buat diri aku (sampai hari ini tak pandai berenang. Basic menyelam pun tak lepas).

Kalau terjun bangunan mesti sakit yang amat jatuh terhempas. Macam mana pula jatuh terhempas kepala dulu. Sama juga pelbagai kaedah lain seperti kelar tangan sendiri, minum racun, bakar diri sendiri. Semuanya menyeksakan dan menyakitkan. Nauzu billahi min zalik. 

Alhamdulillah, sejujurnya, aku rasa sangat bersyukur kerana ada gagasan pemikiran sebegini. Walaupun sejujurnya, pada ketika ini, aku bukanlah manusia yang baik sangat. Solat pun masih qada lagi. Coping mechanism  berdepan stres pun setakat tidur atau mendiamkan diri tak buat apa-apa.


kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.