Wednesday, January 28, 2015

lagi banyak SOALAN dari jawapan

tok tok tok
bunyi kau ketuk pintu 
kebetulan aku memang mahu keluar
terus terpandang wajah manis kau yang senyum tersipu-sipu dari balik grill
"sorry kunci lupa bawa," kata kau 
"maaf cari siapa ya?," tanya aku
"aku kawan lama kau tahun 1937. Ingat lagi tak?" jawab kau dengan nada teruja
"tahun 1937 rasanya aku belum lahir
atau aku yang tersalah tinggal di rumah ini
atau kau manusia dari masa depan
dan aku ini manusia zaman prasejarah?," aku tanya lagi dengan engkau
"ha?" jawab kau dengan ringkas
yang bunyinya juga macam
s o a l a n 

Wednesday, December 31, 2014

Penghujung hari

pagi hari ini,
terasa seperti takdir sedang mempermainkan aku
diperolok orang sekeliling
aku merasa ingin menyonsang arus 
isytihar diri telah kalah
dan balik tidur
tapi aku tidak sampai hati buat begitu
pada pengakhiran hari itu
ia tamat juga seperti 365 hari musim lepas
dan hasilnya tidak seburuk yang kusangka
ya secara purata
semuanya baik-baik sahaja
kerana aku selalu ingat 
ada satu perkara yang perlu tetap aku perjuangkan
walau semua tulang-temulangku meluruh 
hancur berserakan
USAHA dan serah semuanya pada TUHAN

Saturday, November 22, 2014

Selamat berfungsi

Bertemu orang psikopat
macam kau mengajar aku 
apa rasanya 
menjadi orang pemarah
dan memberontak
tidak pedulisme tentang 
sindrom kecelaruan pemikiran yang kau hadapi
sampai satu tahap aku mempersoalkan 
kewujudan kau dalam dunia aku yang aman setakat pukul 4 petang tadi 
merasuk ketenangan aku 
hingga beberapa jam 
membuatkan aku terlupa seketika 
orang macam kau juga mengajar aku 
erti menjadi manusia PENYABAR
moga kau cepat sembuh




Sunday, November 16, 2014

cerita pagi tadi

disebabkan terlajak tidur, pagi tadi aku hanya sempat mandi kerbau dan tergopoh gapah capai kunci dan helmet terus pecut scooter ke tempat tugasan. 

sampai sesuku perjalanan, aku terasa tertinggal sesuatu yang macam penting.

lima minit pertama aku masih tak dapat ingat apa-apa. aiseh bagpack aku rupanya.

tapi aku gamble je redah sebab dah lambat
dan harap beg tu memang aku tak bawa dari mula.

sebab aku ni kadang-kadang lengai sikit (ya sikit saja). 

buatnya aku tertinggal benda alah tu atas lantai masa aku pakai kasut depan lif tadi 
atau aku dah bawa benda alah tu separuh jalan
tapi aku terlupa galas ke masa sarung jaket 
atau tali putus ke apa dan beg tu terjatuh di tengah jalan raya.

dan macam-macam spekulasi dan teori memenuhi kepala aku, buat diriku tak tenteram untuk sepanjang pagi itu.....




Tuesday, October 28, 2014

jiran

Nota: Lagi sekali, ini nota mimpi.

Suatu pagi tu tersedar je dari tidur......
Aku sekali dengan tilam serta segala perabot dan barang2 dlm bilik aku terdampar kat satu playground ni
Persekitaran masa tu boleh dikatakan baru terang2 tanah.
Tempat tu open space tapi kecik je.
Fasiliti agak lengkap dengan buaian papan jongkang jongket dgn mini gym segala.
Tapi keliling dia aku tak ingat ada apa.

Aku dengan masih berbungkus selimut bangun terpisat-pisat.
Cuba pejam mata dan tidur balik 
Tapi malangnya aku masih pegun di tempat yang sama.
Pasrah dengan apa yang berlaku.
aku bangun lipat tilam capai tuala dan pergi mandi di tandas awam.
yang kebetulan agak dekat dengan kawasan taman tu
....pastu aku terserempak seorang budak lelaki A, umur dalam 16 tahun selamba pakai baju yang rupanya macam baju aku.
Aku nak tegur, tapi suara tak keluar hanya mampu" senyum sumbing.

Pastu aku jumpa lagi satu bro B umur dalam lewat 20-an dengan seorang lagi budak awal 20-an dipendekkan cerita....kami tinggal 'berjiran' di playground tu.
Sejak tu aku perasan baju dan duit aku selalu hilang tapi bukan semua ah...diorang amik sikit2 
Tapi aku buat tak tahu dan continue hidup aku dan cuba berbaik2 dengan diorang.
Masa tu aku terfikir mungkin ada hikmah, Tuhan bawa aku ke situ.

Selalu jugakla ajak diaorang pergi surau belanja diorang makan 
Dan lagi satu aku cuba terap (macam pemikiran orang berwawasan gitu) kat diorang 
(ceh bunyi macam bagus je :-P)
Tapi masih suka ambil dan guna barang2 aku tanpa kebenaran.

Sampai satu tahap aku give up dan rasa nak blah dari situ
sebab utamanya tilam aku  (sebenarnya dua set narita yang aku gabung dan lipat dua) hilang tanpa khabar berita hantu manalah yang kebas.

Masa tu aku mula kemas barang dan berkira2 utk pack sedikit baju, gajet2 aku untuk cari rumah untuk berteduh.

Dah siap semuanya aku mahu ambil dompet.
tapi benda tu hilang tanpa dapat dikesan!
Rasanya dalam tu ada 4 keping duit ungu, satu not kertas warna hijau, beberapa keping syiling, kad atm, lesen ic semualah dan lagi satu, dompet tu aku baru beli dalam sebulan lepas.

Aku syak budak C yang rembat sebab aku perasan baru2 ni dia baik semacam je dgn aku
Masa aku tengah cari dia tu
Aku jumpa budak A
Dekat tangan dia ada baju favourite aku
Dia dengan muka yang masih selamba tak bersalah hulur baju tu kat aku 
Dan kata, "sorry aku pakai baju kau.
"Tapi aku tak basuh...ada kotor sikit baju kau ni,"
Aku ambik baju tu ada mcm kesan minyak hitam melekit kat baju tu sampai tinggal kesan kt tapak tangan....aku tak tahu tu daki ke apa atau sama ada dia pergi buat kerja2 mekanik pakai baju aku tu.... 

Aku pun kata kat dia;
"Terima kasihlah ingat juga kau nak pulang balik baju ni ingatkan kau nak terus pakai dan buat harta pusaka turun temurun," dan terus berlalu dari situ.

Masa tu dia nampak terkulat-kulat dan macam nak kata sesuatu 
Dalam beberapa langkah berjalan
Aku nampak budak C
Dia pakai kopiah putih, baju melayu warna biru muda pastel dengan kain pelekat.....nampak baju yang dipakai dan muka sedikit basah (macam baru lepas wudhuk)
Masa tu marah punya pasal tanpa berlengah2 aku cekak kolar baju dia
Dan angkat tangan tinggi2
Mahu tumbuk dia.

Tapi muka dia tenang ja
Dia tanya kenapa ni? Kau ada masalah ke?
Masa tu penumbuk aku lagi beberapa inci nak singgah kat muka budak tu
Tapi tiba2 bro B datang jinjit plastik besar berisi dua narita dan selimut milik aku.

Dia seluk poket belakang seluar slack lusuhnya
Dan keluarkan dompet (dompet aku daa)
Sorrylah aku hantar dobi tilam ko ni tak beritahu....dompet kau pekerja dobi tu jumpa dalam lipatan tilam ni.

masa tu  hati aku ada tergerak nak minta maaf 
tapi aku aku tak tahu macam mana nak mula ayat
aku capai dompet dengan comforter aku tu bentang di tepi satu sudut 
dan terus ZZzzzzZZZ 
sampailah aku terjaga di tempat yang sepatutnya aku terjaga

P/s: Bangun je dari tidur aku terus check kandungan dompet aku memang sah ada RM450++ dalam tu...aku keluarkan semalam sebab nak beli lemari baru.

Friday, October 24, 2014

yang bagus yang murah

sudah lebih dua jam berumah pantai di sini
sedang cari buku bagus dan murah
tapi tak jumpa
sudahnya duduk bersila
di satu sudut
membaca helai demi helai 
tanpa ada niat membeli (dasar kedekut)
macam tempat ini perpustakaan awam tepi rumah aku
mungkin 'bagus' dan 'murah' adalah dua kombinasi 
yang jarang-jarang sepadan :P



Sunday, October 19, 2014

ke kota kita

menuju ke kota raya kerinduan puan P dan kak S.
kota sesak yang penuh dengan orang-orang terdesak 
mungkin aku tergolong dalam lingkungan mereka.
walau hanya separuh jiwa.
dan aku sedapat mungkin tidak ingin tahu erti kebencian atau prasangka.
kerana pada aku manusia hanya sekadar manusia.
walau siapa pun mereka.
cumanya apa yang mereka buat
pada waktu serta ketika itu, jadikan
mereka baik
atau nampak macam jahat.
atau dalam bahasa lembutnya buat silap.
kerana hidup kita sebagai manusia di dunia ini 
hanya berkisar tentang persoalan yang bernama UJIAN.

Tuesday, October 7, 2014

Khabar dari neraka

Akibat terlalu menderita
dan tersangat sibuk dipukul dipalu
Firus (bukan nama sebenar) tak sempat
mengirim khabar beritanya kepada kita




Friday, October 3, 2014

Sekolah hidup 2

Senyum, mohon maaf atau ucap terima kasih 
adalah cara paling mudah untuk tunjuk rasa hormat.
Kau tak perlu susah payah 
ambil kursus Komunikasi Manusia 
satu semester untuk belajar perkara paling asas itu kawan :-)

Sunday, September 28, 2014

riuh dalam sunyi

melihat bicara tanpa suaramu 
sepanjang pagi ini
banyak mengajar aku erti syukur
kerana diberi upaya oleh Yang Maha Kuasa untuk mendengar suaraku sendiri

Selamat menyambut Hari Pekak Antarabangsa 2014 moga ketemu lagi :-D




Saturday, September 27, 2014

roda waktu

ditimpa malang sedikit untuk sepanjang hari itu.
ya sikit amat.
kerana masih belum patah riuk sendi 
serta segala tulang temulangku.
jauh sekali luka berdarah di mana-mana.
ungkapan klise selalu kata hidup macam roda.
kadang-kadang di atas, kadang tepi, tengah dan ada ketikanya, kita tergolek berpusing-pusing, jatuh digilis roda hidup sendiri.
ah jikalau aku tahu apa yang akan jadi pada hari depan,
tentunya aku tidak akan dirempuh sama roda waktu.
jadi tak apalah kan.
sebab apa yang berlaku bukan dalam pengetahuan dan kawalan kita.

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.