Nota: ini kisah mimpi
Semasa insiden malam itu berlaku aku sedang 'prep' di atas katil dorm B
sementara kawan aku, Aki tidur lena di katil sebelah.
Tiba-tiba entah kenapa cikgu Nab buat pengumuman nak buat kelas tambahan kejuruteraan elektrik
aku pun turun dan masuk lab (entah kenapa lab itu kongsi satu bangunan dengan asrama pelik gila).
Dipendekkan cerita, cikgu Nab buat demonstrasi pateri satu komponen apa tah.
Pastu dia suruh seorang class mate aku cuba,
tapi entah di mana silapnya berlaku kesilapan teknikal sampai keluar percikan api dari benda alah tu.
Kawan aku panik, dia cuba tutup punca tenaga dari kotak fius tetapi kotak fius pula meletup dan api mula merebak ke seluruh lab - marak sampai naik atas bangunan asrama.
Aku teringat kawan aku yang tengah tidur di atas tadi
Aku pun cepat-cepat naik...cuba kejutkan dia tapi.....
dia liat gila nk bangun.
Dalam keadaan api marak + asap tebal lagi aku give up dan ambil keputusan tinggal kawan aku tadi dan terus turun lari keluar dari bangunan asrama.
Lari punya lari sedar-sedar aku termasuk di satu laluan celah-celah rumah kampung yang dibina agak rapat antara satu sama lain.
Aku pun berjalan dan entah macam mana aku ternampak bahagian belakang rumah tok aku (di Perak nun).
Nampak macam dekat tapi makin jauh aku jalan, laluan itu jadi berbelok dan complicated serta banyak pula jalan mati.
Tiba di satu simpang jalan,
aku nampak Aki duduk di satu bongkah kayu termenung.
Dekat sebelah dia ada potongan kayu api yang disusun bertingkat-tingkat.
Aku jadi excited dapat jumpa dia lagi
aku pergi dekat dia dan tepuk bahu dia
"Hoi ko sesat macam aku juga ke! jom jom kita cari jalan keluar," kata aku semangat.
Tapi dia macam blur dan tak berganjak sikit pun walaupun aku bersungguh-sungguh ajak dan tarik tangan dia.
Masa itu aku perasan badan dia ada macam bau terbakar sikit.
tapi sebab hangin dia buat dek je (macam aku ni tak wujud) tambahan pula aku haus dan penat gila
aku pun blah macam tu je dan sambung perjalanan cari rumah tok aku.
Teringat handphone dalam kocek seluar,
aku pun keluarkan dan nampak ada satu miscall dari kawan sekelas (aku tak ingat nama dia).
Aku nak call balik tapi line pula takda.
Dalam 10 minit berjalan tiba-tiba je kawan yang miscall aku tadi
muncul.
Dia kata "lega dapat jumpa kau. Apsal tak angkat phone...jenuh aku cari kau merata-rata, eh kau nak tahu api habis padam kita dah boleh balik tapi seorang je kawan kita tak dapat diselamatkan,".
Aku nak kata sesuatu dekat dia
tapi suara aku tak keluar
Aku terus jalan ke hadapan tinggalkan kawan aku terpinga-pinga.
Masa itu aku hanya fikir mahu cari rumah tok aku.
Mahu mandi minum milo ais dan tidur.
Nota kecil:
Dah macam cerpen pula hehe. Oh lagi satu aku tak amik subjek Kejuruteraan Elektrik masa sekolah dulu.