Setelah give up ambil lesen kereta manual tahun 2013
di Institut Memandu M,
hujung Mei 2015 baru aku
terhegeh-hegeh ambil lesen semula.
Kali ini aku ambil lesen D Automatik (DA) di Pusat Latihan Memandu C
sebab utamanya nak cepat
dapat lesen dan malas fikir
tentang clutch dan gear semua
lagipun lesen kelas D aku sudah mau expired (26 Jun cukup 2 tahun dari tarikh lesen L itu dikeluarkan).
Sebab keduanya aku mau pindah tempat kerja + pindah rumah + pindah negeri ;)
Sebagai stringer di Pertubuhan B yang terletak di Bandar G
aku sangat-sangat jarang ambil cuti
dan hanya belajar kereta bila tiada tugasan lapangan.
aku sangat-sangat jarang ambil cuti
dan hanya belajar kereta bila tiada tugasan lapangan.
Biasanya aku minta pelepasan dua jam setiap satu sesi dan sambung kerja lepas tu.
Memang terkejar-terkejar sikit sebab aku kerja hampir setiap hari termasuk Sabtu Ahad dan kerja berterusan 7 hari seminggu hingga kadangkala mencecah 14 ke 16 hari baru cuti sehari hingga tiga hari sudah menjadi lumrah dalam pekerjaanku.
Aku cuti paling banyak seminggu masa raya dan hanya akan ambil cuti jika ada urusan penting dan hal kecemasan keluarga. Tidak mengapalah aku sudah redha begitu kerana ada job adalah fulus.
Mak aku pada mulanya tak boleh terima hakikat yang jadual kerja aku camtu. Tapi aku terang pada mak aku
yang aku tak la kerja around the clock (habis goreng story boleh rehat).
Tapi ada masa tertentu contohnya
musim bola memang kerja sampai malam (kalau ada assignment pagi dan petang tambah crime yang tak boleh nak jangka bila nak terjadi kadangkala tengah tidur pun boleh terbangun pergi scence lewat malam atau pagi buta) tapi dah lebih tiga tahun (sejak 17 Nov 2011) aku tak pula rasa jemu disebabkan aku sayang kerja aku dan enjoy buat semua tu dan hadap nature ketidak tentuan
rutin seharian.
Bila aku dapat pengesahan tawaran kerja dari akhbar K pada 11 Jun (aku start kerja baru pada 1 Julai) aku tunggu bos aku balik bercuti dua minggu (masa itu baki cuti beliau ada lagi empat hari kalau tak silap) dan bagi notis tiga hari bermula 16 Jun (kira last day 18 Jun) pada masa yang sama aku letak jawatan sebagai AJK dalam kelab MM (juga dengan notis singkat).
Nampak agak tergesa-gesa di situ.
Memang aku tak fikir panjang pun. Sebabnya aku dah kerja 15 hari tanpa cuti dan aku agak risau memikirkan kemampuan aku mendapat lesen dalam tempoh 12 hari sebelum berhijrah ke tempat baharu.
Pada mulanya aku rasa macam kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup aku rasa sedih (sikit) dan rasa insaf bagaimana rasanya menjadi penganggur.
Sementalah offer letter rasmi pun belum dapat (katanya ambil di HQ masa lapor diri) hingga
sampai satu tahap aku terfikir macam mana kalau aku hanya berdelusi je pasal kerja baru tu hahaha.
Tapi lepas sehari dua aku dah boleh membiasakan diri dengan transisi kehidupanku dan memenuhi masa lapang yang ada dengan packing/donate/buang barang di rumah sewa dan berulang alik ke kelas memandu yang berbaki lapan jam (total 16 jam dan aku hanya belajar dua jam sehari) + tidak termasuk kelas persediaan untuk test (haritu aku belajar dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang) dan terus test JPJ pada hari berikutnya (24 Jun).
bersambung......
Nota: Agak rojak entri ini kerana ia pecahan kecil suatu perjalananku yang asal boleh redah dan sangat cepat berubah dihanyut arus waktu gituuhh