- Hari ini aku pindahkan beberapa barang lagi buat kali kedua di rumah sewa, Lintang P.
- Rumah itu biasa saja dan boleh masuk parking dalam pagar bersama dua lagi kereta penyewa lain.
- Aku angkut kerusi (kerusi roda warna hitam yang aku beli tahun 2020 boleh tahan berat juga dan kena buka skru dia sebab tak muat kereta), meja kerja, kipas, tilam dan printer (Sebab aku ada asiggnment sebelah petang dan kena gerak dalam puku 2 petang)
- Dalam pukul 10.15 pagi aku mesej adik aku minta dia tolong angkut katil untuk bawa balik rumah dia (sebab rumah sewa baru sudah ada katil dan aku fikir, kalau-kalau dia dapat guna katil untuk kegunaan masa depan)
- Tapi dalam jam 10.25 pagi masa aku turun semula untuk bawa turun kaki meja (meja ikea yang kakinya agak mudah ditanggalkan) tanpa sedar, aku tertinggal kunci dalam rumah huhu
- Pada mulanya aku memutuskan untuk tunggu adik aku sampai. Tapi sudah jam 11 dia tak sampai-sampai dan aku terfikir macam mana kalau dia mesej kata tak jadi datang dan aku tak tahu memandangkan, phone pun aku tinggal dalam rumah juga huhu
- Aku terfikir juga, kalau adik aku datang, aku nak buat apa? Adakah aku perlu cari housemate aku di tempat kerjanya (tapi bagaimana, bukankah phone aku tiada dan aku tidak ingat nombornya, aunty P jiranku yang baik dan ada nombor kami semua juga tiada di rumah kerana pergi bercuti di Melaka) atau aku tunggu adik aku sehingga sampai dan kami akan ronda cari kedai kunci
- Sel otak aku lambat juga berhubung hahaha setelah kira-kira 30 minit, iaitu pada jam 10.53 pagi ( aku akhirnya buat keputusan cari kedai kunci berdekatan
- Aku pun bergegas, keluarkan kereta dari parking pelawat (boleh masuk sekejap saja untuk angkut barang) dan pergi cari kedai kunci di Jalan S2.
- Parking dekat situ langsung tiada pula dan aku terpaksa pusing dan parking haram di satu sudut.
- Aku pun jumpa satu kiosk yang dijaga seorang tukang kunci warga emas, dan tanya sama ada dia boleh buat atau tidak
- Aku ajak dia naik kereta sekali, tapi dia kata akan datang naik motor aku sebenarnya minta untuk tulis alamat, tapi dia kata dia tahu blok aku tinggal tu dan minta aku tunggu di guard house.
- Aku pun, gerak balik rumah (ya dan tiada ruang kosong dah yang boleh parking dan aku parking di tepi bahu jalan dekat dengan simpang jalan besar dengan harapan tidak disaman dan masa menapak nak masuk ke kawasan apartment, cun-cun pak cik tu sampai di guard house.
- Bila masuk dekat dalam tu, adik aku dah tunggu di kerusi batu dan dapat tahu, dia sampai dalam pukul 11.13 pagi. Aku sampai dengan uncle kunci tu dalam pukul 11.30 pagi.
- Selalu aku ada kunci pendua letak dalam kasut, tapi sekarang tiada lagi, kerana kunci baru buat Isnin lepas, dan aku tak duplicate pun kunci itu (sebab berniat nak pindah).
- Pak cik tu cuma ambil masa dalam 10 minit saja (bagus betul skill dia tenang dan pantas) dan kemudiannya aku sudah boleh masuk.
- Lepas tu, aku keluarkan kunci utama itu dan simpan dalam kasut (untuk baki-baki hari terakhir di ruma TP sebab aku bimbang pisang berbuah dua kali huhu)
- Kos kes kunci terkunci dari dalam ialah RM45. Pada mulanya, aku tidak mahu ambil baki tapi aku memikirkan, claim aku bulan ini agak 'nipis', aku pun bagi RM50 dan pak cik tu pulangkan baki duitnya RM5. Sekali dia keluarkan duit dalam poketnya tebal betul aku rasa cecah ribuan ringgit juga dan dia masukkan begitu sahaja dalam poket seluarnya.
- Aku sambung angkut kipas dan masukkan dalam kereta.
- Dalam 12.30 selesai buka dan angkut katil.
- Situasi itu aku fikir, dalam masa 30 minit hingga 40 minit sahaja tapi rasa lama, sebab aku berfikir solusi apa yang sesuai diambil terutamanya tanpa phone dan dompet dan parking tiada masa itu jadi aku rasa berat nak keluar dari parking pelawat huhu
- Syukur Alhamdulillah kunci kereta aku gantung kat leher sepanjang proses aku angkut barang itu jadi aku boleh cari kedai kunci
- Baru aku tahu, pejabat petugas admin JMB di bawah tu, tidak boleh membantu menyelesaikan masalah pun dala kes seumpama itu
- Dia minta nombor telefon aku sedangkan, aku sudah beritahu telefon aku tertinggal dalam rumah haha dan dia terus kata ooo macam mana ya nak buat jadi aku pun kata tak apa dan cuba selesaikan sendiri
Rumah sewa baharu
- Aku sudah pergi rumah itu dua kali untuk hantar barang separuh. Aku rasa ada dalam 50 peratus lagi barang perlu dipindahkan ke sana
- Banyak juga barang yang kena bawa balik, macam air fryer dan buku-buku huhu
- Baldi besar, tong air, troli dan barang cenderahati dan hadiah yang dapat sepanjang 2022/2023 berhuhu lagi
- Rumah tu ada lima penyewa termasuk aku
- Rumah teres dua tingkat dan bilik aku tingkat atas. Tangga dia tinggi juga haha
- Setakat ini bilik berkongsi dua orang itu cuma aku seorang yang sudah masuk.
- Rumah itu ada penghuni yang nampaknya work from home
- Hairan juga dua kereta dan satu motosikal tak keluar pula walaupun hari ini kan sepatutnya hari bekerja (atau mungkin depa pelajar (entahlah)
- Rumah tu ada jadual mengemas
- Dapur dia bersih rumah overall bersih tapi kan, rumah lama lagi cantik sebenarnya hehe
- Semalam, aku termenung, bestnya bilik yang bakal aku tinggalkan ini, tingkap banyak, luas, master bedroom, ada bilik air dan bla bla dan aku terfikir adakah kualiti hidup aku akan jadi bertambah baik, stagnant atau kurang selesa?
- Ah aku pun beritahu diri, cuba jadi muslim yang lebih baik, baiki solat dan hidup akan jadi lebih baik.
- Seperkara lagi, parking punya pasal kan
- Aku harap semuanya okay
- Aku sudah bayar sewa RM124 (sewa sudah dikira dari 18 Februari hingga 29 Februari 2024) dan RM300 deposit
- Jadi sehari dalam RM10.34 sen sehari kalau bahagi dengan 29 hari
- Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini
Sekian catatan hari ini.
#braindump