Wednesday, January 12, 2011

Hari ini hari TERmalu

Tiba-tiba mahu jadi biskut.
Sembunyi diam-diam dalam tin gelap
Boleh?



photo credit Cik Halimah

Maaf atau TERIMA KASIH

Maaf atau TERIMA KASIH
Mana satu yang kau paling suka dengar?
Mana satu yang kau lebih selesa cakap?

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Sehingga hari ini aku masih cakap laju
Mahu order mi hailam pun kena bikin skrip
dan karang ayat dalam kepala dulu
leceh weyh.
Ada tips tak untuk ubah cara cakap aku ni?

Hey kawan

Bukan semua 'benda' dapat diselesaikan dengan...
Duit
dan
Juta2 maaf.

Monday, January 10, 2011

KK

kawanku KK yang baik,
dia sudah menghilang,
betul2 hilang.



Sunday, January 9, 2011

DUNIA lucu bahagian 1

Dunia ini sangat kelakar,
Senyum sahajalah lebar-lebar,
Ketawa dalam hati juga tidak mengapa.

Thursday, January 6, 2011

Cerita dalam kepala 2

Hari ini
Semalam
Dan
Kelmarin.

Aku bawak sebiji otak yang sedang beku

Masuk kedalam satu ruang yang aku panggil bilik kaku

Sebiji otak yang beku dengan ratusan soalan tanpa pilihan jawapan = infiniti

Sesak... tersangkut-sangkut...

Ah tempuh sajalah

kerana,

Tiada talian hayat untuk otak yang sudah beku!



Wednesday, January 5, 2011

Penat

Menjadi orang yang JUJUR,
kadang-kadang penat juga kerana perlu tenaga yang bukan sedikit.
Tapi, menjadi orang tidak JUJUR
Rasanya lebih penat dan banyak menggunakan tenaga.
.
.
.
Hari ini aku jadi golongan yang kedua.
Rasa macam sampah terbuang.
Rasa jahat dan kotor.
Maafkan aku Tuhan.
Maafkan aku kawan.
Maafkan aku wahai diriku sendiri.

Thursday, December 30, 2010

Jangan kata begitu

Kawan,
JANGAN kata saya begitu, begitu dan begitu.
Saya juga bukan begini, begini, dan begini.
Tapi,
kadang-kadang saya juga tidak sedar dan pasti
Bila masanya saya akan dan telah jadi begitu dan begini.

Thursday, November 18, 2010

Ada batu dalam kepala

Batu yang kugalas kelmarin tiba-tiba bertukar menjadi bongkah ais.

Makin lama makin mengecil

Kecil, kecil, dan kecil lagi

Eh sebelum ais itu mencair dan terus hilang...Lebih baik aku bikin ABC dengannya.

Thursday, November 11, 2010

Cerita tentang MALAS

Malas itu,
Rupanya persis batu.
Hitam.
Berkabut.
Besar.
Berat.
Buruk.
Bahaya.
Semua orang benci dia.
Sahabatnya ramai.
Kenalannya berjujuk.
Tidak susah mahu berjumpa dengannya.
Tidak perlu temujanji.
Diam.
Pegun.
Membeku sahaja.
Jangan bergerak.
Tidak perlu kemana-mana.
Tunggu (-__-)

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.