Tuesday, February 28, 2012

kicap lemak manis


Nota: Seperti biasa di bawah label sekuel mimpi merupakan kisah mimpi aku. Tesco merupakan antara lokasi yang paling kerap aku bermimpi hehe 😅

Satu pagi aku joging 
ke Tesco Xtra di Sungai Dua
Sampai je depan pintu masuk,
seorang budak perempuan dalam lingkungan umur dua ke empat tahun
hulur plastik berisi sebotol botol kicap.
Dia suruh aku gosok botol kicap tu sambil buat satu permintaan.
Aku pun dalam keadaan separuh bingung  capai botol tu dan gosok perlahan-lahan
sambil kata, "aku mahu mengusai seluruh bahasa yang wujud di muka bumi ini".
Dia ketawa terbahak-bahak
Sambil wajahnya yang cerah pucat
jadi kemerah-merahan
terus dia berlari pergi 
menjauh dan beransur hilang 
meninggalkan aku sendiri
bersama sebotol kicap.

Thursday, January 19, 2012

dunia lagi satu


PADA AKU tidur adalah satu kaedah paling senang, untuk bawa diri kita melayang keluar dari dunia nyata.

dan tidurku sering dihiasi mimpi dramatik
ada ketikanya, beberapa mimpi yang dialami berkait antara satu sama lain.

ada masanya, ia seolah-olah dapat disambungkan dan mengambil latar tempat yang sama yang amat asing dan tidak familiar buat diriku di alam realiti.

langsung tiada kaitan dengan dengan kisah hidupku. kalau ada pun sipi-sipi sahaja.
entah bila aku tidak sedar
aku mula menulis kembali momen mimpi sendiri.

usai sahaja terjaga dari lena tidak kiralah di helaian buku teks sekolah, surat khabar 
atau cebisan kertas apapun (sekarang aku tulis di phone).
 
mungkin sampai aku bongkok tiga dan semua gigiku tanggal,
aku masih suka menulis mimpi sendiri.
sampai semua mimpiku tenggelam dalam lena yang panjang.

Nota: di dalam blog ini, entri kisah mimpi diletakkan di bawah label sekuel mimpi.

Monday, January 16, 2012

Rasa yang masin 2

Hiruk pikuk dunia pekerjaan.
Kadang2 menyenangkan
selalu juga membebalkan,
Namanya pon KULI kan :D

Friday, January 13, 2012

Rasa tanpa perisa 7

Aku rasa macam dah tersesat.
Sebabnya,
jalan-jalan yang sedang aku lalu sekarang ini
nampak berbalam-balam
tapi entah kenapa sepasang kaki milik aku ini
laju sahaja menghayun langkah ke hadapan
tak mahu berpatah balik.
Kerana,
jalan-jalan di belakang
lebih kelam lagi.
hitam dan berkabut gelap!

Sunday, January 8, 2012

Manusia separa kucing 2

Satu hari balik dari mengajar Jojie tiba-tiba berasa sakit hati.
Jojie cuba hilangkan rasa sakit hatinya dengan makan jagung bakar
dan menyanyi lagu lemon tree sambil memandu dari Bangsar ke Kepong
berulang alik selama tiga jam berturutan.
Tapi rasa sakit hatinya tidak juga menghilang.
Jojie rasa tak tertanggung.
Dia kemudiannya mencapai sebilah penknife
lalu mula menoreh abdomennya sendiri kira-kira 5.3cm
Perlahan-lahan dia keluarkan sekeping hati miliknya dari situ.
Hati itu Jojie bawa ke sinki dan basuh bersih-bersih
Lepas tu Jojie toskan dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk hari itu,
Jojie rasa betul2 lega dan aman.

Thursday, January 5, 2012

Manusia separa kucing

Jojie adalah seorang manusia berkepala kucing.
Beliau sukakan laut dan mudah menangis.
Makanan kegemaran Jojie adalah nasi goreng dan ubi ketuk.
Pada masa lapang Jojie suka bermain ping pong dan melukis gambar ikan.
Sehingga entri ini ditulis, Jojie bekerja sebagai guru tuisyen di Daerah Q.





Sunday, January 1, 2012

Hilang deria

Rasa yang cool
ATAU
Rasa yang membunuh
Kadang-kadang aku dapat rasa kedua-duanya
bercampur baur
Tapi sejak akhir-akhir ini
selalu juga aku tak dapat rasa langsung kesemua rasa itu
Entah
Agaknya, aku dah hilang deria rasa kot

Saturday, December 31, 2011

Perkara bodoh

Sampai satu masa kita akan melakukan kesilapan
yang kita istilahkan sebagai kesilapan bodoh.
Atau dalam erti kata lain, sampai satu tahap, kita akan buat perkara-perkara bodoh yang kita tak perasan pun apa yang kita lakukan
pada masa itu adalah kesilapan bodoh.
sehingga tiba satu masa kita akan sedar sendiri bahawa
itu adalah kesilapan terbodoh kita.
Dan bila rasa yang membodohkan itu menyinggah dalam otak kepala batu kita, telan sahajalah rasa itu walau pahit macam mana sekalipun.
Tapi ikrar pada diri lain kali jangan buat lagi.
Tapi nasiblah kalau terbuat kesilapan bodoh yang serupa buat kesekian kalinya.
Sebab benda alah macam itu bukannya ada kabel brek yang boleh ditahan-tahan atau diberhentikan bila2 je kita nak.
Namun, ia bukanlah satu perhitungan yang besar jika kita tahu dan sedar apa yang sedang berlaku dan dengan siapa ianya berlaku.


Tuesday, December 20, 2011

kemas dan rapat

Semangat yang terpatah

Aku balut dengan dua gulung bandage kemas-kemas
Pastu aku stapler semangat yang patah tu rapat-rapat.

Monday, December 5, 2011

Rasa yang masin

Kadang-kadang kau akan jumpa dengan deejay yang gagap
Doktor yang tak berapa pandai jahit luka
Cikgu yang punya kemahiran mengajar yang teruk
Pelumba motosikal yang lembab
Penyanyi yang punya suara sumbang
Tukang masak yang masak tak sedap
dan etc
Entah kenapa sejak tiga minggu kebelakangan ini
aku melihat diri aku jatuh dalam kategori orang-orang itu
sedih ;(

Thursday, November 3, 2011

aku dan tembok merah bata

Aku kini sedang berusaha untuk jadi seketul tembok,
yang kukuh dan berwarna merah bata!

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.