Saturday, June 16, 2012

Orang tua cool

Bila suatu hari nanti aku jadi TUA
Aku tidak ingin menjadi orang TUA
Yang suka menunjuk2 kepandaian diri
pada orang MUDA

Monday, June 4, 2012

ayah aku abah hang

"hoi jangan kacau lah. aku cerita kat ayah aku nanti, ayah aku garang abah hang...dah mati"

 Aisyah, 5 tahun

Tuesday, May 29, 2012

Mak & Rumah

Tiada yang lebih indah dan membahagiakan,
dari punya sebuah rumah 
yang ada seorang emak di dalamnya.

Monday, May 7, 2012

Cerita dalam kepala 3

Tidak kiralah apapun perkara yang kau tengah fikir sekarang ini,
Teruskanlah berfikir,
Biar sampai kepala kau sakit berdenyut-denyut sekalipun,
Tak mengapalah,
Itu lebih baik dari kau biarkan kepala kau kosong tanpa fikir apa-apa,
Tak ubah macam orang yang dah mati,
Orang mati sepatutnya dah tak perlu fikir apa-apa lagi,
kerana cerita mereka sudah 'habis',
Perkara terbaik yang patut mereka buat hanyalah menunggu.


Nota: Jangan fikir terlalu lama, nanti neuron dalam kepala kau akan sesat.




Sunday, April 29, 2012

basuh sampai bersih

Terima kasih kepada sabun
kerana menghilangkan kotor pada bajuku

Sunday, April 15, 2012

Ucapan terpendek

Hari ini hari ke-173 aku bekerja di organisasi 'B'
Terima kasih dan maaf untuk semuanya

Wednesday, April 4, 2012

Hari-hari perang

Hari ini seakan perang
simpang siur
macam peluru sesat
luka, jerit, perih
jadi lagu sedih
serasa mahu lari dari hari ini
jauh-jauh
tak mahu menoleh lagi
tapi aku sudah kena tembak
tepat di tengkorakan
aduh kepala sudah tembus
pegang kepala yang sudah hampir lunyai dengan darah menghujan keluar
tak mampu berjalan dan merangkak juga
melutut penuh kepayahan
terpaksa juga menghadap hari yang penuh kegilaan ini
nanar
akhirnya emosi jadi mati
beku
beku
beku
beku
dan terus hilang

Booooo

Sampai satu tahap kau rasa diri kau sangat bodoh.
Pada masa tu,
Satu apa pun kau tak dapat fikir
dan digest perkara apa yang sedang berlaku,
apa yang perlu kau buat...
sebab kepala kau kosong
satu idea bernas pun kau tak dapat keluarkan
Senang kata masa tu kau rasa diri kau tak tertolong
atau dalam bahasa mudahnya,
sesen pon tak gunalah!
Bila tiba masanya rasa tu menyinggah dekat kau
jangan menangis
nanti penglihatan kau kabur
dengan genangan air mata
apa yang kau perlu buat,
ketawa sahajalah dalam hati,
sebab bila masa tu tiba,
takde perkara lain lagi yang kau mampu buat selain ketawakan diri kau sendiri
dan
Booo satu kali sama diri sendiri
Hahaha =D

Tuesday, February 28, 2012

kicap lemak manis


Nota: Seperti biasa di bawah label sekuel mimpi merupakan kisah mimpi aku. Tesco merupakan antara lokasi yang paling kerap aku bermimpi hehe 😅

Satu pagi aku joging 
ke Tesco Xtra di Sungai Dua
Sampai je depan pintu masuk,
seorang budak perempuan dalam lingkungan umur dua ke empat tahun
hulur plastik berisi sebotol botol kicap.
Dia suruh aku gosok botol kicap tu sambil buat satu permintaan.
Aku pun dalam keadaan separuh bingung  capai botol tu dan gosok perlahan-lahan
sambil kata, "aku mahu mengusai seluruh bahasa yang wujud di muka bumi ini".
Dia ketawa terbahak-bahak
Sambil wajahnya yang cerah pucat
jadi kemerah-merahan
terus dia berlari pergi 
menjauh dan beransur hilang 
meninggalkan aku sendiri
bersama sebotol kicap.

Thursday, January 19, 2012

dunia lagi satu


PADA AKU tidur adalah satu kaedah paling senang, untuk bawa diri kita melayang keluar dari dunia nyata.

dan tidurku sering dihiasi mimpi dramatik
ada ketikanya, beberapa mimpi yang dialami berkait antara satu sama lain.

ada masanya, ia seolah-olah dapat disambungkan dan mengambil latar tempat yang sama yang amat asing dan tidak familiar buat diriku di alam realiti.

langsung tiada kaitan dengan dengan kisah hidupku. kalau ada pun sipi-sipi sahaja.
entah bila aku tidak sedar
aku mula menulis kembali momen mimpi sendiri.

usai sahaja terjaga dari lena tidak kiralah di helaian buku teks sekolah, surat khabar 
atau cebisan kertas apapun (sekarang aku tulis di phone).
 
mungkin sampai aku bongkok tiga dan semua gigiku tanggal,
aku masih suka menulis mimpi sendiri.
sampai semua mimpiku tenggelam dalam lena yang panjang.

Nota: di dalam blog ini, entri kisah mimpi diletakkan di bawah label sekuel mimpi.

Monday, January 16, 2012

Rasa yang masin 2

Hiruk pikuk dunia pekerjaan.
Kadang2 menyenangkan
selalu juga membebalkan,
Namanya pon KULI kan :D

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.