Macamlah jasad kau tu diselaputi lapisan lilin
Kalis dari segala lumpur khilaf
Dan aku pula kononnya punya begitu banyak masa lapang
untuk fikir bagaimana nak memperdajal hidup kau hari-hari
Tuesday, January 8, 2013
Wednesday, December 19, 2012
rasa tanpa perisa 8
Bro,
Aku lebih rela kena langgar lori,
dari biarkan kau terjerumus ke dalam terowong masalah, disebabkan kedunguan aku.
Aku lebih rela kena langgar lori,
dari biarkan kau terjerumus ke dalam terowong masalah, disebabkan kedunguan aku.
Wednesday, November 21, 2012
Gaza berdarah
Hujan peluru dan bedil
sesak di ruang angkasamu
darah bersemburan
nyawa manusia umpama barang lelong
di pasar lambak
dan aku masih jadi orang lemah
diam membungkam
menekur di satu sudut
berdoa, berharap dan menunggu.
sesak di ruang angkasamu
darah bersemburan
nyawa manusia umpama barang lelong
di pasar lambak
dan aku masih jadi orang lemah
diam membungkam
menekur di satu sudut
berdoa, berharap dan menunggu.
Monday, November 19, 2012
separuh hari
Lagi separuh Isnin aku
pada hari ini akan habis
dan esok ia akan jadi antara
jutaan hari yg dilupakan
pada hari ini akan habis
dan esok ia akan jadi antara
jutaan hari yg dilupakan
Tuesday, November 13, 2012
Main kejar-kejar
Monday, September 24, 2012
pilih part 1
Mengundi dalam PRU-13 ni pada aku
adalah seperti memilih dua biji pau yang besar dan gebu.
Satu pau penuh bersembunyi jarum peniti yang tajum dan halus
Manakala pau yang kedua pula intinya sudah basi dan berbau busuk
dan aku masih tidak tahu
sama ada untuk pilih satu
atau buat tidak tahu saja dengan kedua-dua pau itu

Friday, July 13, 2012
cerita dalam pantun 2
Menangkap ikan di Pulau Kendi
Dapat seekor anak seluang,
Puas sudah aku berbudi,
Emas juga dipandang orang.
Dapat seekor anak seluang,
Puas sudah aku berbudi,
Emas juga dipandang orang.
Sunday, July 8, 2012
hari celaka
Biar betapa celakanya sesuatu hari itu
ia tetap akan berakhir
sama ada cepat atau lambat
jadi,
kau tempuh sahajalah hari yang kau takrifkan sebagai celaka itu
dengan rasa selamba maksimum
jangan sesekali kau membentak2 dan menyebalkan orang2 di sekeliling kau
boleh?

Saturday, June 16, 2012
Orang tua cool
Bila suatu hari nanti aku jadi TUA
Aku tidak ingin menjadi orang TUA
Yang suka menunjuk2 kepandaian diri
pada orang MUDA
Monday, June 4, 2012
ayah aku abah hang
"hoi jangan kacau lah. aku cerita kat ayah aku nanti, ayah aku garang abah hang...dah mati"
Aisyah, 5 tahun
Aisyah, 5 tahun
Tuesday, May 29, 2012
Mak & Rumah
Tiada yang lebih indah dan membahagiakan,
dari punya sebuah rumah
yang ada seorang emak di dalamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang rasa yang tidak kesampaian
Pada Mei lepas, aku bertemu seseorang yang aku rasa ada suatu tempat yang istimewa di hati aku. Ia bermula dengan urusan kerja, dengan beb...
-
Pada Mei lepas, aku bertemu seseorang yang aku rasa ada suatu tempat yang istimewa di hati aku. Ia bermula dengan urusan kerja, dengan beb...
-
Sudah tahu tapi berbuat, Kayuh sampan atas darat. Berbuat walaupun tahu, Diambil pengayuh dibuang perahu. . . . . Diri aku sepanjang...