Monday, February 10, 2014

sangkar batu


aku jadi lengit dengan diri sendiri
bila sampai satu tahap emosi aku goyah
bertukar menjadi tidak cool
fikirkan benda remeh temeh dan kecil-kecil
prasangka yang bukan-bukan
dan mula takutkan sesuatu (entah apa aku tidak pasti)
bila masa itu tiba aku perlu sembunyi
dan kurung diri dalam sangkar batu bikinan sendiri

Thursday, January 2, 2014

pokok padang pasir

kawan,
walau di mana sahaja kau berada
aku harap kau sejahtera selalu
tidak terluka terlalu teruk 
dan 
aku hantar
pokok padang pasir ini
untuk teman kau di sana
moga selamat 
untuk semuanya ya


Monday, December 30, 2013

sehari sebelum semalam

hari ini dan semalam aku masih pakai baju kelmarin
kasut kelmarin
seluar kelmarin
beg  kelmarin
baca buku kelmarin
bekalan makanan kelmarin
serta sebiji kepala otak dengan memori kelmarin
mungkin esok aku sudah basi 
dan patut hantar diri aku ni ke servis
cucian kering!

Monday, December 23, 2013

tikus membaiki labu

tikus atau labu
buat masa ini aku tak ingin jadi kedua-duanya
tapi aku mahu jadi kucing
tidur diam-diam bawah kerusi
ZZzzZZ

Thursday, December 12, 2013

kitaran masa

masa yang kian suntuk
terbuang macam sampah.
kau minta aku sabar menghumban satu persatu daun masa aku.
sampah sarap pun ada yang boleh dikitar semula tahu!

Friday, December 6, 2013

orang mati dan kenangan

orang mati tinggalkan kenangan kepada orang yang masih hidup
dan kenangan itu 'menghidupkan' mereka dalam diri kita
sampai bila-bila

Saturday, November 30, 2013

cuti sekolah kerja

dalam rumah kotak tiga bilik
cuma tinggal seorang aku
sesekali ketawa dan menangis macam orang gila
sambil tonton Clannad 7-20
Ookami Kodomo no Ame to Yuki
Naruto episod 335-341
Get Backers episod 29-40
Sekai Ichi Hatsukoi Season 2
Kotonoha No Niwa
Sinner Garden
Antique Bakery 1-12
Aku no Hana 1-4
Hell Girl 5-7
Muyashimon Return 2-6
Silver spoon 4-6

yabai   / -___- / 


Wednesday, October 23, 2013

minyak

dalam bulan ni saja dua kali
aku bayar petrol tapi tak isi
separuh jalan baru teringat
dah la aku jenis yang suka tunggu sampai minyak tu
dah tahap hujung-hujung kuku 
baru reti nak cari stesen minyak
ada satu hari tu
bila patah balik nampak satu pak cik terkial-kial
dan kelihatan agak panik lap minyak melimpah kat tangki kapcai dia
dia panggil aku 
"mai dik ada minyak lebih ni, tak tau kenapa pak cik bayar RM3 sahaja"

Monday, October 7, 2013

Cerita dalam pantun 3


Anak angsa tepi perahu,
Mari dipakai mengkuang duri;
Selama ini baru kutahu,
Cari makan lepaskan diri.

Wednesday, September 18, 2013

mata paling cantik sedunia

pada aku mata paling cantik sedunia
ialah mata yang baru lepas menangis
menangis sebab kau tak tahan ditimpa sesuatu perkara yang kau takrifkan sebagai dugaan atau musibah
adalah petanda
hati kau sudah hancur-pecah
menanggung beratnya beban perasaan
rasanya....
mungkin macam pikul tiga longgok batu bata atas bahu sekali gus

walaupun menangis ni bunyinya macam tak cool
dan buat kau nampak macam teruk sikit
tapi pada aku
air mata tu serupa macam bandage juga
yang kau boleh guna untuk balut luka
dan cantum semula kepingan hati kau itu
jadi menangis bukan bermakna kita lemah
kita cuma nak protect diri kita
dari terluka lebih teruk

jadi kau menangislah seikhlasnya
secukup rasa
usah ditahan-tahan
tapi kawal diri
jangan tenggelam dalam lautan air mata sendiri
nanti hanyut dan lemas pula
lepas kau menangis nanti
jangan lupa
pandang cermin
dan
hadiahkan senyuman untuk diri kau sendiri
paling lebar dan paling manis (^__________^)


p/s: jangan kau jadi macam Kassim Selamat cukup siang malam menangis nanti tak pasal2 mata kau jadi buta, pastu kau kerja main seksafon, kemudian jadi famous dan tetiba suami kepada bekas isteri kau datang ubatkan mata kau, rahsia terbongkar ending dia kau tak boleh terima kenyataan lari kunci diri dalam bilik pastu amik garfu yang dijadikan hiasan dinding dan cucuk mata sendiri sampai keluar darah. Sadis teruk weyh 

Tuesday, September 17, 2013

Manusia separa kucing 3

Semalam Jojie bermimpi ngeri
dalam tidurnya Jojie adalah seekor kucing berkepala manusia
dan berjalan dengan empat kaki
mimpi itu terus buat Jojie terjaga pada pukul 4 petang
dan membuatkannya tidak boleh tidur untuk 100 hari ! 


kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.