melangkah gontai berdiri di satu sudut menegur sapa berbual dengan seramai mungkin manusia sesekali ketawa kecil angguk saling tepuk bahu dongak ke langit awan hitam hujan melebat lencun
Thursday, July 31, 2014
Tuesday, June 24, 2014
melepak dengan roh
Nota: Seperti biasa, lagi kisah mimpi.
Petang tu aku ada assignment cover budak hilang dalam hutan
Aku pun tumpang kereta Kak L ke tempat budak tu dilapor sesat.
Aku pun tumpang kereta Kak L ke tempat budak tu dilapor sesat.
Tunggu punya tunggu sampai azan maghrib tak jumpa juga mangsa,
jadi aku dengan Kak L ambil keputusan untuk balik + operasi mencari sambung esok.
Dalam perjalanan balik aku jumpa (mendiang) kawan aku tapi sebenarnya aku tak pasti sangat betul atau tidak seperti yang disangka sebab orangnya kelihatan tak jelas, nipis macam kabus saja.
Kitaorang lepak dan berbual (tak pasti juga mengenai topik apa)
Lepas beberapa ketika dah habis modal berbual aku minta diri nak balik.
Dia minta aku janji datang jumpa dia lagi esok dan kebetulan aku kena follow up lagi kes budak hilang tu, jadi esoknya aku naik scooter cabuk aku gerak ke lokasi kejadian.
Esoknya lepas settle kerja, aku singgah beli kuih dan jumpa dia. Lepak lagi 2 hingga 3 jam. Sambil makan kuih (aku sorang je makan dia tak nak) aku kata nak balik sebab hari dah lewat petang dan kali ini dia sungguh-sungguh tahan tak bagi balik.
Aku serba salah. Masa kepala aku tengah cari ayat sesuai nk blah tiba-tiba Kak L datang tarik tangan aku masuk kereta.
Lepas tu Kak L tolak kawan aku tu dan kata orang mati tak boleh kawan dengan orang hidup.
Masa itu aku seorang dalam kereta, tiba-tiba kereta Kak L gerak sendiri, laju juga aku try take over tapi kereta tu macam ada orang kawal pakai remote, aku pun lari ke bahagian belakang kereta (entah macam kereta Satria Neo Kak L bertukar jadi bas pula).
Aku nampak Kak L kejar kereta dia tapi aku tak mampu buat apa-apa.
Masa itu aku tepuk cermin belakang bas panggil nama Kak L kuat-kuat sambil menangis dan meraung macam orang histeria.
Akhir cerita aku terjaga dan rasa mata aku basah hahaha.
P/S: Tajuk entri macam seram asam sikit. Baru-baru ini aku ponteng pra ujian lesen memandu jadi mungkin terbawa-bawa sampai dalam tidur kot :P
P/S: Tajuk entri macam seram asam sikit. Baru-baru ini aku ponteng pra ujian lesen memandu jadi mungkin terbawa-bawa sampai dalam tidur kot :P
Monday, May 12, 2014
anak ketam
walau digoreng celup tepung rangup sekalipun
'anak tiri' tetap 'anak tiri' juga =====> sambil tunjuk diri sendiri dan sambung
kunyah lepat ubi beli dari mak cik simpang tiga Taman B.J
kunyah lepat ubi beli dari mak cik simpang tiga Taman B.J
Saturday, May 10, 2014
dilarang melarang
tolong tolong berhenti dari meninggi suara dan meroyan marah
macam seluruh dunia ini sedang berlaku kejam dengan engkau
Monday, March 24, 2014
Wednesday, February 19, 2014
alasan terakhir
bos sorry,
saya mati hari ini jadi tak dapat keluar assignment
dan jana story seperti biasa.
dan jana story seperti biasa.
Jenazah saya akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam C.K lepas Zohor nanti.
Jumpa lagi.
Sunday, February 16, 2014
yume sekai
"reality just keeps cruelly
moving ahead
you've seen reality
so you ought to know
not one wish ever get granted
in this world
that's why i'm guiding it to
the dream of infinite Tsukoyomi
i'm going to create a world
where it won't be necessary
for a hero to pathetically
make excuses in front of grave"
Uchiha Obito
Monday, February 10, 2014
bawa diri melencong
belakangan ini hidup ku semak sikit
tak ubah macam atom
bergerak rawak
bersipongang riuh dalam vakum kaca
bolak balik pergi kerja
selain bolak balik pergi kerja
aku takda hati nak buat perkara lain
atau dapat fikir sesuatu yang lebih baik sikit dari kerja
rasa itu semua
buat aku teringin mahu bawa diri melencong sedikit dari kehidupan sebenar
tak ubah macam atom
bergerak rawak
bersipongang riuh dalam vakum kaca
bolak balik pergi kerja
selain bolak balik pergi kerja
aku takda hati nak buat perkara lain
atau dapat fikir sesuatu yang lebih baik sikit dari kerja
rasa itu semua
buat aku teringin mahu bawa diri melencong sedikit dari kehidupan sebenar
tanpa perlu bimbang siapa perlu temani aku
waktu sedang berehat kelelahan
sambil menghirup bekal kopi
sambil menghirup bekal kopi
atau memapahku
kalau-kalau kaki luka terpijak duri di jalanan
kalau-kalau.......
sangkar batu
aku jadi lengit dengan diri sendiri
bila sampai satu tahap emosi aku goyah
bertukar menjadi tidak cool
fikirkan benda remeh temeh dan kecil-kecil
prasangka yang bukan-bukan
dan mula takutkan sesuatu (entah apa aku tidak pasti)
bila masa itu tiba aku perlu sembunyi
dan kurung diri dalam sangkar batu bikinan sendiri
Thursday, January 2, 2014
Monday, December 30, 2013
sehari sebelum semalam
hari ini dan semalam aku masih pakai baju kelmarin
kasut kelmarin
seluar kelmarin
beg kelmarin
baca buku kelmarin
bekalan makanan kelmarin
serta sebiji kepala otak dengan memori kelmarin
serta sebiji kepala otak dengan memori kelmarin
mungkin esok aku sudah basi
dan patut hantar diri aku ni ke servis
cucian kering!
Subscribe to:
Posts (Atom)
kata-kata ringkas untuk hari ini
am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.
-
Sudah tahu tapi berbuat, Kayuh sampan atas darat. Berbuat walaupun tahu, Diambil pengayuh dibuang perahu. . . . . Diri aku sepanjang...
-
Menjadi orang yang JUJUR, kadang-kadang penat juga kerana perlu tenaga yang bukan sedikit. Tapi, menjadi orang tidak JUJUR Rasanya lebih ...


