Monday, May 25, 2015

Tuesday, May 12, 2015

Budak masa depan

dalam mimpi aku semalam waktu berganjak mungkin lebih 10 tahun ke belakang.

masa tu aku pakai uniform sekolah
dan ikut rombongan melawat
beberapa negeri di sekitar semenanjung (kot).

aku sendiri tak pasti di mana 
sampai satu tempat aku diberi naik sampan melalui sungai yang panjang dan lebar.

turun dari sampan,
aku terjumpa si kembar Mi dan Di 
nampak agak kurus (tak macam sekarang haha)
dengan wajah keanak-anakan.

aku panggil tapi diaorang tak menyahut (mungkin tak dengar).
aku panggil lagi (separuh menjerit) nama penuh diaorang (bin M).

Mi dan Di terus toleh dan perlahan-lahan melangkah ke arahku.
aku cerita pada mereka
aku datang dari tahun 2015.

aku cakap pada Mi yang suatu hari nanti dia akan ada masters
dan  bekerja sebagai wartawan
untuk sebuah akhbar tabloid dan ambil course tesl semasa di universiti.

Di pula akan jadi pensyarah kolej
pada masa yang sama sedang bergelut mahu proceed PhD
Mi dan Di bertanya hairan siapa aku.

aku katakan pada mereka bahawa aku bukan sesiapa
tapi mereka berdua aku anggap seperti separuh bidadari
yang dipinjamkan Tuhan untuk aku pada masa depan :-)

Sunday, May 10, 2015

Mi kuning

Mi sup tanpa kuah sup
takkan boleh lepas di kerongkong
dan antara lapar serta mengantuk
tanpa kau jangka dan bersedia
kau kena tikam dua kali
dekat perut
kau tekap kuat-kuat
dengan telapak tangan
darah putih
perlahan-lahan mengalir
dari celah jemari kau
kau jilat sikit
rasa tawar dan hanyir
tapi kau teruskan jilat
sebab itu darah kau
dan kau lapar

Saturday, May 9, 2015

Cerita pagi Sabtu

Kalau kau dah suka seseorang tu,
nama kau letak sebelah nama dia pun
cukup untuk buatkan kau rasa gembira dan tersenyum berhari-hari. 
Suka yang aku maksudkan di sini 
bukanlah rasa cinta mendalam antara lelaki dan wanita.
Ia boleh jadi kau suka dengan seseorang 
yang kau rasa selesa berkawan, senang bekerjasama 
atau seseorang yang kau hormat dan kagum dari jauh. 
ataupun kau mungkin hanya simply suka 
dengan nama dia sahaja sebab bunyi macam cool :D

Tuesday, April 28, 2015

Nenek Kim

Nota: Ini kisah mimpi aku tanpa tokok tambah melainkan banyak bahagian aku potong sebab tak tahu macam mana nak cerita semula selain ada bahagian yang tak masuk akal yang aku sendiri tak dapat hadam hala tuju ceritanya. 


Pagi tu sepatutnya hari bersekolah tapi aku tak tahu hari apa. 
Aku hanya pakai jeans lusuh dan t-shirt yang aku biasa pakai untuk PJ. 
Aku berjalan-jalan di sekitar sekolah
dan lihat ramai pelajar lain sibuk dengan aktiviti luar kelas. 
Ada yang gotong royong, ada main takraw 
dan ada juga melukis di tepi court badminton.
Aku merayau-rayau tanpa hala tujuan, 
sebelum tersinggah masuk 
ke dalam bangunan yang dari luar macam gudang lama 
tapi bila masuk dalam rupa-rupanya rumah orang.
Ada satu family tinggal kat situ. 
Yang hairannya, ada satu bahagian tak berbumbung 
dan hanya berlantai tanah dalam rumah tu. 
Ada seorang wanita warga emas yang aku macam biasa jumpa, 
aku aku ingin namakan dia Nenek Kim.

Bersambung....



Wednesday, February 18, 2015

Cita-cita dewasa

Aku hanya ingin jadi orang beradab
boleh diharap
gembira
dan jalani hidup penuh warna-warni
macam portulaca ni

** lagi banyak daun dari bunga 

Friday, February 6, 2015

Realiti realistik

Realiti hidup ni tidaklah begitu hodoh sebenarnya
Asal kau jangan mudah ambil hati dengan apa jua perkara yang berlaku di keliling kau
Asal kau ikhlas tempuh hari-hari mendatang 
hadap semuanya dengan daya usaha kau sendiri
Asal kau tidak meletakkan 
harapan menggunung terhadap sesuatu
perkara serta terlalu bergantung harap pada manusia lain 
Asal kau yakin TUHAN sentiasa ada untuk jaga kau 
dan lagi satu utamakan pengiktirafanNYA berbanding makhluk
kau akan OK 
Sungguh :)

Wednesday, January 28, 2015

lagi banyak SOALAN dari jawapan

tok tok tok
bunyi kau ketuk pintu 
kebetulan aku memang mahu keluar
terus terpandang wajah manis kau yang senyum tersipu-sipu dari balik grill
"sorry kunci lupa bawa," kata kau 
"maaf cari siapa ya?," tanya aku
"aku kawan lama kau tahun 1937. Ingat lagi tak?" jawab kau dengan nada teruja
"tahun 1937 rasanya aku belum lahir
atau aku yang tersalah tinggal di rumah ini
atau kau manusia dari masa depan
dan aku ini manusia zaman prasejarah?," aku tanya lagi dengan engkau
"ha?" jawab kau dengan ringkas
yang bunyinya juga macam
s o a l a n 

Wednesday, December 31, 2014

Penghujung hari

pagi hari ini,
terasa seperti takdir sedang mempermainkan aku
diperolok orang sekeliling
aku merasa ingin menyonsang arus 
isytihar diri telah kalah
dan balik tidur
tapi aku tidak sampai hati buat begitu
pada pengakhiran hari itu
ia tamat juga seperti 365 hari musim lepas
dan hasilnya tidak seburuk yang kusangka
ya secara purata
semuanya baik-baik sahaja
kerana aku selalu ingat 
ada satu perkara yang perlu tetap aku perjuangkan
walau semua tulang-temulangku meluruh 
hancur berserakan
USAHA dan serah semuanya pada TUHAN

Saturday, November 22, 2014

Selamat berfungsi

Bertemu orang psikopat
macam kau mengajar aku 
apa rasanya 
menjadi orang pemarah
dan memberontak
tidak pedulisme tentang 
sindrom kecelaruan pemikiran yang kau hadapi
sampai satu tahap aku mempersoalkan 
kewujudan kau dalam dunia aku yang aman setakat pukul 4 petang tadi 
merasuk ketenangan aku 
hingga beberapa jam 
membuatkan aku terlupa seketika 
orang macam kau juga mengajar aku 
erti menjadi manusia PENYABAR
moga kau cepat sembuh




Sunday, November 16, 2014

cerita pagi tadi

disebabkan terlajak tidur, pagi tadi aku hanya sempat mandi kerbau dan tergopoh gapah capai kunci dan helmet terus pecut scooter ke tempat tugasan. 

sampai sesuku perjalanan, aku terasa tertinggal sesuatu yang macam penting.

lima minit pertama aku masih tak dapat ingat apa-apa. aiseh bagpack aku rupanya.

tapi aku gamble je redah sebab dah lambat
dan harap beg tu memang aku tak bawa dari mula.

sebab aku ni kadang-kadang lengai sikit (ya sikit saja). 

buatnya aku tertinggal benda alah tu atas lantai masa aku pakai kasut depan lif tadi 
atau aku dah bawa benda alah tu separuh jalan
tapi aku terlupa galas ke masa sarung jaket 
atau tali putus ke apa dan beg tu terjatuh di tengah jalan raya.

dan macam-macam spekulasi dan teori memenuhi kepala aku, buat diriku tak tenteram untuk sepanjang pagi itu.....




kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.