Friday, October 29, 2010

tidak bijak

Present lintang pukang
Serius rasa bodoh hari ini.

Tapi apasal korang tepuk tangan kuat2
Buat aku rasa lebih bodoh sahaja.

---
Kebodohan berbentuk seperti asap, wap, air dan kabut.
Ia berasal dari sebuah tempat yang tidak pernah dikenal manusia.
Jika ingin menenui kebodohan maka berangkatlah dari tempat di mana sahaja di planet biru ini dengan menggunakan roket atau kenderaan lainnya.
Meluncur ke atas secara vertikel, jangan sekalipun berhenti....jangan
~~Andrea Hirata, Laskar Pelangi




Sunday, October 10, 2010

Refleksi Diri Dalam Pantun

Sudah tahu tapi berbuat,
Kayuh sampan atas darat.

Berbuat walaupun tahu,
Diambil pengayuh dibuang perahu.
.
.
.
.
Diri aku sepanjang minggu lepas tak ubah macam pantun kat atas ni huhu






***Kredit gambar pada Ara
Gambar mama dan bapa Ara yang diambil pada tahun 1951
Lokasi kejadian : Sungai Rakit, dari Tandek ke Bandau = 7 batu)

Friday, May 21, 2010

Terima kasih

Kepada mata yang sedang tersenyum,
TERIMA KASIH.

Monday, May 17, 2010

Tipu

Aku benci kena tipu, hati rasa macam dibom sahaja +_+

Sunday, March 28, 2010

Sekian Lama.........................

..............saya sihat.
Akhirnya saya...........
.
.
.
Jatuh
.
.
.
SAKIT  jua.

Hari baru hari keempat.

Terima kasih ya ALLAH beri saya nikmat itu.

Meski saya sakit,

Saya masih boleh bikin roti telur yang lazat nyum2 (menurut yumate saya *_^).
Saya masih boleh hadir kuliah-kuliah yang bosan bila la nak abes dan BCS briefing serta ketawa-ketawa dengan mereka.
Saya masih boleh tonton jazz band performance yang gempak dengan lagu cintan cintun +_+
Saya masih boleh dengar bebelan pung pang pung pang
Pak Menteri tentang gagasan 1Malaysia lama gila habisnya.
Saya masih boleh jawab kuiz on9 yang konon macam kacang soalan sangat confusing bikin kepala berpusing-pusing sahaja
Masih boleh basuh baju+seluar saya yang sudah membukit di dalam baldi.
Masih boleh makan nasik biarpun tanpa rasa apa-apa.

Dan....

Masih boleh menulis di sini ^_^

Malam tadi,
saya jadi menggigil-gigil.
Berpeluh-peluh.
Telinga terasa panas berdesing-desing.
Kepala terasa sakit menggigit-gigit.
Tekak rasa macam ada dawai besi !
Pak Cik Insomnia pun bertandang.

Tidak mengapalah bukannya selalu.

Saya rasa saya perlu catatkan bagaimana rasa sakit itu.
Agar saya tidak lupa.
Agar saya hargai detik-detik semasa sihat.

Saturday, February 27, 2010

Cerita dalam kepala 3

FIKIRAN
Tidak pernah gentar
dari kepala yang berdiri teguh

KATA-KATA
lahir dari dasar kebenaran

TANGAN
Tidak pernah penat
Tidak pernah berhenti
Membina kesempurnaan dan keunggulan

BUDI FIKIRAN
yang jernih
Tidak pernah tersesat
mengalir ke gurun pasir tabiat yang buruk dan degil
Akal fikiran kupimpin maju
Menjunjung budi dan amalan
hingga ke akhir zaman.


Tagore katamu kau pujangga agung

Monday, February 15, 2010

Jenazah di Tengah Keluarga

Saat beliau menangis
Aku pun menangis
Aku kira kini beliau sedang tersenyum
Aku masih menangis
Tanpa suara
Mendudu-dudu......
.
.
.

*** Al-Fatihah buat allahyarham Tuk Che ku, Abu Talib Mat Arof
28 Februari 1936 - 14 Februari 2010.

Tuesday, February 9, 2010

Roda Hidup

Hidup macam berlari di atas sebuah roda,
Duduk dia atas memang seronok,
Tinggi, terawang-awang,
Aww GAYAT weyh.
Duduk di bawah memang sakit,
Sesak, terhimpit,
BERAT??? memanglah.
Kalau lambat berlari kita akan jatuh,
Paling malang kena hempap dek roda kita sendiri!


**Haizz cepat betul roda aku berpusing. Lihat sudah pening.

Eye On Malaysia
~ Temporarily Closed~

Saturday, February 6, 2010

Refleksi Diri Dalam Pantun

Sudah tahu tapi berbuat,
Kayuh sampan atas darat.

Berbuat walaupun tahu,
Diambil pengayuh dibuang perahu.
.
.
.
.
Diri aku sepanjang minggu lepas tak ubah macam pantun kat atas ni huhu

Tuesday, January 26, 2010

Tiket

Tiba-tiba aku jadi penjual tiket....
.
.
.
Tiket! tiket! Siapa mahu???

Sunday, January 24, 2010

Panggilan Tengah Malam

Dia : Assalamualaikum Along. Aidad hidup lagi.
Aku : Waalaikumsalam. Oh yeke? Ok.

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.