Wednesday, February 13, 2013

nyawa-nyawa ikan

Tersedar saja dari lena pagi tadi,
saya sudah berada dalam peti ais
bahagian sejuk beku di bandar BJ.
Saksi terakhir yang saya jumpa
adalah rumpai laut dan
sekawan camar.
Saya fikir saya sudah mati.
Er tolong jangan keluarkan saya
boleh?
Biar saya mereput di sini.

Monday, February 11, 2013

terlebih serbuk perasa

Menelan perasaan yang masin
dan berbau hangit
bibirku bernyanyi perlahan
entah apa judul lagunya.
Jika waktu semalam boleh dilipat sekecil-kecilnya
ingin aku usung ia ke sana ke mari
agar aku tidak lupa
masih ada syurga yang boleh kukenang
walaupun berasa jauh
sayup
sayu.






Wednesday, January 23, 2013

sekolah hidup

hidup ini macam exam
kalau kau marah, tarik muka masam
dan mula nak salahkan orang-orang di sekeliling kau
jangan haraplah nak pass with flying colors

Kak Sam

Thursday, January 10, 2013

Lagi 355 hari 2013

1.
Ada beberapa perkara pada ratusan hari lepas yang buat
seketul kepala batu seorang aku tertunduk segan.
Sebahagian babak hidup yang bikin diri merungut dan gusar.
tidak kurang juga peristiwa lucu mengajak bibir senyum sejuring.

2.
Banyak benda aku fikir telah belajar dan tahu.
Hal separa penting, remeh temeh, kelakar, abstrak
tidak ketinggalan cebisan kisah membabitkan hidup mati.
tetapi yang nyata masih berlambak yang belum kufahami dan teladani
Membuatkan ia kadangkala jadi pengajaran edisi terlewat untuk aku.

3.
Kadang-kadang aku merasa
Apa yang diperoleh hari ini
hanya sebahagian kehidupan yang aku sendiri pilih
sebahagian lagi barangkali tercicir
atau masih ditempat asalnya.

4.
Meniti hari-hari yang masih berbaki
aku berusaha mencari dan memburu sesuatu
yang aku rasakan berbaloi dimiliki.

Tuesday, January 8, 2013

Sepiring salah

Macamlah jasad kau tu diselaputi lapisan lilin
Kalis dari segala lumpur khilaf
Dan aku pula kononnya punya begitu banyak masa lapang
untuk fikir bagaimana nak memperdajal hidup kau hari-hari

Wednesday, December 19, 2012

rasa tanpa perisa 8

Bro,
Aku lebih rela kena langgar lori,
dari biarkan kau terjerumus ke dalam terowong masalah, disebabkan kedunguan aku.

Wednesday, November 21, 2012

Gaza berdarah

Hujan peluru dan bedil
sesak di ruang angkasamu
darah bersemburan
nyawa manusia umpama barang lelong
di pasar lambak 
dan aku masih jadi orang lemah
diam membungkam
menekur di satu sudut
berdoa, berharap dan menunggu.









Monday, November 19, 2012

separuh hari

Lagi separuh Isnin aku
pada hari ini akan habis
dan esok ia akan jadi antara
jutaan hari yg dilupakan

Tuesday, November 13, 2012

Main kejar-kejar

Hari-hari yang JAHAT
dan KEJAM
sedang mengejar aku
Lariiii!!!
sambil tertawa mengejek :P
Ha3 tak dapat


Monday, September 24, 2012

pilih part 1

Mengundi dalam PRU-13 ni pada aku
adalah seperti memilih dua biji pau yang besar dan gebu.
Satu pau penuh bersembunyi jarum peniti yang tajum dan halus
Manakala pau yang kedua pula intinya sudah basi dan berbau busuk
dan aku masih tidak tahu
sama ada untuk pilih satu
atau buat tidak tahu saja dengan kedua-dua pau itu

Friday, July 13, 2012

cerita dalam pantun 2

Menangkap ikan di Pulau Kendi
Dapat seekor anak seluang,
Puas sudah aku berbudi,
Emas juga dipandang orang.

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.