Sunday, September 28, 2014

riuh dalam sunyi

melihat bicara tanpa suaramu 
sepanjang pagi ini
banyak mengajar aku erti syukur
kerana diberi upaya oleh Yang Maha Kuasa untuk mendengar suaraku sendiri

Selamat menyambut Hari Pekak Antarabangsa 2014 moga ketemu lagi :-D




Saturday, September 27, 2014

roda waktu

ditimpa malang sedikit untuk sepanjang hari itu.
ya sikit amat.
kerana masih belum patah riuk sendi 
serta segala tulang temulangku.
jauh sekali luka berdarah di mana-mana.
ungkapan klise selalu kata hidup macam roda.
kadang-kadang di atas, kadang tepi, tengah dan ada ketikanya, kita tergolek berpusing-pusing, jatuh digilis roda hidup sendiri.
ah jikalau aku tahu apa yang akan jadi pada hari depan,
tentunya aku tidak akan dirempuh sama roda waktu.
jadi tak apalah kan.
sebab apa yang berlaku bukan dalam pengetahuan dan kawalan kita.

Saturday, September 6, 2014

Mereka yang menyinggah

Dalam mimpi aku semalam (5 Sept),
aku ditugaskan utk cover satu kes melibatkan individu yang aku sangat kenal. 
Kejadian berlaku antara pukul 8 dan 9 malam di sebuah rumah tak diketahui.
Tapi keadaan rumah tu macam rumah sewa lama kami di Terengganu dulu.
Berbalik pada modus operandi kes tu,
kawan I telah tikam kawan II dengan senjata tajam dan kawan III yang cuba bantu cedera parah (aku tak ingat macam mana aku boleh tahu info awal kes tu).
Sampai saja ke lokasi kejadian aku mula karang intro "Seorang wartawan akhbar X maut ditikam..." aku stuck di situ dan ambil keputusan berhenti menaip.
Eh yang mati tu kawan aku, suspek tu pun kawan aku juga.Takkan aku nak terus karang story ni macam orang tak da perasaan. Kegilaan apakah ini. Aku bermonolog sendiri.
Sementelah tiada sesiapa boleh diajak berbicara. Autoriti dan forensik juga belum sampai. 
Mungkin ada satu dua manusia lain di situ entahlah aku tidak begitu pasti.
Tiba-tiba aku nampak suspek mendekati aku, wajahnya tenang. Dia ajak aku ke satu ruang, lebih tepat keluar dari rumah tu dan aku ikut tanpa tanya tanya apa-apa.
Kami berjalan beberapa ketika dan masuk ke dalam satu rumah lain dan mula berbual mengenai keperluan menyertai kokurikulum di sekolah, budi bahasa, nilai empati - topik yang agak janggal dan menyimpang dari konteks peristiwa.
Tidak berapa lama selepas itu aku teringat mahu balik temankan jenazah kawan aku tadi rasanya masih terbaring di sana dan aku tertanya-tanya sudahkah  kawan III dibawa ke hospital.
Sebabnya aku belum tengok keadaan mereka dengan jelas tadi.
Tapi kawan I halang dan dia mula menangis, Aku tak pasti apa yang berlaku selepas tu tapi yang aku ingat aku perlahan-lahan tenangkan dia dan bawa dia keluar serta terus masukkan dia ke dalam kereta polis yang kebetulan sudah ada beberapa buah berkumpul di situ. Kawan I pandang aku dengan wajah kosong dan keliru, aku katakan pada dia, 
"Aku tak boleh selalu temankan kau sebab kita ada tanggungjawab dan jalan hidup sendiri. Tapi Tuhan sentiasa ada bersama hambaNya yang bertaubat dan berusaha mencari redhaNya,".
Masa tu aku dongak pandang langit. Hari dah pagi, deadline dah terlepas. Mungkin semua local newspaper dan online portal sudah published pun story kes tu. Dan aku pula masih tak tahu kisah sebenar tragedi yang menimpa kawan-kawan yang pernah singgah dan berkongsi sebahagian ruang hidup mereka dengan aku suatu ketika dulu.
  
Nota kecil:
Kawan I adalah senior asrama aku dahulu. Dia aktif silat dan selalu ajak aku berbual soal hidup dan mati. Sudah lost contact dan tak tahu apa jadi dengan dia.

Thursday, July 31, 2014

tanpa noktah

melangkah gontai berdiri di satu sudut menegur sapa berbual dengan seramai mungkin manusia sesekali ketawa kecil angguk saling tepuk bahu dongak ke langit awan hitam hujan melebat lencun

Tuesday, June 24, 2014

melepak dengan roh

Nota: Seperti biasa, lagi kisah mimpi.

Petang tu aku ada assignment cover budak hilang dalam hutan
Aku pun tumpang kereta Kak L ke tempat budak tu dilapor sesat.

Tunggu punya tunggu sampai azan maghrib tak jumpa juga mangsa,
jadi aku dengan Kak L ambil keputusan untuk balik + operasi mencari sambung esok.

Dalam perjalanan balik aku jumpa (mendiang) kawan aku tapi sebenarnya aku tak pasti sangat betul atau tidak seperti yang disangka sebab orangnya kelihatan tak jelas, nipis macam kabus saja.

Kitaorang lepak dan berbual (tak pasti juga mengenai topik apa)
Lepas beberapa ketika dah habis modal berbual aku minta diri nak balik. 

Dia minta aku janji datang jumpa dia lagi esok dan kebetulan aku kena follow up lagi kes budak hilang tu,  jadi esoknya aku  naik scooter cabuk aku gerak ke lokasi kejadian.

Esoknya lepas settle kerja, aku singgah beli kuih dan jumpa dia. Lepak lagi 2 hingga 3 jam. Sambil makan kuih (aku sorang je makan dia tak nak) aku kata nak balik sebab hari dah lewat petang dan kali ini dia sungguh-sungguh tahan tak bagi balik. 

Aku serba salah. Masa kepala aku tengah cari ayat sesuai nk blah tiba-tiba Kak L datang tarik tangan aku masuk kereta. 

Lepas tu Kak L tolak kawan aku tu dan  kata orang mati tak boleh kawan dengan orang hidup. 

Masa itu aku seorang dalam kereta, tiba-tiba kereta Kak L gerak sendiri, laju juga aku try take over tapi kereta tu macam ada orang kawal pakai remote, aku pun lari ke bahagian belakang kereta (entah macam kereta Satria Neo Kak L bertukar jadi bas pula).

Aku nampak Kak L kejar kereta dia tapi aku tak mampu buat apa-apa.
Masa itu aku tepuk cermin belakang bas panggil nama Kak L kuat-kuat sambil menangis dan meraung macam orang histeria.

Akhir cerita aku terjaga dan rasa mata aku basah hahaha.


P/S: Tajuk entri macam seram asam sikit. Baru-baru ini aku ponteng pra ujian lesen  memandu jadi mungkin terbawa-bawa sampai dalam tidur kot :P

Monday, May 12, 2014

anak ketam

walau digoreng celup tepung rangup sekalipun
'anak tiri' tetap 'anak tiri' juga  =====> sambil tunjuk diri sendiri dan sambung
kunyah lepat ubi beli dari mak cik simpang tiga Taman B.J

Saturday, May 10, 2014

dilarang melarang

tolong tolong berhenti dari meninggi suara dan meroyan marah
macam seluruh dunia ini sedang berlaku kejam dengan engkau

Monday, March 24, 2014

.

salam dukacita MH370 dengan segala isinya.
walau kita berpijak di dimensi berbeza,
ada sekeping hati yang hancur pecah
berdarah-darah juga di sini.
meski jauh dari merasa faham,
kami yang bukan siapa-siapa
sedang menunggu,
masih dan akan tetap menyimpan harap.
memilih untuk percaya.
di satu sudut dunia lain
kalian semadi aman di situ.





  

Wednesday, February 19, 2014

alasan terakhir

bos sorry,
saya mati hari ini jadi tak dapat keluar assignment
dan jana story seperti biasa.
Jenazah saya akan dikebumikan di 
Tanah Perkuburan Islam C.K lepas Zohor nanti.
Jumpa lagi.


Sunday, February 16, 2014

yume sekai

"reality just keeps cruelly
moving ahead 
you've seen reality
so you ought to know
not one wish ever get granted 
in this world 
that's why i'm guiding it to
the dream of infinite Tsukoyomi
i'm going to create a world
where it won't be necessary
for a hero to pathetically 
make excuses in front of grave"

Uchiha Obito



Monday, February 10, 2014

bawa diri melencong

belakangan ini hidup ku semak sikit
tak ubah macam atom
bergerak rawak
bersipongang riuh dalam vakum kaca
bolak balik pergi kerja
selain bolak balik pergi kerja
aku takda hati nak buat perkara lain
atau dapat fikir sesuatu yang lebih baik sikit dari kerja
rasa itu semua
buat aku teringin mahu bawa diri melencong sedikit dari kehidupan sebenar
tanpa perlu bimbang siapa perlu temani aku
waktu sedang berehat kelelahan
sambil menghirup bekal kopi 
atau memapahku
kalau-kalau kaki luka terpijak duri di jalanan
kalau-kalau.......


kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.