Selepas run + jalan berlenggang kangkung aku terus gerak ke Batu Caves.
Aku selamat sampai kira-kira pukul 9.15 pagi. Sudah tukar baju bersih (set dengan jurugambar pukul 9.30 pagi).
Sambil jalan-jalan di tapak festival, terjumpa seorang wanita macam mualaf sedang tengok pameran Rasulullah SAW dalam khemah di situ. Aku pun tanpa berlengah keluarkan recorder terus minta izin untuk interview.
Masya-Allah. Rupa-rupanya, kakak tu muslim dari Mongolia.
Kemudian duduk dekat pentas dengar tazkirah usai sesi, interview pula ustaz merangkap penceramah jemputan slot tersebut. Tengah hari dalam pukul 12.30 aku dah gerak balik rumah. Mandi, solat zohor, makan dan menuju ke office.
Bagusnya, program itu (yang berlangsung sampai malam) penganjur (yang sangat membantu dan memudahkan urusan) ada buat live Facebook. Jadi boleh tengok pengisian lain-lain juga.
Alhamdulillah artikel siap pukul 10.30 malam. Terima kasih Allah. Walaupun agak kelam kabut (sebab pergi run punya pasal hehe run tu serius best) hatiku terasa lapang. Selapang-lapangnya, Luas. macam padang rumput yang boleh lari sambil main layang- layang gituuh.