Tiada hari yang aku tidak terbayang wajah seorang emak di layar fikiran aku dan setiap kalinya air mata aku tumpah. Setiap kali akhir telefon aku katakan sayang mak dan mak akan kata sayang Alang juga dengan suara yang mengempang rasa sebak. Aduh.
Beberapa hari kebelakangan ini aku sudah tidak pantas lagi buat kerja dan struggle nak siapkan satu-satu task yang diarahkan Mungkin pandemic fatigue, kerja semakin memberat dan aku sudah tidak boleh fokus sebab teringat dekat mak aku.
Setiap hari yang berlalu terasa begitu lambat. Hendak tunggu boleh merentas negeri bila tu? Dalam rutin kerja yang haru biru dan tak tentu masa bolehkah aku selalu dapat balik dengan tenang? Tetapi semuanya kata-kata itu hanya bergaung di kepala. Cuti pun masih kena attend meeting dan NE mesej minta bahan.
Aku rasa macam kena scam. Dulu masa dipanggil katanya ada kerja kosong. Ini banyak pula kerjanya hahaha...hambar. Ya, sebenarnya kerja yang haru-biru dan kadang-kala tidak tentu hala punca ini merupakan antara sebab utama aku mahu cepat-cepat angkat kaki dari kota yang penuh kalut ini.
Setiap aku kali aku stuck dalam kesesakan trafik yang teruk (pernah lebih dua jam) sedangkan aku ada janji nak interview orang memang koyak juga juga la perasaan. Masa itu belok masuk lorong RNR apa entah yang ada line putih-putih tu dan interview orang tu by phone dalam 20 minit.
Jadi aku tidak betah menunggu dan bertahan. Aku cuma fikir mahu lekas pulang dan tidur di atas riba emak aku. Sebenarnya aku yang rapuh dan sangat-sangat memerlukan emak aku sekarang. Tetapi mengaku lemah bukan pilihan yang aku ada sekarang.
Aku terasa nak lari jauh-jauh dari semua ini. Balik kampung lepas tu nak kerja apa?