Kali kedua pertemuan, aku lihat Encik E tampak lebih bersedia membentangkan hujah-hujah yang tidak dapat aku sangkal ada betulnya. Tentang masa depan dan hari-hari esok yang bakal aku jalani. Tentang bakat dan pengalaman yang akan menjadi sia-sia jika aku keluar dari bidang ini. Katanya lagi, masa depan aku cerah di situ dan minta aku bersabar sedikit masa lagi. Bagus betul dia punya 'point' sehingga aku kehilangan kata-kata.
Jauh di sudut dihati, aku rasa bersyukur juga dia simpan dahulu surat aku sekali gus beri masa lebih lama untuk aku berfikir secukup masak dan tuntas. Cuma kalau beliau hantar surat tersebut dekat pengurusan tertinggi group syarikat ASAP barangkali aku sudah boleh menanda kalendar menghitung har oki-hari pemergian aku dari KL. Jawapanku hanya menuju ke satu hala - balik kampung. Entahlah aku sudah letih berpetualang di KL dan buat kerja-kerja yang menekan fikiran dan emosi termasuk 'menekan' sumber-sumber untuk beri bahan 'story' yang boleh 'jual' dalam akhbar kami.
Beberapa hari kemudian khabar aku hendak resign itu tersebar dalam kalangan editor-editor kanan. Ada yang minta aku tolong cadangkan calon pengganti yang sesuai. Seorang daripada mereka sampai dua kali bertanya bila aku last day kerana dia hendak susun jadual.
Perbualan jadi serba kekok. Belum apa-apa aku sudah terasa jadi seperti orang asing. Aku sendiri tiada jawapan sementelah Encik E disahkan positif Covid-19 pula baru-baru ini dan dia masih dalam proses tawar menawar berhubung keputusan peletakan jawatan aku.
Ada beberapa editor yang mesej dan call beri kata-kata semangat pujuk supaya bertahan. Tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Mereka boleh arrange untuk aku balik dua atau tiga kali sebulan. Sebenarnya aku fikir agak susah untuk balik setiap bulan sebab komitmen kerja, cuti yang sangat susah mahu dapat double off, laporan khas untuk diletak di muka depan, prosedur merentas negeri dan aku rasa aku bukanlah larat sangat nak berulang alik memandu jauh-jauh sekarang ini.
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami berlindung kepadamu daripada memohon sesuatu kami tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosa kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadilah kami dari orang-orang Yang rugi". (Hud:47)
"Kami memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.
Ya Allah bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.