Rutin dan dialog yang sama setiap hari membuatkan bulan Januari ini terasa begitu panjang. Aku rasa agak tidak berkembang haha. Apa yang aku boleh buat ialah dengar YouTube channel motivator dan penceramah macam Abdi Suardin, Dr Fahruddin Faiz dan Ustaz Hannan Attaki. Ada masanya aku dengar Begitu Begini Dj Naz atau video-video puisi dan podcast sambil bancuh aiskrim. Aku lebih gemar bekerja di bahagian kitchen dan jarang berada di kaunter. Kadang-kadang bila ada kawan singgah, aku tetap akan menyibukkan diri di belakang. Aku rasa begitu malas bersosial. Aku lebih suka menghabiskan masa dengan diri aku sendiri. Aku melepak, bermonolog dan memberi kata-kata semangat pada diri aku sendiri. Ya begitulah setakat ini yang aku mampu lakukan.