Kalau rasa penat rehat sekejap. Kalau rasa nak marah, tulis atau rangka draf ringkas mengapa kena marah, catat point penting dan marah secara rasional. Lepaskan.
Kalau rasa tidak puas hati dengan seseorang confront orang tu. 5WH. Bagi cadangan, buah fikiran. Minta penjelasan. Kalau ada salah minta maaf. Kalau betul jangan berasa menang. Bersederhana dalam segala hal - baik ketika memberi reaksi atau maklum balas.
Jangan rasa besar, usah juga terlalu memperkecilkan diri. Kau cuma datang buat kerja. Selesaikan lepas tu balik. Do your best. Be the best version of yourself. Tapi kalau haritu tak dapat buat begitu, atau alur hidup tidak berjalan sesuai keinginan diri, kau biarkan sahaja. Hari yang buruk akan berlalu. Hari yang baik akan tinggal kenangan.
Kalau rasa gemuk, kawal pemakanan, puasa, exercise. Kalau tiba-tiba rasa overthinking, kemas bilik atau satu rumah, basuh baju, tidur atau brisk walk sekejap. Jangan berlengah. Kalau rasa hodoh, tengok cermin, kemaskan diri, pakai baju yang elok, senyum paling manis untuk diri kau sendiri lepas tu, go.
Kalau rasa stuck, tiada ruang untuk melarikan diri daripada belenggu masalah atau apa-apa sahaja kesulitan hidup, istighfar, doa pada Allah minta jalan keluar. Sabar dan solat. Muhasabah diri. Taubat.
Kalau rasa pokai, miskin dan terbuang cukup bangun awal solat sunat sebelum Subuh dan kau seakan memiliki dunia dan segala isinya.
Kalau rasa macam nak mati selalu ingat orang yang dah mati dalam kubur tu selalu harap dapat hidup balik untuk sujud dan sedekah.
Sekian dulu nota peringatan untuk diri sendiri pada malam yang hening ini. Allahu Al-Musta'an. Wasalam.