Pagi Sabtu ini aku aku bangun awal Subuh dan decide untuk tak pergi assignment pagi sebab nak siapkan rencana. Tapi dalam pukul 9.30 pagi. bos mesej minta cek banjir. Tapi aku fikir kalau gerak sekarang macam mana nak masuk kawasan tu kan banjir. Jadi aku basuh baju (cuci pakai tangan) jemur dan settle semua baru aku gerak ke sana kira-kira 10 pagi.
Jalan jem teruk juga dan tempat banjir tu boleh tahan jauh. Aku sampai dalam 11 pagi dan masa tu air yang pada mulanya paras pinggang dah surut. Puncanya air sungai melimpah sampai masuk rumah penduduk. Aku seorang saja reporter yang cover banjir kilat tu.
Selepas dapat cerita yang aku kira agak menarik aku dan pixman lepak di kedai makan berdekatan dan siapkan kerja (campur bergosip) dan ada YB kawasan turut lepak dan meeting (mengenai banjir) di situ juga.
Selesai semua kami gerak dalam pukul 1 tengah hari. Sampai rumah mandi dan solat kawan datang ambil di rumah dan aku drive kereta dia bawa ke mall berdekatan (sebenarnya dah janji awal untuk jumpa). Jalan sekejap pusing mall curhat lepas tu kami gerak balik.
Sampai dekat rumah sekitar 5.30 petang aku tak terus naik dan belok ke masjid. Solat Asar lepas tu baru balik dan aku tidur dalam pukul 6 petang gitu hahaha. Aku terjaga dalam pukul 7 mandi tunggu Maghrib dah siap solat bersiap ala kadar terus gerak ke stadium.
Aku sampai stadium dalam 8.15 malam dan duduk menyelit di meja dekat urusetia. Selepas keluarkan segala extension sambung plug buka laptop aku mula taip kesebelasan utama dan hantar dekat group sukan.
Habis game Aku hantar story bola dalam11.07 malam dan turun untuk pc dengan coach.
Story bola keluar di platform online pukul 11.18 malam.
24 September 2022
Story banjir aku semalam pakai 1 page. Berbaloi redah selut dan segala susah payah :D dan aku bangun lambat juga. Lepas qada Subuh solat Dhuha dalam pukul 10 pagi aku mula transkrip hasil interview dua coach semalam. Tetapi ada satu coach bukan orang local dia punya Bahasa Inggeris perkataannya macam ditelan.
Jadi aku kena dengar banyak kali dan akhirnya dapat juga siapkan story coach tu kira-kira jam 12.13 tengah hari dan story coach kedua aku hantar pukul 1.30 tengah hari. Story pertama pakai pukul 12.52 tengah hari dan story kedua pakai 2.32 petang.
Sebelum itu ada kawan minta transkrip tapi aku tak cakap banyak aku bagi saja. Kita mudahkan orang, Allah mudahkan urusan kita. Selesai story bola aku mandi solat Zuhur gerak pergi Bandar C cover DSAI.
Event tu ada beberapa sesi ceramah dan pembentangan dan lama juga nak habis. Lepas PC dengan DSAI aku dan beberapa orang kawan gerak pergi satu restoran mamak buat story sama-sama. Lepas siap kerja dan sesi bersembang kani gerak balik. Sampai rumah dalam 6.45 petang. Mandi, Asar tunggu Maghrib. Demkianlah hari Sabtu Ahad aku yang agak produktif pada minggu ini.