Cuma semasa di KL contact aku lebih meluas dan banyak penganjuran majlis ilmu misalnya di UIAM, UKM, UPM banyak masjid yang aktif + tajuk kuliah ikut isu semasa / menarik perhatian jadi aku dapat idea menulis dan bahan / rujukan daripada pensyarah / penceramah jemputan di sana. Aku teringat pernah suatu ketika dahulu, berlaku kudeta di Turkiye. Dalam dua tiga hari ketika isu itu hangat dibincangkan sebuah masjid anjurkan sebuah forum menjemput seorang profesor yang bidang kepakaran beliau ada kaitan dengan perkara tersebut. Jadi, aku tanpa berlengah pergi forum tersebut dan berkesempatan interview profesor berkenaan yang Alhamdulillah sangat-sangat membantu. Malah, tahun lalu 2022 aku ada contact profesor tersebut yang minta aku panggil dia Dr sahaja kerana sudah bersara untuk rencana topik Islamophobia isu bakar al-Quran di Denmark.
Aku juga masih ingat, demi tulis artikel kedua panjangnya cuma lapan perenggan pun aku sanggup cari seorang mufti di tempat beliau dijemput kuliah. Aku sanggup tunggu beliau habis menyampaikan kuliah untuk tanya satu soalan yang simple saja. Tentang redha ibu bapa dan bagaimana berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Masa itu aku tulis rencana mengenai usahawan jutawan yang rapat sangat dengan parents dia aku tak tahu macam mana perbualan tu boleh pergi agak deep dia sebak bercerita, mata aku pula berkaca mendengar.
Berbanding di bandar P aku kurang maklumat kuliah-kuliah yang sesuai aku hadir pada masa sama menjadi platform untuk jumpa asatizah bersesuaian yang boleh bantu dalam penulisan aku. Jadi pada satu masa aku dah tak tahu nak cari / tanya siapa dan aku cuba tidak mahu ulang sumber yang sama. Aku fikir ini juga berpunca daripada kelemahan diri aku sendiri yang tidak lagi begitu agresif mengejar sumber-sumber dan contact baharu. Juga ini disebabkan aku terikat dengan jadual coverage newsdaily
yang disusun ketua biro. Aku sebenarnya kurang suka jadual yang diberi ketua biro. Tetapi aku tak boleh cakap banyak sebab kalau ketua yang dilantik itu selalu dibantah, maka apa perlu dia duduk di kerusi itu. Jadi biarlah. Kalau aku rasa menarik, aku pergi. Kalau aku rasa tak berbaloi aku tak pergi. Prioriti aku ialah mengikut arahan bos di HQ.
Jadi berbalik kepada tugasan terbaru yang aku dapat. Hari ini aku ada kirim dua soalan kepada Dr S dan dua soalan kepada Dr Z. Dr S reply jawab dia tak berani komen 😅 dan akan cari jawapan huhu. Dr Z pula tiada balas apa (hanya bluetick). Susah juga nak ulas soal agama. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak yang sudah dipelajari, lagi hati-hati mereka nak keluarkan pandangan. Aku menyangka soalan aku direct dan tidaklah begitu rumit tapi rupanya (barangkali) 'berat' buat mereka.
Mungkin aku kena tukar tajuk lain. Tapi hari ini sudah Selasa. Aku ingat nak hantar petang Rabu atau pagi Khamis supaya editor dapat semak lebih awal (siaran Ahad) kerana Jumaat sudah mula sidang DUN. Aku harap Dr berdua tidak lupakan (soalan) aku. Ya Allah bantulah daku.
#braindump
#isikepala