Lokasi kejadian separa seram ni berlaku kat L0? 103 a.k.a. bilik aku.
Masa tu lebih kurang dalam kul 1.20 am gitu. Pada pagi yang suam-suam kuku tu, setelah jemu
menelaah, main tagged, fesbuk, memblog dan etc, aku pon tutup la semua "tetingkap" yang ada.
Pelik bin Hairan lagu
Aizat,
PERGI masih lagi bernyanyi
riang ria mendayu2 seperti biasa.
Aku cuba tengok apa yang patut
Aku dapati sistem OK2 sahaja, tak da masalah cuma lagu tu jela..
malas nak fikir banyak plus mengantuk tahap gaban aku pon shutdown je
cik tom
Setelah terlelap beberapa ketika,
Tiba-tiba aku tersedar, silau akibat cahaya yang terlalu terang dari tingkap yang terletak berhampiran dengan katil.
Aku bingkas bangun, tingkap dan langsir terbuka seluas-luasnya. Patutlah terang!
Malas nak layan. Malas nak bangun tutup tingkap. Tidur sampai pagi.
Esoknya baru aku terfikir.
1. Sebelum maghrib memang selalu aku tutup tingkap rapat-rapat (termasuk semalam).
2. Pagi ni masa buka lagu tak da la pulak jadi macam semalam.