Sabtu lepas aku mula tekak aku rasa sakit. Selsema. Tapi aku ada assignment anugerah TYT. Sampai dalam pukul 8.30. Lepas ucapan pukul 10 pagi aku terus gerak balik rumah. Sampai di rumah, buka laptop siapkan story dalam 12 perenggan hantar dalam sistem. Lepas tu aku tidur. Bangun dalam pukul 6 aku nampak story yang sama flash dua kali. Sekali pukul 1.15 tengah hari satu lagi jam 1.47 tengah hari. Test Covid-19 negatif.
Ahad aku ada assignment pukul 8 pagi. Aku bangun pukul 6.10 pagi mandi, solat sunat qobliyah Subuh, Subuh. Yasin. Aku decide tak pergi assignment sebab assignment tu macam tak menarik dan aku pula tak berapa sihat. Basuh baju. Baring. Baca buku. Dhuha. Zuhur. Tidur. Pukul 5 bangun Asar lepas tu keluar pergi Tesco dan Mydin. Balik rumah sudah pukul 8.30 malam. Maghrib tunggu Isyak. Tidur. Test Covid-19 negatif.
Isnin. Bangun awal lagi hari ini. Pukul 5.50 pagi. Mandi. Qobliyah, Subuh. Masih demam. Buka laptop, cuba buat claim mileage. Cuma separuh jalan. Goreng cucur jagung+kucai+bawang+udang. Makan beberapa biji. Rasa nak makan nasi bujang dan ayam goreng. Order makanan dari kafe kampus guna Grab (untung tinggal dekat dengan kampus). Lepas Zuhur tidur sampai lewat petang. Asar pukul 6. Test Covid-19 negatif. Maghrib. Tunggu kawan ambil di rumah pergi assignment di TK. Hujan. Jauh juga tempat assignment tu. Story melibatkan persatuan kebudayaan. Seorang adik yang aku interview tu baru balik kerja syif 8 pagi 8 malam. Allah kasihannya dia. Habis interview dalam 10pm. Sampai rumah pukul 11 malam.
Selasa. Assignment pukul 12.30 tengah hari. Kena sidai. Pukul 2 baru mula. Bersesak. Panas. Rasa nak blah. Tapi sabar sedikit lagi. Usai interview pukul 2.30 petang. Bersila di pinggir padang. Taip story di handphone. Siap dalam 3.30 petang. Makan di BJ, isi minyak. Singgah di Tesco. Sampai rumah pukul 5 lebih. Mandi. Buka Shopee dan beli mesin basuh Samsung 13kg harga RM1,600++ dan order blender kaca juga untuk rumah mak di kampung. Dah lama teringin nak beli dua benda tu dan kebetulan kedua-duanya aku perasan rosak masa balik kampung minggu lepas. Kemudian aku tertidur dan terjaga pukul 10.30 malam.
Rabu. Hari ini beberapa kali aku terfikir hari ini hari Selasa atau Rabu? Tiba-tiba juga aku lupa nombor plat kereta aku apa ya. Lama juga fikir. Aku buka aplikasi parking untuk check nombor plat kereta. Jam 9 pagi, ada kawan hantar text, tanya aku pergi court atau tidak. Tak pergi kerana tak tahu ada kes apa di court dan dia beritahu ada keputusan kes di high court. Aku kelam kabut capai t-shirt mahu lekas bersiap. Tapi aku sangkut semula baju. Tukar t-shirt lusuh. Aku rasa aku masih demam. Biarlah court tu. Buat tidak tahu sahaja. Duduk di meja makan. Buka laptop. Cuba karang lagi bahan rencana semalam. Baru dalam enam perenggan stuck. Cuba log in aplikasi bank kedua yang dah lama tak buka. Password lupa. Klik forget password. Cuba create pelbagai password tapi gagal. Order lagi nasi bujang dan ayam goreng di Grab macam Isnin lepas. Scroll medsos etc. Rencana masih terbengkalai. Pukul 1 bos KL minta check blackout. Bersiap ala kadar. Terus pergi airport. Interview dua orang. Hantar story di McD 3.52 petang. Bayar parking RM4. Masa nak ambil kereta dekat parking ada copule orang putih dan seorang anak tanya jalan nak ke tokong ular. Katanya tak jumpa teksi. Aku ajak tumpang sekali tempat tu satu jalan juga nak balik rumah. Husband orang Jerman, wife orang Poland.
Khamis. Hari ini assignment pukul 9.30 pagi di Kompleks T. Aku gerak pukul 8.50 pagi. Sampai dengar taklimat, sidang akhbar 10.20 pagi settle. Joint kawan-kawan makan dan ada senior belanja semua orang. Lepas tu pergi assignment kedua pukul 11 pagi di Kompleks T juga. Dalam 11.30 pagi selesai balik rumah. Sampai dalam 12 tengah hari lebih. Satu story hantar 1.12 tengah hari satu lagi jam 2.45 tengah hari. Lambat juga buat story. Biarlah pakai atau tidak belakang kira. Lepas tu aku tidur sampai pukul 5. Terdengar bunyi phone mesej masuk bertalu-talu. Ada satu bos dari KL minta buat rencana pendidikan. Lepas tu aku bangun. Makan nasi, makan panadol soluble dan mandi. Rencana tarian kebudayaan masih terbengkalai.
