Nota: ini kisah mimpi
Suatu hari aku balik kampung aku ajak mak tinggal dengan aku di KL.
Ini sebenarnya sangat mustahil berlaku di alam nyata. Lebih logik kalau mak yang suruh aku tinggal di kampung bersamanya hehe.
Ok sambung cerita.
Dalam mimpi tu entah bagaimana di rumah ada seorang perempuan tinggal di rumah mak. Mungkin sudah lebih sebulan. Dia juga bahasakan diri dia mak. Muda. Lawa.
Aku tak pasti dia siapa dan datang dari mana. Siapa sebenarnya dia. Tapi dia cakap lemah lembut dan berusaha buat baik dengan kami.
Tapi dalam mimpi tu aku nampak dia fake. Segala tindak-tanduk dia bagaikan dibuat-buat.
Tidak ingin terheret dengan drama yang lebih panjang aku katakan begini padanya:
"Awak ni orang yang macam mana ya sebenarnya? Saya teringin nak tengok perangai awak yang real punya.
"Tak usah berlakon lagi. Apa sahaja dalam hati awak cakap saja depan-depan saya".
Lepas tu dia reveal diri dia yang sebenar. Aku tak ingat sangat sebenarnya apa yang dia kata tapi lebih kurang dia mengaku dia ada niat yang tidak begitu murni pada keluarga kami.
Kemudian aku katakan begini pada dia.
"Dah tu awak nk duduk di sini berapa lama? 10 tahun 20 tahun?
"Awak tak ada life sendiri ke? Nanti awak mati di depan Tuhan awak nak jawab apa?
Sebenarnya ada lagi beberapa babak lepas tu. Tapi aku dah lupa 😅




