Hampir tiada apa-apa yang percuma di dunia ini melainkan, kurniaan Ilahi, helaan nafas, nikmat sihat, kasih sayang keluarga & rakan-rakan. Tidak terhitung jika mahu disenaraikan. Syukur apa adanya. Terima kasih Allah atas segala kurnia.
Sunday, June 28, 2020
Friday, June 19, 2020
Nota kepada diri I
Sebenarnya aku tidak hilang apa-apa. Kerana semuanya pinjaman dari-Nya.
Pun begitu, Allah sudah ganti perkara yang bukan milikku itu dengan sesuatu yang lebih baik.
Telah lama diganti sebenarnya. Cuma aku tidak perhati betul-betul sebelum ini. Terima kasih Allah.
Maafkan hamba-Mu. Hamba tidak sabar, gopoh dalam meminta pada-Mu. Walhal Engkau Maha Tahu dan lebih mengenal diriku dan keperluanku.
Ya Allah, Ya Rabbi penuhkanlah dadaku dengan iman. Suburkan rasa kasihku pada-Mu dan Nabi-Mu Muhammad SAW. Ikatkan hatiku pada-Mu.
Ya Allah Ya Lathif Jadikan diriku orang yang berlemah-lembut, sabar, tekun dan bersungguh-sungguh dalam setiap perbuatan dan amal soleh.
Thursday, May 28, 2020
Rangkuman dua hari
27 Mei 2020
6.30 pagi. Yasin selepas Subuh. Main kejar-kejar di halaman dengan Hakim (6 thn) dan Adib (3 thn). Cabut / mencangkul rumput sebaldi (40 minit). Basuh kain. Mesin kelapa sembilan biji. Buat senaman sit up dan regangan badan dengan Hakim (20 minit). Sapu sampah. Zohor. Angkat baju. Tidur pukul 3.30 petang. Bangun pukul 4.50 petang. Buang sampah di pekan. Bakar sampah. Malam: drama korea The Little Princess. Buat popia nestum. al- Mulk, al-Waqiah dan as-Sajadah. Masuk tidur pukul 1.30 pagi.
28 Mei 2020
6.30 pagi. Yasin selepas Subuh. Main kejar-kejar di halaman dengan Hakim (6 thn) dan Adib (3 thn). Cabut / mencangkul rumput sebaldi (40 minit). Basuh kain. Mesin kelapa sembilan biji. Buat senaman sit up dan regangan badan dengan Hakim (20 minit). Sapu sampah. Zohor. Angkat baju. Tidur pukul 3.30 petang. Bangun pukul 4.50 petang. Buang sampah di pekan. Bakar sampah. Malam: drama korea The Little Princess. Buat popia nestum. al- Mulk, al-Waqiah dan as-Sajadah. Masuk tidur pukul 1.30 pagi.
28 Mei 2020
Friday, May 22, 2020
Cerita semalam
Malam 29 Ramadan. Jarum jam menghampiri detik 10 malam. Aku rasa ingin menangis. Aku siapkan lipatan baju di ruang tamu. Beri kucing makan bihun goreng. Kemudian menyelinap masuk kamar, baring dan menangis tanpa suara sambil istighfar dalam hati. Lalu tidur.
Friday, May 8, 2020
Keropok mahal
Impian bukan keropok,
jangan anggap ia murah,
Pecahkan tembok,
Ambil jalan jauh,
guna tali panjat lepasi tembok,
setelah itu,
tunggulah
kejayaan akan menengking di hadapan pintu engkau.
Nota: Dialog filem Tamil tajuknya sudah lupa. Ada bahagian yang tak lengkap dan aku sambung sendiri sesedap rasa.
Tuesday, May 5, 2020
Ramadan 2020
Ramadan kali ini mungkin bukan Ramadan terbaik untuk rekod peribadiku. Baru 11 Ramadan. Masih boleh diperbaiki.
Ya Allah, entah kenapa, hatiku sejak beberapa hari ini terasa begitu kecil. Emosi begitu mudah 'melimpah' dengan hanya secuit situasi yang kurang enak pada fikiranku.
Diriku jadi mudah marah dan merentan. Sesungguhnya aku tidak marah kepada situasi dan orang yang terlibat dengannya.
Aku cuma marah dengan diriku sendiri kerana mudah kalah dibadai arus perasaan. Ah aneh sekali diriku. Seringkali aku punya kesabaran untuk hal-hal yang lebih menyulitkan dan menyakitkan.
Tetapi untuk perkara yang tersangat remeh dan senang-senang sahaja boleh selesai sebenarnya, kesabaran itu sudah tiada lagi ditempatnya.
Entah kenapa aku fikir Ramadan yang dilalui terasa lebih baik ketika merantau di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan semasa menjadi penghuni asrama di Sekolah D.
Barangkali ini kali pertama aku menyambut Ramadan ketika bergelar penganggur. Tiada lagi waktu sibuk-sibuk dan bekejar-kejar. Sepatutnya lebih mudah fokus ibadah.
Astagfirullhalazim. Ya Allah selamatkanku dari diriku sendiri. Ampuni aku. Ampuni hambu-Mu Ya Allah.
Monday, April 20, 2020
Sunday, April 19, 2020
PKP hari ke-33 (Ahad)
Bangun 6.40 pagi. Sapu sampah di dalam dan luar rumah. Kemas tempat tidur. Cabut rumput satu kereta sorong. Punggah kayu api (reput diserang anai-anai, sarang semut jumpa kala jengking), Masak Bayam Brazil goreng tepung. Baca buku Mawar Tajalli ~ H.b Johar (belum habis), drama Memoir of Murderer TVN 416. Kematian 1/89.
Tuesday, April 14, 2020
PKP hari ke-28 (Selasa)
Bangun pukul 6.30 pagi.
Goreng bihun dua bungkus. Basuh baju. Sental sinki. Sapu sampah dalam rumah. Kaut daun kering dan bakar sampah luar rumah. Lupa simpan ayam, kucing makan beberapa ketul. Masak bubur nasi. Surah Ali Imran ayat 1 hingga ayat 32. The Accidental Detective 2: In Action. Kematian 5/82.
Monday, April 13, 2020
PKP hari ke-27 (Isnin)
Bangun pukul 5 pagi. Al-Ma'thurat. Basuh baju. Pergi pekan isi minyak scooter mak. Beli ayam dua ekor, tauge dan tauhu. Hidupkan enjin kereta. Masak sup ayam. Gunting rambut aku dan mak. Mandi hujan lebat. Alif Lam Mim dan Al-Mulk. Kematian 1/77.
Sunday, April 12, 2020
PKP hari ke-26 (Ahad)
Bangun 8.30 pagi. Sapu sampah dalam rumah. Basuh pakaian. Mesin sembilan biji kelapa. Bakar ikan guna kayu api. Kelim karipap. Filem Confession Of Murder. Buat ais krim. Bahan: satu tin susu cair, satu sudu besar ovalatte, empat sudu susu pekat, satu penutup esen vanila, putar dengan hand mixer sampai gebu, masukkan perisa strawberi dan jagung, sejukkan. Kematian 3/76.
Subscribe to:
Posts (Atom)
kata-kata ringkas untuk hari ini
am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.
-
Sudah tahu tapi berbuat, Kayuh sampan atas darat. Berbuat walaupun tahu, Diambil pengayuh dibuang perahu. . . . . Diri aku sepanjang...
-
Menjadi orang yang JUJUR, kadang-kadang penat juga kerana perlu tenaga yang bukan sedikit. Tapi, menjadi orang tidak JUJUR Rasanya lebih ...

