Kira-kira pukul 6 petang terdengar beberapa NE sedikit berteriak "Kerajaan Tumbang" (tetapi tidaklah begitu kuat). Masa itu ada sidang live Presiden Parti U.
Semacam deja vu. Awal Julai lalu situasi agak sama juga berlaku selepas TPM baharu dilantik. Kebetulan aku jadi oc petang dan duduk di tempat sama yang berdekatan NE, ANE dan ketua-ketua meja seperti kelaziman.
Aku tidak begitu ambil pusing. Aku bercakap kepada diriku sendiri, ah sembang sahaja kerajaan tumbang. Bos A belikan KFC untuk semua orang. Agaknya kerajaan akan betul-betul boleh tumbang agaknya esok. Tapi sejauh mana untungnya untuk marhean?
Kerja aku sebagai oc masukkan story ke dalam web yang masuk tak berhenti-henti pada masa yang sama cari gambar yang sesuai, taip segala hashtag dan tulis kapsyen media sosial. Sepantas mungkin.
Tapi PV web agak rendah. Aku goreng dua story dan satu daripada lepas muat naik kurang 15 minit dapat hampir 100 likes dan dikongsi 12 kali. Satu lagi sejuk saja tiada sambutan.
Pukul 10.30pm gerak keluar dari pejabat dan sampai rumah pukul 11 malam sambung masukkan story game bola dan crime yang baru masuk. Standby sampai pukul 12.30pm dan kemudian mandi dan masukkan baju kotor dalam mesin basuh.
Aku tersenyum sendiri. Terasa lucu. Sebenarnya hari ini aku hendak tender surat resign. Aku sudah atur ayat dalam kepala apa yang perlu diperkatakan. Tetapi semuanya hilang dan lenyap ditelan kesibukan tugas di newsroom.
Aku cuba melelapkan mata. Keesokan harinya aku off day mahu hantar kereta untuk service.
Bila aku mahu hantar surat peletakan jawatan? Biarlah masa menentukan. Mungkin minggu-minggu berikutnya atau bulan depan. Sebelum itu, sabarlah sehari lagi dan sehari lagi dan sehari lagi sampai sabar yang sudah lama menipis itu sampai ke tarikh luputnya.
Aku juga tidak tahu adakah keputusan resign adalah keputusan yang tepat dan baik untuk masa depan aku. Kerja lain belum tentu. Sahabatku L yang beberapa bulan lebih awal angkat kaki sudah berpesan kalau mahu resign apa-apa yang berlaku selepas itu kena redha. Jalan terus.