Friday, November 1, 2024

Sepatutnya hari ini, Selasa (29 Oktober) aku sudah boleh balik, kalau claim sudah siap dan sebuah rencana? (entahlah aku belum tahu lagi sama ada boleh panggil rencana, artikel, berita panjang atau apa-apa sebab belum nampak rupa kepala ekor, perenggan 'story' yang akan aku karang).

Ahad aku balik kampung kerana pergi kursus umrah. Artike yang aku sedang aku tulis, tugasa lewat malam Sabtu yang habis dekat jam 11 malam. Isnin aku ada tugasan di Seberang Jaya (terus gerak dari kampung).

Disebabkan aku jenis bertangguh kerja + pengurusan masa kurang cekap, masalah laptop aku yang tak boleh caj aku hanya tengok betul2 pada malam Isnin.

Selasa pagi, jam 10.30, aku pergi DIY beli adapter untuk sambung pada charger kepala US laptop tu (alahai aku leceh rupanya pakai charger negara luar, aku rasa setakat ini sudah masuk kali ketiga tukar adapter)

Lepas beli, aku cari plag dekat medan selera di Lotus dan cuba pasang. Akhirnya aku sedar, yang rosak itu charger laptop itu sendiri bukan adapter.

Aku dengan termangu-mangu fikir nak buat apa, dan akhirnya buat keputusan pinjam laptop adikku, Is. Aku masuk Lotus, beli beberapa barang untuk bawa ke rumah Is (sebagai buah tangan)/

Dalam perjalanan ke rumahnya di Sungai Ara, beberapa kali aku tersalah jalan (sebab agak sudah lama tidak pergi) dan aku jumpa ada gerai jual kuih maka aku beli beberapa jenis karipap dan samosa, mi kari, laksa dan bihun sup. Samosa tu sedap betul inti ikan. Lain kali kena pergi cari lagi haha. 

Sampai rumah Is dalam jam 12.40 tengah hari, aku dihidangkan dengan ayam masak kurma. Lepas tu aku cuba buat claim itu, tetapi macam tak boleh fokus pula, sebab buat di rumah orang kan dan lama juga aku asyik berbual2 dengan adikku yang sudah agak lama juga tidak bersua muka.

Dalam jam 2 petang, aku minta diri balik. Mandi dan solat Zuhur. Lepas itu aku perlahan-lahan buat claim (proses kali ini lambat, sebab borang-borang semua dalam laptop aku huhu) Lepas itu masa nak print rupanya printer habis dakwat. 

Jadi dengan masalah tukar laptop, ditambah dengan printer habis dakwat, maka termenung aku beberapa saat. Maka aku, tukar kepada pdf segala borang, dan ada resit parking yang tak keluar di TNG kena tangkap layar dan tampal di word dan akhirnya siaplah dalam jam 6 petang. Tapi laptop Is tak boleh detect pendrive pula. Maka aku WhatsApp segala dokumen itu dekat diri sendiri (sebenarnya sudah lama tidak print di luar jadi tak pasti nak pergi kedai mana esok).

Malam, aku cuba mengerjakan rencana. Tapi seperti biasa, stuck dan aku habiskan masa dengan membaca buku yang dilancarkan pada malam tersebut. Bukunya menarik. Aku harap lepas menulis catatan ini aku boleh menulis rencana tersebut.

kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.