Isnin, 12 September.
Semalam hari yang hambar. Mungkin sedikit kurang bernasib baik. Aku cover kes mahkamah 11 wanita warga asing dituduh kes persundalan. Aku sampai pukul 8.45 pagi. Duduk sekejap di luar pintu masuk court dengan videographer dan pixman bertugas. Reporter lain belum sampai. Setelah berbasa-basi dan malas nak berborak lagi aku naik tingkat 5 cari tempat kosong, duduk serta tengok handphone. Suasana agak riuh sebab ramai betul orang di luar kamar sama ada duduk di bangku atau mundar-mandir.Kurang 5 minit duduk baru aku sedar aircond tak berfungsi. Aiseh. Aku ke tandas basuh muka. Lepas tu duduk semula. Jumpa seorang senior journalist lengkap bertali leher dan kasut kilat. Aku tegur, ada kes ke bro (aku teringat dia pernah beritahu akan dipanggil ke mahkamah sebab satu artikel yang dia pernah tulis dulu) dia hanya angguk dan beritahu kes yang aku perlu cover tu tingkat 7 dan aku cepat-cepat berlari naik ke aras yang dinyatakan tetapi sampai di tingkat ada kawasan ajak turun ke tingkat 5 kerana di situ ada sekumpulan lagi OKT untuk kes sama.
Oleh kerana OKT ramai, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Jadi aku dan kawan aku pilih kumpulan paling ramai di tingkat 5 dan ikut masuk ke kamar penghakiman yang agak sesak hari itu. Tambah teruk aircond pula bermasalah. Aku menyelit dan duduk di satu sudut. OKT kes lain pun ramai memenuhi ruang hadapan. Ada kes narkotik dan macam-macam lagi. Dalam 15 minit OKT warga asing masih belum dipanggil. Aku keluar ambil nafas dalam 10 minit masuk semula.
Tak lama lepas tu seorang OKT dipanggil. Baru dua orang mereka skip group tu (sebab tunggu translator) dan panggil kes narkotik. Lepas beberapa orang dibaca kertas pertuduhan, sambung seorang lagi OKT warga asing. Habis seorang tu kena skip lagi. Jam sudah pukul 12.30 dan aku sudah mulai koyak dengan aircond yang jahanam. Masuk satu mesej dari seorang kawan Q ajak balik katanya kawan T ada dapat angle story menarik kes yang sama di tingkat 7.
Jadi aku pun turun bersama-sama dia untuk cari kawan T dan kami decide untuk makan di sebuah kedai dan aku pun ikut dan kami semua car pool kereta kawan Q cari kedai makan. Kami betul-betul makan berbual-bual hampir dua jam langsung tak sentuh soal kerja. Aku jadi malu alah nak minta info kes daripada kawan tersebut yang sebenarnya senior semasa aku kerja di Organisasi B dulu.
Jadi bila dah habis makan kami gerak balik dekat tempat parkir kereta di court dan di situ aku baru ambil nota kes tu dari kawan T dan aku gerak balik rumah. Biasanya aku buat story di court cepat-cepat baru balik. Tapi hari ini story aku lambat dan aku fikir alang-alang lambat baik aku buat di rumah. Aku pun tak tahu nak klasifikasikan hari ini sebagai apa. Rasa macam loser sikit sebab punya awal pergi court duduk berjam-jam dengar sebutan kes tapi akhirnya takda hasil dan kena minta info dari orang pula.
