Kalau fikir nak membanding-bandingkan pencapaian diri dengan orang lain,
Ramai kawan-kawan sebaya aku, atau jauh lebih muda sudah beli atau memiliki rumah sendiri.
Ya memang hidup ini orang selalu kata, ia bukan tentang kita cuba memenangi perlumbaan, kita hidup bukan untuk bersaing sebaliknya lebih bererti kalau kita berusaha jadi lebih baik daripada kita yang semalam, tidak mudah mengeluh dan mengalah etc dan bla bla bla.
Namun, secara peribadi, sejujurnya aku sebagai manusia biasa yang penuh salah dan khilaf, ada kalanya dihambat juga dengan pemikiran serta kecenderungan rasa yang ingin membanding-bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain.
Mungkin, juga kadang-kadang rasa itu lebih kepada cemburu atau sama ada teringin mahu mengecap hidup lebih baik, lebih indah, gembira konon-kononnya sedangkan aku tahu ada antara kawan-kawan yang gaji lebih tinggi dan ada rumah itu hidup mereka bukanlah terlalu 'mudah' atau selalu dalam mood bergembira.
Okay, berbalik kepada soal unit pangsapuri yang aku sewa sekarang. Tempat yang aku diami sekarang bukanlah teruk sangat. Masalahnya, aku fikir cuma ada dua berbanding ada banyak perkara sebenarnya yang aku sangat bersyukur dan suka tentang rumah ini.
Perkara yang aku suka
1. Murah. RM245 aku dapat bilik master dan bilik air yang agak luas juga.
2. Pemandangan luar yang 'unik' berdepan stadium universiti tempat aku belajar dulu
3. Bersih kerana dijaga dengan amat baik oleh JMB
4. Parcel di post pengawal yang aku fikir sangat selamat walau ditinggal berhari-hari sebab kadang-kadang lupa ambil atau balik kampung.
5. Ada meja makan, selain meja kerja sendiri yang aku beli dan set up untuk buat pejabat mini di dalam bilik - suasana kondusif untuk bekerja dari rumah [jadi boleh bekerja di ruang tamu atau dalam bilik]
6. Semasa gangguan air berjadual, ada air tangki simpanan yang cukup 48 jam dan biasanya rumah kami akan terkesan dalam beberapa jam sahaja atau langsung tidak terkesan kecuali jika ia gangguan air tidak berjadual
7. Dekat dengan tesco dengan jarak kira-kira 500 meter.
8. Tingkap bilik besar dan banyak jadi tak terasa begitu panas / aliran pengudaran yang baik
Masalah cuma ada dua
1. Parking
- Tiada langsung kotak parkir atau kawasan yang memang dikhaskan untuk parking menyebabkan aku kerap disaman dan mencecah RM800 sepanjang tahun lepas.
- Parking dalam kena bida dan tiada kekosongan. Kalau adapun aku rasa sangat mahal dan lebih baik aku sewa rumah lain yang lebih okay berbanding pangsapuri Taman P ini.
- Jadi aku parking tersangatlah jauhhh
- Aku pula hampir setiap hari keluar assignment dan balik ke rumah yang aku jadikan 'ruang bekerja' untuk siapkan story.
- Jadi bila parking jauh, nak berjalan jauh nak masuk ke rumah dan terkejar-kejar deadline buat aku stres juga bila selalu lambat hantar story. Aku mengaku aku sejenis lambat nak siapkan story.
- Tetapi perjalanan yang jauh kena lintas jalan besar yang sibuk lagi melambatkan aku yang sedia lambat ini dan lama-lama aku jadi fed up hadap benda ini.
2. Housemate
- Ada beberapa isu mengenai housemate yang aku agak kurang berpuas hati.
- Ahad lepas, aku balik kampung. Sekitar 7.20 malam begitu, housemate F call banyak kali (call guna WhatsApp dan talian biasa) beberapa minit sebelum itu kebetulan tiba-tiba ada info story crime masuk jadi aku proses info tu dan bila dia call memang terganggu sikit sebab aku taip story tu guna phone.
- Lepas hantar story barulah aku mesej dia. Dia minta aku tolong bukakan pintu sebab dia kata rumah terkunci dari dalam. Aku kata tiada sesiapa di rumah dan aku cuti CNY sampai Isnin dan akan balik hari Selasa.
- Aku pun kata seram juga la kan. Sudah la waktu Maghrib, dia tak boleh masuk, seolah-olah pintu tu terkunci dari dalam.
- Jadi dia pun, balik rumah kakak dia.
- Aku ss perbualan soal pintu kepada housemate N. Dia boleh pula tulis mesej yang agak panjang, tip mengelak seram ialah buang sampah jangan biar rumah kotor etc. Aku agak tersinggung juga soal ini. Sebab aku sedaya mungkin memang jaga kebersihan rumah. Mungkin dia tak nampak.
- Bab kebersihan rumah, cakaplah secara terbuka di group sebab housemate F aku tengok sampah kumpul kadang dua tiga beg penuh baru buang (kami buang sampah masing-masing)
- Jadi aku clear chat housemate N dan tak balas apa-apa kecuali emoji reaction tanda bagus.
- Hari Selasa, aku gerak balik dalam jam 10 pagi dan dijadualkan ada tugasan di Mahkamah Syariah pukul 2.30 petang.
- Bila balik, aku terserempak dengan housemate N dekat koridor lif dia kata dia ada call aku untuk minta nombor tukang kunci (aku memandu dan berjalan dengan parking yang jauh tu jadi tak tengok phone)
- Aku pun buka gril dan tinggalkan barang depan pintu, kemudian aku mesej tukang kunci.
- Tukang kunci pula, sejenis santai saja dan nampaknya aku tak boleh masuk tukar baju sebelum pergi tugasan mahkamah petang itu.
- Aku pun terfikir nak lepak di tesco dan sampai di tesco kawan aku dari portal M call, ajak pergi mahkamah sama-sama.
- Aku pun cerita masalah aku, lepas tu dia kata, sementara nak tunggu orang baiki kunci tu lebih baik, pergi assignment, aku pun kata, aku agak selekeh sebab dari kampung kan tapi lepas fikir punya fikir aku kata, okay aku tumpang dia pergi ke tempat tugasan itu.
- Dia ambil aku di tesco dalam jam 2 petang kami pergi
- Aku mesej tukang kunci minta dia datang pukul 5pm. Tapi rupanya majlis di mahkamah tu lewat juga dengan ucapan dan penyampaian watikah kepada 41 peguam syarie baharu, jadi dengan sidang media semua pukul 4 petang juga kami selesai dan mula cari port buat story.
- Disebabkan kawan aku puasa, kami (tiga orang termasuk kawan dari agensi B) decide buat story dalam kereta, nak lepak dekat gazebo luar mahkamah cuaca agak panas.
- Dalam pc tu kami ada tanya mengenai implikasi kes enakmen syariah Kelantan kepada negeri P jadi story itu agak tidak simple ya jadi aku hati-hati menulis dan ambil sedikit masa dan tanpa sedar dah hampir pukul 5 petang.
- Aku pun call housemate F dan minta dia balik rumah pukul 5 sebab orang datang nak baiki kunci. Tapi dia tak angkat. Aku pun minta orang kunci tu datang pukul 6 sebab housemate N akan balik pukul 6 petang (aku pass nombor tukang kunci dekat N)
- Kawan portal M siap story dulu, diikuti aku, kawan agensi B lebih detail story dia jadi orang terakhir siap dalam jam 5.30 petang kami gerak balik
- Jalan agak sesak, aku sampai tesco dalam jam 6.30 petang, ambil kereta sampai kat rumah dalam pukul 6.50. Rupanya tukang kunci belum sampai.
- Housemate N tanya, aku tukang kunci tu tau tak yang kami ada masalah tak boleh masuk rumah. Aku pun kata, dia tahu dan nak datang dah pukul 5pm tadi tapi housemate F tak angkat phone dan kita pun belum balik jadi siapa nak tunggu tu lepas itu, kebetulan tukang kunci tu ada job di Taman LP jadi dia pergi sana dulu.
- Akhirnya abang tukang kunci tu sampai dalam pukul 7pm.
- Dalam beberapa minit dia dah boleh buka pintu tu, aku pun bergegas masuk solat Asar dalam jam 7.30pm tukang kunci tu siap tukar tombol pintu baharu dan housemate aku bayar RM120
- Dalam 7.30pm tu baru housemate F mesej kata dia tertidur tak dengar call.
- Itu tak apalah, tapi aku kesal, tombol pintu tu terang-terang rosak, kenapalah dia tak boleh fikir dan bagitau rosak, jadi kami boleh deal cari tukang baiki lebih awal hari Isnin tu sebab dia balik dua hari lebih awal dari kami.
- Aku teringat kali pertama pintu rosak (tak boleh kunci hanya boleh selak dari dalam) boleh pula keluar juga malam-malam dan balik pukul 3 pagi, dan aku kena buka pintu untuk dia.
- Housemate F sejenis tak nak ambil tahu hal rumah dan dia ingat dia cuma bayar sewa bilik saja tapi hal rumah tak berapa kisah.
- Aku pun ada kekurangan, tapi mulut housemate N tu boleh tahan kalau aku tersilap langkah atau aku tersilap cakap / meluahkan perasaan dalam apa-apa topik. Jadi aku amat berhati-hati bercakap dengan dia.
- Tetang isu housemate ini aku ada cerita dalam beberapa hantaran sebelum ini.
- Aku sedar, siapalah kita nak point / highlight salah / kekurangan orang atau mengubah sikap orang kerana kita hanya insya-Allah hanya boleh mengubah diri kita sendiri.
- Jadi aku sudah cuba beradaptasi / memahami hampir tiga tahun, dan aku fikir cukuplah setakat itu kerana kami hanya sebatas housemate yang berkongsi bayar sewa bukan pasangan suami isteri / keluarga / atau kalau nak jadi sahabat, kawan pun tak berapa sesuai dalam konteks gaya hidup / corak pemikiran / ekspresi rasa masing-masing yang tidak sama vibes dan frekuensi.
Pindah tanpa beritahu sebab
Aku bercadang untuk pindah pada 18 Februari ini tanpa beritahu sebab-sebabnya. Aku fikir kalau aku cakap soal parking, housemate N akan ada jawapan balas yang aku rasa tidak membantu (atau mungkin kami akan jadi bergaduh kerana isu parking agak sensitif bagi dia dan aku tidak akan menyentuh soal itu lagi) lagipun ia satu proses yang aku kira sudah berlalu dan pernah dibincangkan sebelum ini.
Dia pernah suruh aku masuk bidaan dan sewa parking semasa ada tawaran dari seorang pemilik unit lama dahulu (sekarang lama dah tak dengar orang nak sewakan parking mereka), eh dia pun tak bayar parking dan bayar sewa bilik yang paling kecil dan murah dia nak suruh aku bayar parking pula (aku hanya cakap dalam hati) kalau aku cakap terus terang aku rasa dia akan melenting / tak boleh / susah terima.
Dia ada beberapa kali cakap tak suka dengan ex housemate bilik master (aku namakan dia X) yang aku duduk sekarang, sebab selalu minta kad parking dia. Sebenarnya, X pernah minta nak masuk semula, tapi housemate N tak nak sebab satu soal parking jadi aku tak pernah minta kad parking dia walaupun dia balik kampung Setiap Sabtu dan Ahad sedangkan aku selalu kerja Sabtu Ahad dan cuti weekdays.
Satu lagi dia pernah cerita X selalu bawa kawan tidur bilik dan dan N pernah cerita dia kurang gemar bila kawan-kawan N tak tegur dia. Sekali, housemate F, pun bawa adik hari tu tak bertegur sapa juga dengan kami. Menonong je masu bilik dan tinggal agak lama juga.
Tapi bila aku bawa seorang student USM tumpang bilik sebulan, budak tu tak tegur N masa masuk tu dia hantar mesej macam aku pula buat salah sedangkan aku beritahu ada orang nak tumpang dan aku juga sudah minta budak tu bertegur sapa tapi entahlah aku pun tak tahu kenapa susah sangat adik student itu nak berbasa-basi sampai kena suruh dua tiga kali.
Aku rasa nanti selepas pindah, N mungkin akan cerita juga sikap aku yang kadang-kadang tak semenggah dekat housemate baru yang akan masuk nanti (berdasarkan pengalaman aku). Jadi itu antara sebab itu aku mahu pindah tanpa beritahu sebabnya. Aku tidak mahu sebab aku pindah (yang mungkin dianggap remeh) akan diceritakan semula mengikut pemahaman atau sudut pandang N.
Mungkin juga dia akan tak puas hati sebab aku beritahu dalam tempoh kira-kira 12 hari sebelum Februari berakhir tapi aku harap, dia okay saja dan tidak mempersoalkan / cakap banyak tentang tindakan aku ini.
Tetapi apa boleh buat. Kalau beritahu sekarang, barang aku terlalu banyak belum sempat nak berkemas-kemas. Aku minggu ini tersibuk la pula hari-hari ada tugasan luar, dan esok ada PM dengan menteri turun Sabtu Ahad jadi aku tak nak cakap lagi soal pindah ni semua. Selalunya, ia akan settle pada hari berpindah itu sendiri.
Mungkin, aku patut buat ia macam misteri dan buatkan mereka fikir seolah-olah aku ada masalah peribadi yang begitu rahsia dan sulit dikongsi dengan orang sehingga aku perlu pergi secara mengejut. Entahlah, kepada Allah SWT aku berserah. Mudahkanlah Ya Allah hanya, Engkau sebaik-baik penolong dan memahami apa terbuku dalam hati kami. Aku bukan nak menganaiya sesiapa aku hanya mahu pergi tanpa perlu berlawan cakap atau berdebat tentang suatu perkara yang sia-sia dan menyakiti hatiku.
Bilik baharu
Aku tidak tahu, bilik yang bakal aku sewa tu lebih okay atau sebaliknya berbanding bilik aku sekarang.
Ia sebenarnya bilik sharing (rumah teres) dan aku rasa sudah tentu tidak sebebas bilik master yang aku sewa di Taman P.
Tapi memikirkan aku boleh terus parking kereta depan rumah, balik assignment terus boleh sampai di rumah aku pejamkan mata saja cabaran lain yang mungkin dihadapi.
Aku tahu susah nak dapat rate sewa sekarang untuk bilik seluas itu di mana-mana tapi nak tunggu housemate N pindah untuk aku dapatkan parking yang dia guna sekarang rasanya makan bertahun-tahun lagi kena tunggu dan kami mungkin akan jadi bujang terlajak sampai.......entahlah huhu.
Kurangkan barang-barang
Dalam proses berpindah ini, aku rasa aku dah banyak kurangkan barang-barang aku. Hidup lebih minimalis. Tapi itulah dengan katil, microwave, air fryer, dapur gas dan basikall (rupanya aku ada basikal nampak tak lama sungguh tak kayuh) jenuh juga nak angkut bawa balik kampung (nasib baik aku tak beli mesin basuh). Tak sangka dah hampir tiga tahun, aku menyewa di Taman P ini.
Perancangan masa depan
Aku rasa, kalau bilik sewa baru tak okay, maka aku akan pindah lagi. Tengok, sangat tidak penyabar kan perangai seorang aku 😂
#braindump