Wednesday, April 10, 2024

Psychology of love [from random social media post]

If you love someone for their looks, it's obsession. If you love someone for their kindness, it's admiration. If you love someone for their money, it's interest. If you love someone because they love you, it's empathy If you love someone despite their flaws, it's true acceptance. If you love someone through thick and thin, it's genuine commitment. If you love someone for their mind and intellect, it's intellectual attraction. If you love someone deeply, even when you're apart, it's emotional connection. If you love someone and prioritize their happiness over your own, it's selflessness. If you love someone for the way they make you laugh, it's humor based affection. If you love someone for the shared experiences and memories, it's nostalgia driven love. If you love someone because they understand you on a profound level, it's a deep emotional connection. If you love someone unconditionally, flaws and all, it's pure u unconditional love. If you're confused why you love this person, it's definitely love.

Tuesday, February 20, 2024

Nasihat dari ChatGPT

Ketakutan kehilangan sering timbul bila kita terlalu rapat dengan sesuatu, contohnya harta, kawan-kawan, atau pencapaian. Walaupun hakikatnya, apa-apa pun dalam dunia ni tak kekal milik kita. Bila kita rasa kehilangan sesuatu yang penting, memang sakit hati. Nak mengatasi takut tu, kena fokus pada sekarang dan terima hakikat bahawa semua benda sementara je.

Monday, February 19, 2024

Yuran kecuaian dan 30 minit yang terasa panjang

  • Hari ini aku pindahkan beberapa barang lagi buat kali kedua di rumah sewa, Lintang P.
  • Rumah itu biasa saja dan boleh masuk parking dalam pagar bersama dua lagi kereta penyewa lain.
  • Aku angkut kerusi (kerusi roda warna hitam yang aku beli tahun 2020 boleh tahan berat juga dan kena buka skru dia sebab tak muat kereta), meja kerja, kipas, tilam dan printer (Sebab aku ada asiggnment sebelah petang dan kena gerak dalam puku 2 petang)
  • Dalam pukul 10.15 pagi aku mesej adik aku minta dia tolong angkut katil untuk bawa balik rumah dia (sebab rumah sewa baru sudah ada katil dan aku fikir, kalau-kalau dia dapat guna katil untuk kegunaan masa depan)
  • Tapi dalam jam 10.25 pagi masa aku turun semula untuk bawa turun kaki meja (meja ikea yang kakinya agak mudah ditanggalkan) tanpa sedar, aku tertinggal kunci dalam rumah huhu
  • Pada mulanya aku memutuskan untuk tunggu adik aku sampai. Tapi sudah jam 11 dia tak sampai-sampai dan aku terfikir macam mana kalau dia mesej kata tak jadi datang dan aku tak tahu memandangkan, phone pun aku tinggal dalam rumah juga huhu
  • Aku terfikir juga, kalau adik aku datang, aku nak buat apa? Adakah aku perlu cari housemate aku di tempat kerjanya (tapi bagaimana, bukankah phone aku tiada dan aku tidak ingat nombornya, aunty P jiranku yang baik dan ada nombor kami semua juga tiada di rumah kerana pergi bercuti di Melaka) atau aku tunggu adik aku sehingga sampai dan kami akan ronda cari kedai kunci
  • Sel otak aku lambat juga berhubung hahaha setelah kira-kira 30 minit, iaitu pada jam 10.53 pagi ( aku akhirnya buat keputusan cari kedai kunci berdekatan
  • Aku pun bergegas, keluarkan kereta dari parking pelawat (boleh masuk sekejap saja untuk angkut barang) dan pergi cari kedai kunci di Jalan S2.
  • Parking dekat situ langsung tiada pula dan aku terpaksa pusing dan parking haram di satu sudut.
  • Aku pun jumpa satu kiosk yang dijaga seorang tukang kunci warga emas, dan tanya sama ada dia boleh buat atau tidak
  • Aku ajak dia naik kereta sekali, tapi dia kata akan datang naik motor aku sebenarnya minta untuk tulis alamat, tapi dia kata dia tahu blok aku tinggal tu dan minta aku tunggu di guard house.
  • Aku pun, gerak balik rumah (ya dan tiada ruang kosong dah yang boleh parking dan aku parking di tepi bahu jalan dekat dengan simpang jalan besar dengan harapan tidak disaman dan masa menapak nak masuk ke kawasan apartment, cun-cun pak cik tu sampai di guard house.
  • Bila masuk dekat dalam tu, adik aku dah tunggu di kerusi batu dan dapat tahu, dia sampai dalam pukul 11.13 pagi. Aku sampai dengan uncle kunci tu dalam pukul 11.30 pagi.
  • Selalu aku ada kunci pendua letak dalam kasut, tapi sekarang tiada lagi, kerana kunci baru buat Isnin lepas, dan aku tak duplicate pun kunci itu (sebab berniat nak pindah).
  • Pak cik tu cuma ambil masa dalam 10 minit saja (bagus betul skill dia tenang dan pantas) dan kemudiannya aku sudah boleh masuk.
  • Lepas tu, aku keluarkan kunci utama itu dan simpan dalam kasut (untuk baki-baki hari terakhir di ruma TP sebab aku bimbang pisang berbuah dua kali huhu)
  • Kos kes kunci terkunci dari dalam ialah RM45. Pada mulanya, aku tidak mahu ambil baki tapi aku memikirkan, claim aku bulan ini agak 'nipis', aku pun bagi RM50 dan pak cik tu pulangkan baki duitnya RM5. Sekali dia keluarkan duit dalam poketnya tebal betul aku rasa cecah ribuan ringgit juga dan dia masukkan begitu sahaja dalam poket seluarnya.
  • Aku sambung angkut kipas dan masukkan dalam kereta.
  • Dalam 12.30 selesai buka dan angkut katil.
  • Situasi itu aku fikir, dalam masa 30 minit hingga 40 minit sahaja tapi rasa lama, sebab aku berfikir solusi apa yang sesuai diambil terutamanya tanpa phone dan dompet dan parking tiada masa itu jadi aku rasa berat nak keluar dari parking pelawat huhu 
  • Syukur Alhamdulillah kunci kereta aku gantung kat leher sepanjang proses aku angkut barang itu jadi aku boleh cari kedai kunci
  • Baru aku tahu, pejabat petugas admin JMB di bawah tu, tidak boleh membantu menyelesaikan masalah pun dala kes seumpama itu
  • Dia minta nombor telefon aku sedangkan, aku sudah beritahu telefon aku tertinggal dalam rumah haha dan dia terus kata ooo macam mana ya nak buat jadi aku pun kata tak apa dan cuba selesaikan sendiri
Rumah sewa baharu
  • Aku sudah pergi rumah itu dua kali untuk hantar barang separuh. Aku rasa ada dalam 50 peratus lagi barang perlu dipindahkan ke sana
  • Banyak juga barang yang kena bawa balik, macam air fryer dan buku-buku huhu
  • Baldi besar, tong air, troli dan barang cenderahati dan hadiah yang dapat sepanjang 2022/2023 berhuhu lagi
  • Rumah tu ada lima penyewa termasuk aku
  • Rumah teres dua tingkat dan bilik aku tingkat atas. Tangga dia tinggi juga haha
  • Setakat ini bilik berkongsi dua orang itu cuma aku seorang yang sudah masuk.
  • Rumah itu ada penghuni yang nampaknya work from home 
  • Hairan juga dua kereta dan satu motosikal tak keluar pula walaupun hari ini kan sepatutnya hari bekerja (atau mungkin depa pelajar (entahlah)
  • Rumah tu ada jadual mengemas
  • Dapur dia bersih rumah overall bersih tapi kan, rumah lama lagi cantik sebenarnya hehe
  • Semalam, aku termenung, bestnya bilik yang bakal aku tinggalkan ini, tingkap banyak, luas, master bedroom, ada bilik air dan bla bla dan aku terfikir adakah kualiti hidup aku akan jadi bertambah baik, stagnant atau kurang selesa?
  • Ah aku pun beritahu diri, cuba jadi muslim yang lebih baik, baiki solat dan hidup akan jadi lebih baik.
  • Seperkara lagi, parking punya pasal kan
  • Aku harap semuanya okay
  • Aku sudah bayar sewa RM124 (sewa sudah dikira dari 18 Februari hingga 29 Februari 2024) dan RM300 deposit 
  • Jadi sehari dalam RM10.34 sen sehari kalau bahagi dengan 29 hari
  • Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini
Sekian catatan hari ini.

#braindump

Friday, February 16, 2024

Pindah [lagi]

Pada usia 36 tahun, rupa-rupanya aku masih perlu 'bergelut', masih 'terpaksa memaksa' diri menempuh ranjau dan onak duri untuk mencari dan mendapatkan bilik sewa yang decent.

Kalau fikir nak membanding-bandingkan pencapaian diri dengan orang lain,
Ramai kawan-kawan sebaya aku, atau jauh lebih muda sudah beli atau memiliki rumah sendiri.

Ya memang hidup ini orang selalu kata, ia bukan tentang kita cuba memenangi perlumbaan, kita hidup bukan untuk bersaing sebaliknya lebih bererti kalau kita berusaha jadi lebih baik daripada kita yang semalam, tidak mudah mengeluh dan mengalah etc dan bla bla bla.

Namun, secara peribadi, sejujurnya aku sebagai manusia biasa yang penuh salah dan khilaf, ada kalanya dihambat juga dengan pemikiran serta kecenderungan rasa yang ingin membanding-bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain.

Mungkin, juga kadang-kadang rasa itu lebih kepada cemburu atau sama ada teringin mahu mengecap hidup lebih baik, lebih indah, gembira konon-kononnya sedangkan aku tahu ada antara kawan-kawan yang gaji lebih tinggi dan ada rumah itu hidup mereka bukanlah terlalu 'mudah' atau selalu dalam mood bergembira.

Okay, berbalik kepada soal unit pangsapuri yang aku sewa sekarang. Tempat yang aku diami sekarang bukanlah teruk sangat. Masalahnya, aku fikir cuma ada dua berbanding ada banyak perkara sebenarnya yang aku sangat bersyukur dan suka tentang rumah ini.

Perkara yang aku suka
1. Murah. RM245 aku dapat bilik master dan bilik air yang agak luas juga.
2. Pemandangan luar yang 'unik' berdepan stadium universiti tempat aku belajar dulu
3. Bersih kerana dijaga dengan amat baik oleh JMB
4. Parcel di post pengawal yang aku fikir sangat selamat walau ditinggal berhari-hari sebab kadang-kadang lupa ambil atau balik kampung.
5. Ada meja makan, selain meja kerja sendiri yang aku beli dan set up untuk buat pejabat mini di dalam bilik - suasana kondusif untuk bekerja dari rumah [jadi boleh bekerja di ruang tamu atau dalam bilik]
6. Semasa gangguan air berjadual, ada air tangki simpanan yang cukup 48 jam dan biasanya rumah kami akan terkesan dalam beberapa jam sahaja atau langsung tidak terkesan kecuali jika ia gangguan air tidak berjadual 
7. Dekat dengan tesco dengan jarak kira-kira 500 meter.
8. Tingkap bilik besar dan banyak jadi tak terasa begitu panas / aliran pengudaran yang baik

Masalah cuma ada dua

1. Parking
  • Tiada langsung kotak parkir atau kawasan yang memang dikhaskan untuk parking menyebabkan aku kerap disaman dan mencecah RM800 sepanjang tahun lepas.
  • Parking dalam kena bida dan tiada kekosongan. Kalau adapun aku rasa sangat mahal dan lebih baik aku sewa rumah lain yang lebih okay berbanding pangsapuri Taman P ini.
  • Jadi aku parking tersangatlah jauhhh
  • Aku pula hampir setiap hari keluar assignment dan balik ke rumah yang aku jadikan 'ruang bekerja' untuk siapkan story.
  • Jadi bila parking jauh, nak berjalan jauh nak masuk ke rumah dan terkejar-kejar deadline buat aku stres juga bila selalu lambat hantar story. Aku mengaku aku sejenis lambat nak siapkan story.
  • Tetapi perjalanan yang jauh kena lintas jalan besar yang sibuk lagi melambatkan aku yang sedia lambat ini dan lama-lama aku jadi fed up hadap benda ini.

2. Housemate
  • Ada beberapa isu mengenai housemate yang aku agak kurang berpuas hati. 
  • Ahad lepas, aku balik kampung. Sekitar 7.20 malam begitu, housemate F call banyak kali (call guna WhatsApp dan talian biasa) beberapa minit sebelum itu kebetulan tiba-tiba ada info story crime masuk jadi aku proses info tu dan bila dia call memang terganggu sikit sebab aku taip story tu guna phone.
  • Lepas hantar story barulah aku mesej dia. Dia minta aku tolong bukakan pintu sebab dia kata rumah terkunci dari dalam. Aku kata tiada sesiapa di rumah dan aku cuti CNY sampai Isnin dan akan balik hari Selasa.
  • Aku pun kata seram juga la kan. Sudah la waktu Maghrib, dia tak boleh masuk, seolah-olah pintu tu terkunci dari dalam.
  • Jadi dia pun, balik rumah kakak dia. 
  • Aku ss perbualan soal pintu kepada housemate N. Dia boleh pula tulis mesej yang agak panjang, tip mengelak seram ialah buang sampah jangan biar rumah kotor etc. Aku agak tersinggung juga soal ini. Sebab aku sedaya mungkin memang jaga kebersihan rumah. Mungkin dia tak nampak.
  • Bab kebersihan rumah, cakaplah secara terbuka di group sebab housemate F aku tengok sampah kumpul kadang dua tiga beg penuh baru buang (kami buang sampah masing-masing)
  • Jadi aku clear chat housemate N dan tak balas apa-apa kecuali emoji reaction tanda bagus.
  • Hari Selasa, aku gerak balik dalam jam 10 pagi dan dijadualkan ada tugasan di Mahkamah Syariah pukul 2.30 petang.
  • Bila balik, aku terserempak dengan housemate N dekat koridor lif dia kata dia ada call aku untuk minta nombor tukang kunci (aku memandu dan berjalan dengan parking yang jauh tu jadi tak tengok phone)
  • Aku pun buka gril dan tinggalkan barang depan pintu, kemudian aku mesej tukang kunci.
  • Tukang kunci pula, sejenis santai saja dan nampaknya aku tak boleh masuk tukar baju sebelum pergi  tugasan mahkamah petang itu.
  • Aku pun terfikir nak lepak di tesco dan sampai di tesco kawan aku dari portal M call, ajak pergi mahkamah sama-sama.
  • Aku pun cerita masalah aku, lepas tu dia kata, sementara nak tunggu orang baiki kunci tu lebih baik, pergi assignment, aku pun kata, aku agak selekeh sebab dari kampung kan tapi lepas fikir punya fikir aku kata, okay aku tumpang dia pergi ke tempat tugasan itu.
  • Dia ambil aku di tesco dalam jam 2 petang kami pergi
  • Aku mesej tukang kunci minta dia datang pukul 5pm. Tapi rupanya majlis di mahkamah tu lewat juga dengan ucapan dan penyampaian watikah kepada 41 peguam syarie baharu, jadi dengan sidang media semua pukul 4 petang juga kami selesai dan mula cari port buat story.
  • Disebabkan kawan aku puasa, kami (tiga orang termasuk kawan dari agensi B) decide buat story dalam kereta, nak lepak dekat gazebo luar mahkamah cuaca agak panas.
  • Dalam pc tu kami ada tanya mengenai implikasi kes enakmen syariah Kelantan kepada negeri P jadi story itu agak tidak simple ya jadi aku hati-hati menulis dan ambil sedikit masa dan tanpa sedar dah hampir pukul 5 petang.
  • Aku pun call housemate F dan minta dia balik rumah pukul 5 sebab orang datang nak baiki kunci. Tapi dia tak angkat. Aku pun minta orang kunci tu datang pukul 6 sebab housemate N akan balik pukul 6 petang (aku pass nombor tukang kunci dekat N)
  • Kawan portal M siap story dulu, diikuti aku, kawan agensi B lebih detail story dia jadi orang terakhir siap dalam jam 5.30 petang kami gerak balik
  • Jalan agak sesak, aku sampai tesco dalam jam 6.30 petang, ambil kereta sampai kat rumah dalam pukul 6.50. Rupanya tukang kunci belum sampai. 
  • Housemate N tanya, aku tukang kunci tu tau tak yang kami ada masalah tak boleh masuk rumah. Aku pun kata, dia tahu dan nak datang dah pukul 5pm tadi tapi housemate F tak angkat phone dan kita pun belum balik jadi siapa nak tunggu tu lepas itu, kebetulan tukang kunci tu ada job di Taman LP jadi dia pergi sana dulu.
  • Akhirnya abang tukang kunci tu sampai dalam pukul 7pm.
  • Dalam beberapa minit dia dah boleh buka pintu tu, aku pun bergegas masuk solat Asar dalam jam 7.30pm tukang kunci tu siap tukar tombol pintu baharu dan housemate aku bayar RM120
  • Dalam 7.30pm tu baru housemate F mesej kata dia tertidur tak dengar call.
  • Itu tak apalah, tapi aku kesal, tombol pintu tu terang-terang rosak, kenapalah dia tak boleh fikir dan bagitau rosak, jadi kami boleh deal cari tukang baiki lebih awal hari Isnin tu sebab dia balik dua hari lebih awal dari kami.
  • Aku teringat kali pertama pintu rosak (tak boleh kunci hanya boleh selak dari dalam) boleh pula keluar juga malam-malam dan balik pukul 3 pagi, dan aku kena buka pintu untuk dia.
  • Housemate F sejenis tak nak ambil tahu hal rumah dan dia ingat dia cuma bayar sewa bilik saja tapi hal rumah tak berapa kisah.
  • Aku pun ada kekurangan, tapi mulut housemate N tu boleh tahan kalau aku tersilap langkah atau aku tersilap cakap / meluahkan perasaan dalam apa-apa topik. Jadi aku amat berhati-hati bercakap dengan dia.
  • Tetang isu housemate ini aku ada cerita dalam beberapa hantaran sebelum ini.
  • Aku sedar, siapalah kita nak point / highlight salah / kekurangan orang atau mengubah sikap orang kerana kita hanya insya-Allah hanya boleh mengubah diri kita sendiri.
  • Jadi aku sudah cuba beradaptasi / memahami hampir tiga tahun, dan aku fikir cukuplah setakat itu kerana kami hanya sebatas housemate yang berkongsi bayar sewa bukan pasangan suami isteri / keluarga / atau kalau nak jadi sahabat, kawan pun tak berapa sesuai dalam konteks gaya hidup / corak pemikiran / ekspresi rasa masing-masing yang tidak sama vibes dan frekuensi.
Pindah tanpa beritahu sebab

Aku bercadang untuk pindah pada 18 Februari ini tanpa beritahu sebab-sebabnya. Aku fikir kalau aku cakap soal parking, housemate N akan ada jawapan balas yang aku rasa tidak membantu (atau mungkin kami akan jadi bergaduh kerana isu parking agak sensitif bagi dia dan aku tidak akan menyentuh soal itu lagi) lagipun ia satu proses yang aku kira sudah berlalu dan pernah dibincangkan sebelum ini.

Dia pernah suruh aku  masuk bidaan dan sewa parking semasa ada tawaran dari seorang pemilik unit lama dahulu (sekarang lama dah tak dengar orang nak sewakan parking mereka), eh dia pun tak bayar parking dan bayar sewa bilik yang paling kecil dan murah dia nak suruh aku bayar parking pula (aku hanya cakap dalam hati) kalau aku cakap terus terang aku rasa dia akan melenting / tak boleh / susah terima.

Dia ada beberapa kali cakap tak suka dengan ex housemate bilik master (aku namakan dia X) yang aku duduk sekarang, sebab selalu minta kad parking dia.  Sebenarnya, X pernah minta nak masuk semula, tapi housemate N tak nak sebab satu soal parking jadi aku tak pernah minta kad parking dia walaupun dia balik kampung Setiap Sabtu dan Ahad sedangkan aku selalu kerja Sabtu Ahad dan cuti weekdays.

Satu lagi dia pernah cerita X selalu bawa kawan tidur bilik dan dan N pernah cerita dia kurang gemar bila kawan-kawan N tak tegur dia. Sekali, housemate F, pun bawa adik hari tu tak bertegur sapa juga dengan kami. Menonong je masu bilik dan tinggal agak lama juga. 

Tapi bila aku bawa seorang student USM tumpang bilik sebulan, budak tu tak tegur N masa masuk tu dia hantar mesej macam aku pula buat salah sedangkan aku beritahu ada orang nak tumpang dan aku juga sudah minta budak tu bertegur sapa tapi entahlah aku pun tak tahu  kenapa susah sangat adik student itu nak berbasa-basi sampai kena suruh dua tiga kali.

Aku rasa nanti selepas pindah, N mungkin akan cerita juga sikap aku yang kadang-kadang tak semenggah dekat housemate baru yang akan masuk nanti (berdasarkan pengalaman aku). Jadi itu antara sebab itu aku mahu pindah tanpa beritahu sebabnya. Aku tidak mahu sebab aku pindah (yang mungkin dianggap remeh) akan diceritakan semula mengikut pemahaman atau sudut pandang N. 

Mungkin juga dia akan tak puas hati sebab aku beritahu dalam tempoh  kira-kira 12 hari sebelum Februari berakhir tapi aku harap, dia okay saja dan tidak mempersoalkan / cakap banyak tentang tindakan aku ini.

Tetapi apa boleh buat. Kalau beritahu sekarang, barang aku terlalu banyak belum sempat nak berkemas-kemas. Aku minggu ini tersibuk la pula hari-hari ada tugasan luar, dan esok ada PM dengan menteri turun Sabtu Ahad jadi aku tak nak cakap lagi soal pindah ni semua. Selalunya, ia akan settle pada hari berpindah itu sendiri.

Mungkin, aku patut buat ia macam misteri dan buatkan mereka fikir seolah-olah aku ada masalah peribadi yang begitu rahsia dan sulit dikongsi dengan orang sehingga aku perlu pergi secara mengejut. Entahlah, kepada Allah SWT aku berserah. Mudahkanlah Ya Allah hanya, Engkau sebaik-baik penolong dan memahami apa terbuku dalam hati kami. Aku bukan nak menganaiya sesiapa aku hanya mahu pergi tanpa perlu berlawan cakap atau berdebat tentang suatu perkara yang sia-sia dan menyakiti hatiku.

Bilik baharu

Aku tidak tahu, bilik yang bakal aku sewa tu lebih okay atau sebaliknya berbanding bilik aku sekarang.
Ia sebenarnya bilik sharing (rumah teres) dan aku rasa sudah tentu tidak sebebas bilik master yang aku sewa di Taman P. 
Tapi memikirkan aku boleh terus parking kereta depan rumah, balik assignment terus boleh sampai di rumah aku pejamkan mata saja cabaran lain yang mungkin dihadapi.
Aku tahu susah nak dapat rate sewa sekarang untuk bilik seluas itu di mana-mana tapi nak tunggu housemate N pindah untuk aku dapatkan parking yang dia guna sekarang rasanya makan bertahun-tahun lagi kena tunggu dan kami mungkin akan jadi bujang terlajak sampai.......entahlah huhu.

Kurangkan barang-barang
Dalam proses berpindah ini, aku rasa aku dah banyak kurangkan barang-barang aku. Hidup lebih minimalis. Tapi itulah dengan katil, microwave, air fryer, dapur gas dan basikall (rupanya aku ada basikal nampak tak lama sungguh tak kayuh) jenuh juga nak angkut bawa balik kampung (nasib baik aku tak beli mesin basuh). Tak sangka dah hampir tiga tahun, aku menyewa di Taman P ini. 

Perancangan masa depan
Aku rasa, kalau bilik sewa baru tak okay, maka aku akan pindah lagi. Tengok, sangat tidak penyabar kan perangai seorang aku 😂

#braindump


Monday, January 22, 2024

Tuhan tidak pernah salah, hanya aku selalu lupa

Di sini, di bawah cakerawala yang luas,
Kita, manusia, seringkali tergesa.
Terhanyut dalam gelombang emosi,
Terkadang, tanpa sedar memarahi Tuhan dalam kehampaan hati.

Tak selayaknya kita, ciptaan yang rapuh,
Mempersalahkan Sang Pencipta di sebalik kelemahan diri.
Bukankah hidup ini belaka ujian,
Di dalamnya terkandung hikmah yang tersembunyi?

Saat hati terluka dan langkah terhenti,
Takkan layak kita merintih dan memaki.
Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Pengasih,
Menyertai kita dalam setiap detik perjalanan.

Pelajaran tak terhitung terselit dala setiap kesulitan,
Bagai benang kusut yang menganyam kebijaksanaan.
Jadi siapa kita ini menyalahkan-Nya dengan amarah?
Lihatlah, belajarlah dari setiap duka dan pilu.

Tuhan, Pencipta segala yang indah,
Bukanlah sumber keputusasaan dan kemarahan.
Dia adalah cahaya di balik awan kelam,
Pandu langkah kita, bimbing hati yang terluka.

Kita, manusia, tak layak memarahi Tuhan,
Namun berbaliklah kepada-Nya dalam doa.
Mintalah petunjuk di setiap liku kehidupan,
Dan temukan damai yang hakiki dalam kasih-Nya.

Tuesday, January 2, 2024

Tidak susah 'mencari' aku

Tidak susah mencari aku
Kau boleh PM aku di Facebook yang aku setting public
ada alamat e-mel juga di situ
dan aku pasti akan balas.
Aku tunggu ya?
sampai kau jumpa aku.


Monday, January 1, 2024

Maafkan aku Tuhan (kerana syukurku tidak dalam)

Di bawah langit yang luas dan tinggi,
Aku bersimpuh, meratap dalam duka.
Tuhan, maafkan hamba yang tak pandai bersyukur,
Dalam kekayaanMu, hati ini masih lupa.

Engkau berikan pagi yang penuh berkah,
Namun hati ini sering tenggelam dalam keluh.
Maafkan, ya Tuhan, jika pandanganku keliru,
Lupa merasakan anugerah yang tercurah.

Kau berikan matahari yang terbit dan terbenam,
Namun pandangan ini sering terhalang kelam.
Maafkan kebodohanku yang terkadang meragukan,
Tak sedar bahwa kasihMu tak pernah surut.

Di bawah langitMu yang indah terbentang,
Aku mengaku, sering kurang bersyukur.
Tuhan, maafkan kelupaan hamba ini,
Di dalam limpahan rahmatMu, aku kini berduka.

Tunjukkanlah jalan agar hati ini memahami,
Keberkahan yang engkau limpahkan tanpa henti.
Maafkan aku, Tuhan, yang sering tersesat,
Dalam bayang-bayang syukur yang kurang nyata.

Terima kasih atas anugerah yang kau berikan,
Tanda kasihMu, dalam segala kekurangan.
Bimbinglah aku, Tuhan, agar menjadi hamba yang tahu,
Bersyukur dalam setiap nafas dan doa.

Sunday, December 17, 2023

Antara hidup dan mati

Meski betapa besar masalah, berat dugaan dan walau betap susah tugasan (kadang-kadang aku rasa agak mustahil untuk dilunaskan) pernah hadap, setakat ini aku belum pernah terlintas atau terbayang dek fikiran untuk sengaja menamatkan riwayat hidup sendiri atau dalam erti kata mudah - bunuh diri.

Sebab utama, aku tak boleh membayangka diri aku terjatuh dalam laut dalam etc dengan kaki terkapai-kapai dan bergelut menghabiskan sisa nafas terakhir. Sedangkan, belajar berenang pun sudah jadi pengalaman yang agak menyeksakan buat diri aku (sampai hari ini tak pandai berenang. Basic menyelam pun tak lepas).

Kalau terjun bangunan mesti sakit yang amat jatuh terhempas. Macam mana jika jatuh terhempas kepala dulu. Tetapi kalau dah jatuh daripada tempat tinggi, mana-mana posisi pun sudah tentu amat menyakitkan bukan?

Sama juga pelbagai kaedah lain seperti kelar tangan sendiri, minum racun, bakar diri sendiri, tembak diri sendiri. Semuanya menyeksakan. Nauzu billahi min zalik. 

Thabit bin ad-Dhahhak RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka dia akan diazab dengan sesuatu yang digunakannya itu di hari kiamat kelak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, sejujurnya, aku rasa sangat bersyukur kerana ada gagasan pemikiran sebegini. Walaupun sejujurnya, pada ketika ini, aku bukanlah manusia yang baik sangat. Solat pun masih qada lagi. Coping mechanism  ketika berdepan stres pun tidaklah selalunya aku terus capai sejadah buat solat hajat, baca Yasin etc.

Kebanyakan masa, aku lebih cenderung tidur, membatukan diri atau baca doa dan zikir yang mudah-mudah bagi aku. Sesungguhnya, Aku masih dalam proses baiki diri. Aku tekad nak mula semula baca al-Quran setiap kali selepas solat macam zaman duduk asrama dulu. Aku juga nak bangun awal, keluar jalan-jalan bermandi matahari sebelum mula bekerja. 

Kebelakangan ini aku terfikir kenapa semakin tua, hidup semakin tak berdisiplin dan susah nak konsisten dalam ibadah. Ya Allah bantulah aku dalam urusan ibadahku. Luruskan niat dan perjalanan hidupku menuju kepada-Mu.

Nota untuk diri sendiri**
Hari ini Ahad jam 10.52 malam, aku belum dapat tulis satu artikel mengenai satu penemuan arkeologi yang aku pergi interview semalam. Aku tak tahu nak mula tulis bagaimana. Story tu eksklusif, dan aku berdoa dapat tulis dengan gaya paling menarik supaya tempat tu boleh digazet dan dapat disahkan memang ada bukti tamadun manusia awal di situ.





Sunday, November 19, 2023

Tidak salah, tidak betul

Aku memilih tidak membalas atau memberi sebarang reaksi kerana mesej yang dihantar itu aku rasakan tidak berguna buat aku dan jawapan atau maklum balas aku juga, aku mengira tidak akan berguna dan penting buat mereka. 

Misalnya jika aku sekadar beri emoji tanda bagus sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya lain pula. Manakala, jika aku balas dengan kata-kata ceria, menunjukkan aku baik-baik saja atau okay itu aku fikir tindakan itu hanya menipu diri sendiri sedangkan aku tidak gembira dengan apa yang telah berlaku. 

Tapi jika aku mengkespresikan perasaan sebenar, memberontak tidak semua orang boleh faham dan terima. Orang pun rasanya tidak ingin memujuk atau 'malas layan' agaknya kerana masing-masing pun ada hal atau urusan sendiri yang mahu diurus dan difikirkan.

Jadi secara peribadi, aku juga tidak mahu berpura-pura. Kalau marah, ya marah. Kalau fed-up, raikan saja rasanya. Kalau rasa mahu diam, membatu sahaja. Aku tidak kata tindakan aku terpaling betul atau mereka salah. 

Barangkali kami cuma self-love atau lebih selesa mendahulukan kepentingan dan rasa diri sendiri berbanding orang lain atau istilah berterus terangnya, selfish. Begitulah. 

Kesal

SATU
Beberapa hari ini jiwaku sedikit merusuh.
Puncanya aku ada daftar satu acara larian yang berlangsung semalam (Sabtu) dan hari ini (Ahad) di daerah dekat tempat kelahiranku. Slot larianku adalah pada hari Sabtu. 

Hari Jumaat usai kerja sekitar tengah hari aku bergegas balik kampung dan sampai sekitar pukul 3 petang. Rasa berkobar-kobar nak pergi lari. Tapi, entah kenapa, aku tak bangun masa mak aku kejutkan untuk pergi larian tu. Maka berlalulah satu hari di hari Sabtu yang bagi aku agak merugikan tanpa aktiviti yang begitu produktif dan tidak mengeluarkan peluh misalnya main beyblade dengan anak buah aku dan tidur petang berjam-jam.

DUA
Memandangkan jadual kerja aku boleh saja berubah sekelip mata (kecuali jika pergi ibadah haji / umrah atau bercuti luar negara atau keluar dari negeri P) maka aku tidak begitu terkejut apabila tiba-tiba Ketua Biro minta cover dua assignment pada pagi Ahad iaitu keesokan harinya yang sepatutnya aku off lagi sehari. Jadi hari ini pukul 6.30 pagi aku sudah gerak balik dan sampai ke lokasi tugasan pertama pada jam 8.10 pagi.

Berbalik pada tajuk entri ini, sejak beberapa hari sebelum itu, aku agak kecewa sebenarnya kerana tiada kawan sudi tukar slot Ahad mereka untuk berlari bersama-sama aku pada hari Sabtu. Terlintas juga di fikiran, alahai rupanya aku tiada seorang kawan pun yang sanggup berkorban dan penuhi permintaan yang bagi aku tidaklah begitu mustahil. Barangkali salah aku juga kerana tidak minta dengan cukup bersungguh-sungguh dan terus-terang. Ya hujung-hujung orang akan memilih apa yang lebih menguntungkan / memberi kepuasan / mengembirakan diri mereka terlebih dahulu. 

Ya salahku juga kerana bitter serta agak beremosi hingga pada akhirnya aku menjadi tidak bermotivasi untuk pergi acara itu. Mungkin aku sudah sering pergi larian seorang diri jadi kali ini aku tak rasa nak jadi lone ranger. Aku letih hadap fasa hidup seorang-seorang. Sunyi dalam riuh. Bungkam dalam ramai. Mereka tak perlu faham dan aku pula tak perlu jelaskan atau update apa-apa. Aku juga letih berkawan lewat mesej dan hantaran komen di media sosial. Jadual dan minat tak sepadan untuk bersua dan meluangkan masa bersama-sama. 

Jadi, aku terasa tidak mahu menempuh proses larian itu 'bersendirian'. Aku membayangkam aku akan ambil gambar orang paling tidak pun gambar kaki sendiri, medal post di status lepas tu dapat like dan komen. Ah sangat tidak seronok. Hal yang orang kata not a big deal. Hoi takkanlah itupun nak berkecil hati. Tapi itulah, kecil dan simple pada orang, boleh jadi besar dan rumit untuk seorang aku. Begitu juga sebaliknya. Besar dan sulit bagi sesetengah orang, boleh jadi remeh dan mudah saja bagi aku. Aku cuba cari buku / bahan bacaan yang mungkin judulnya Seni Untuk Tidak Merasa Apa-apa. Cara-cara Menjadi Tidak Perasa. Ah belum aku jumpa lagi, naskhah bertajuk sedemikian. Mungkin aku kena buat satu 🥸









Wednesday, November 15, 2023

Menunggu balasan jawapan

Aku tak pandai bab agama. Tapi, ada satu seorang editor di HQ rajin pula dia suruh aku tulis artikel agama sekurang-kurang satu atau dua kali sebulan. Aku ambil daripada sudut positif kerana ia sesuatu yang bagus untuk pengisian jiwa aku. Aku yang jahil ini pernah diminta handle kolum agama hari Sabtu masa bekerja di akhbar K selama kira-kira setahun. Ia susulan ramai dalam kalangan wartawan yang lebih senior dan berpengalaman ketika itu memilih mengambil VSS sebelum syarikat yang menaungi akhbar K gulung tikar pada 2019. 

Cuma semasa di KL contact aku lebih meluas dan banyak penganjuran majlis ilmu misalnya di UIAM, UKM, UPM banyak masjid yang aktif + tajuk kuliah ikut isu semasa / menarik perhatian jadi aku dapat idea menulis dan bahan / rujukan daripada pensyarah / penceramah jemputan di sana. Aku teringat pernah suatu ketika dahulu, berlaku kudeta di Turkiye. Dalam dua tiga hari ketika isu itu hangat dibincangkan sebuah masjid anjurkan sebuah forum menjemput seorang profesor yang bidang kepakaran beliau ada kaitan dengan perkara tersebut. Jadi, aku tanpa berlengah pergi forum tersebut dan berkesempatan  interview profesor berkenaan yang Alhamdulillah sangat-sangat membantu. Malah, tahun lalu 2022 aku ada contact profesor tersebut yang minta aku panggil dia Dr sahaja kerana sudah bersara untuk rencana topik Islamophobia isu bakar al-Quran di Denmark. 

Aku juga masih ingat, demi tulis artikel kedua panjangnya cuma lapan perenggan pun aku sanggup cari seorang mufti di tempat beliau dijemput kuliah. Aku sanggup tunggu beliau habis menyampaikan kuliah untuk tanya satu soalan yang simple saja. Tentang redha ibu bapa dan bagaimana berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Masa itu aku tulis rencana mengenai usahawan jutawan yang rapat sangat dengan parents dia aku tak tahu macam mana perbualan tu boleh pergi agak deep dia sebak bercerita, mata aku pula berkaca mendengar.

Berbanding di bandar P aku kurang maklumat kuliah-kuliah yang sesuai aku hadir pada masa sama menjadi platform untuk jumpa asatizah bersesuaian yang boleh bantu dalam penulisan aku. Jadi pada satu masa aku dah tak tahu nak cari /  tanya siapa dan aku cuba tidak mahu ulang sumber yang sama. Aku fikir ini juga berpunca daripada kelemahan diri aku sendiri yang tidak lagi begitu agresif mengejar sumber-sumber dan contact baharu. Juga ini disebabkan aku terikat dengan jadual coverage newsdaily
yang disusun ketua biro. Aku sebenarnya kurang suka jadual yang diberi ketua biro. Tetapi aku tak boleh cakap banyak sebab kalau ketua yang dilantik itu selalu dibantah, maka apa perlu dia duduk di kerusi itu. Jadi biarlah. Kalau aku rasa menarik, aku pergi. Kalau aku rasa tak berbaloi aku tak pergi. Prioriti aku ialah mengikut arahan bos di HQ. 

Jadi berbalik kepada tugasan terbaru yang aku dapat. Hari ini aku ada kirim dua soalan kepada Dr S dan dua soalan kepada Dr Z. Dr S reply jawab dia tak berani komen 😅 dan akan cari jawapan huhu. Dr Z pula tiada balas apa (hanya bluetick). Susah juga nak ulas soal agama. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak yang sudah dipelajari, lagi hati-hati mereka nak keluarkan pandangan. Aku menyangka soalan aku direct dan tidaklah begitu rumit tapi rupanya (barangkali) 'berat' buat mereka.

Mungkin aku kena tukar tajuk lain. Tapi hari ini sudah Selasa. Aku ingat nak hantar petang Rabu atau pagi Khamis supaya editor dapat semak lebih awal (siaran Ahad) kerana Jumaat sudah mula sidang DUN. Aku harap Dr berdua tidak lupakan (soalan) aku. Ya Allah bantulah daku.

#braindump
#isikepala




kata-kata ringkas untuk hari ini

am, jangan berhenti kerja. hari yang buruk akan berlalu hari yang baik akan datang lagi.