Petang 15 Mac aku dapat panggilan seorang senior Y dari tempat kerja lama di Organisasi B. Dia sudah jadi ketua biro. Aku panggilnya bos kerana rasa kekok pula panggil namanya begitu saja. Bos Y offer aku jadi stringer dan katanya aku boleh joint bila-bila masa aku bersedia. Aku rasa agak happy juga tapi pada masa yang sama rasa takut untuk kembali bekerja di sana.
Sebenarnya, pada pagi hari yang sama, seorang kawan ada hantar WhatsApp tanya hendak joint tak jadi stringer akhbar V. Aku memang teringin juga kerja surat khabar semula. Malam harinya baru ketua biro akhbar V call dan sembang mengenai offer kerja tersebut dan diminta hantar resume dan surat permohonan. Kebetulan yang aneh kerana dapat tawaran kerja stringer dalam selang masa beberapa jam.
Keesokan harinya, admin pejabat di KL akhbar V hantar borang untuk diisi. Aku beritahu kawanku. Bulan Mac adalah bulan terakhir aku kerja dengan dia. Sebenarnya kawanku antara orang penting yang menjadi asbab aku dapat offer kerja tu. Dia petik nama aku semasa dapat tahu kawan-kawan di akhbar V sedang cari stringer baru.
Dilema juga sebenarnya. Aku tak tahu nak pergi mana satu. Organisasi B aku sudah pernah kerja 3 tahun 7 bulan dulu dan rasanya macam tahu selok belok budaya kerja di sana dan orang-orangnya. Bos di KL boleh tahan garangnya kalau salah langkah. Cuma mungkin bahagian yang paling aku suka pejabatnya yang ada meja kerja sendiri. Tapi aku bukannya muda lagi nak berumah pantai di office tengok anime macam dulu-dulu kalau tiada assignment. Agak lama juga aku fikir sehingga Mac berlalu begitu sahaja.
Aku mengaku agak selfish dan biar bos Y tunggu lebih dua minggu dan pada 7 April dia WhatsApp kata nak singgah di kedai. Tapi masa itu aku sudah resign kerja di kedai aiskrim dan bercadang untuk habiskan Ramadan di kampung dengan mak aku. Masa itu, baru aku beritahu tak jadi joint Organisasi B. Dia terkejut dan aku pun rasa tak best juga sebab macam sudah hilang satu peluang bekerja dengan bos yang baik dan mudah berurusan macam dia. Satu ayat dia yang buat aku terharu ialah pintu tawaran sentiasa buka untuk aku.
Pada 12 April aku lapor diri dengan ketua biro D yang incharge operasi di Penang. Lama juga aku tunggu dia sampai. Hampir tiga jam. Tapi Alhamdulillah. Sempat juga aku baca mathurat dan surah Yasin. Nampak orangnya macam tak friendly. Ah tak apalah dia bos, bukan kawan lepak minum kopi. Balik dari jumpa bos tu aku pergi jumpa bos Y9. Kami berborak dan aku sekali lagi minta maaf untuk semuanya yang terjadi. Aku kata pada dia, offer bos sangat bagus saya susah nak tolak. Tapi saya rasa nak cuba akhbar V sebab belum pernah kerja dengan mereka lagi. Kalau tak okey, boleh ke saya lompat balik sini? Dia hanya ketawa. Sebenarnya aku sekadar cakap saja tiada niat pun nak buat begitu. Tapi hari depan siapa yang tahu kan.
Pada mulanya, minggu pertama aku rasa sedikit menyesal joint akhbar V sebab ada beberapa story aku tak pakai dan ada office pun macam tak berguna sebab beberapa perkara berbangkit. Aku teringat suasana office organisasi B yang ada vibes macam home sweet home dan menyenangkan.
Tapi masuk minggu ketiga bekerja aku mula mendapat rentak. Satu daripada kelebihan jadi stringer akhbar V ialah aku aku boleh hantar story aku pada akhbar sekutu lain yang berada di bawah company yang sama. Follower media sosial mereka juga ramai (lebih tiga kali ganda daripada akhbar tempat aku kerja dulu). Siapa yang tidak suka kan kalau story yang ditulis dapat ribuan like dan share. Lain-lain kelebihan nanti aku tulis dalam hantaran lain. Terima kasih Allah Maha Pemberi Rezeki. Aku teringat kata-kata arwah Ustaz Ali Jaber bahawa semua takdir adalah baik kerana kita tidak tahu rahsianya. Maafkan daku Ya Allah.
